ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, April 28, 2010

ADIK-SARINA

Saya rasa semua antara kita punya adik kecuali dilahirkan sebagai anak tunggal. Saya punya tiga orang adik di bawah saya.Dua perempuan dan seorang lelaki.Tapi kali ini saya ingin menceritakkan tentang adik bongsu saya-Sarina/Adik.

Teringat ketika kecil sebelum saya ke sekolah saya akan buat ikan goreng dahulu dan suapkan dia dgn nasi berlauk kicap. Boleh kata hari-hari saya masak lauk yang sama. Sebab ketika itu saya cuma pandai menggoreng ikan sahaja. Adik saya pun tanpa jemu akan makan lauk yang sama. Saya rasa ketika itu saya tingkatan 1.Tak berapa ingat.Selepas itu saya ke sekolah dan tinggalkannya di rumah jiran AKA saudara kami sebelum adik saya yang bersekolah di sesi lain pula akan mengambilnya.Mungkin lebih kurang 1 jam dia tinggal di rumah jiran itu sebelum diambil oleh adik saya yg lain.

Ketika dia tadika dan pandai berkata-kata dia punya seorang kawan baik bernama Shikin. Kawan dia ketika kecil boleh dikatakan mewah. Mcm2 jenama budak-budak yang dia ada. Miceylah apa lah.. Adik saya kerapkali bercerita pada saya & kakak tentang apa yang kawannya ada. Ayat-ayat pujukan kami "Nanti bila akak dah keja , akak belikan apa yang adik nak." Dia akan tersenyum dan gembira sekali.. (Nak menitik pulak air mata teringat semua ne)

Untuk mengotakan janji gaji pertama yang saya dapat ketika menjawat jawatan yang lebih baik walaupun ketika status kontrak adalah sebuah jam tangan ELLE yang dipilih sendiri oleh Adik. Dan sampai sekarang masih elok. Nak tahu jam itu lebih mahal dari jam yang saya beli untuk diri sendiri ketika itu.Rasanya jam itu lebih dari RM300 (ye kan dik?).
Tiap-tiap bulan walaupun sikit saya akan bagi duit shoping padanya. Kalau birthday atau hari raya ada tambahan sikit. Kalau shoping sama-sama sah-sahla saya yang support. Dan yang terbaru hadiah kerana menjaga saya ketika pantang anak kedua adalah handbeg Charles& Keith.

Itu baru saya ye.. Belum lagi abangnya manjakan dia. Dia ke ITM membawa kereta yang dibayar sepenuhnya oleh adik lelaki saya AKA abang dia. Walaupun cuma sebuah kereta Aerobeck Special Edition (waktu ini kereta ini baru di pasaran tau ). Yang terkini mak mengadu dia ada percubaan untuk membawa kereta MyV adik lelaki saya yang baru dibeli untuk emak pulak. (Mengada-ngada atau tidak adik saya?) Dan yang palinggggggg terkini telah mengendeng abangnya membelikan satu lagi handphone pada abangnya dengan alasan handphone telah rosak.

Belum lagi kakak saya-Along dan seorang lagi adik perempuan saya -Ada memberi baju, kain, duit dan lain-lain lagi..

Sesungguhnya kami kakak dan abangnya telah cuba mengganti semua yang tidak dikecapi ketika dia masih kecil mengikut kemampuan kami mmm.. dan mungkin atas permintaan/pujukan dia.

Sekarang alhamdulilah ADIK dah besar pun.Kini berada di ITM dan berada di semester akhir dalam Kejuruteraan Awam. Saya rasa sungguh puas kerana dalam keadaan dia yang dimanjakan oleh kakak dan abangnya dia masih mampu manage dirinya untuk berada di landasan yang betul dan hampir mendapat ijazah. Kalau tidak masih terngiang-ngian ugutan mak setiap kali peperiksaan besar adik makin hampir "Kalau adik fail, siap angah sebab manjakan adik sangat!!"

Sungguh syukur kerana BONGSU cuma seorang.Kalau ramai? kopak kakak ini tak boleh bernafassssssssss

6 comments:

eim said...

untungnyee adik ila nii..syok je jadi anak bongsi nii

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

boleh serabut melayan dia
tapi dia baik dia yg jaga ila masa pantang arief & amana
kena pulak time dia cuti semester.mmg sesuaiiii!!!
hehe..
tak sabar tunggu dia keja supaya ila pulak boleh pow diaaaaa hikhik

Anonymous said...

gu adik keje..klo dpt sigur ros tuh! angah mntk je apa angah nk sbb even jadi trainee pon basic gaji die 3000!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wowwwwwwwww

akak nak beg coach yang rege 1K!!!
ok tak??
haha tak pun belikan akak handbeg East India / FOSSIL

ne yang best ne..kuikui

dengarlah amana&arief sayang: makcu dah nak kejaaaaaaa!!! cepatlah pandai meminta2 pada makcu korang yang tersayang hikhik

Anonymous said...

tp arief kecik lg..so die xpndi mintak..yg menakutkan si mat kepoh sorg tuh..aiyaaaa~

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

si mat kepoh tue dah mula tunjuk tanda bakal jadi ketua kelas!! garang ooooo..
dia cakap sorang2..akak rasa kat sekolah dia mesti cakap mcm tue kat kawan2 dia."HEY INI ADIK AKU!! KAU JANGAN KACAU!!"

mana tah dia belajar cakap aku-kau tue..pedih je telinga ne dengar