ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, May 13, 2010

My Wish List

Berikut adalah impian yang bermain di fikiran untuk ditunaikan:


  • Handbeg Aigner -saya beli dari kakak sepupu saya; kak Ulin (dah beli pun.cuma tunggu shipping dari US je.tak sabar ne hehe)
  • Gincu Maybeline-memang dah habis.(Saya dah cuba Loreal, Bodyshop,Mac tapi semua buat bibir luka cuma Maybelline je yang sesuai. Semua yang saya tak boleh pakai; saya bagi kakak saya hehe)
  • CD Amana iaitu CD Cepat membaca AlQuran Al-Furqan dari Adik.Bijak.com (Moga-moga Amana berminat nak belajar daripada dia asyik menyanyi lagu Mila & Akim yang tak membantu peningkatan intelektual , baik saya kenalkan dengan alif, ba,ta)
  • Tafsir Al-Quran. Di rumah saya cuma ada Al-Quran tetapi tiada tafsir. Sahabat saya yang menyedarkan saya tentang ini (TQ meczar) Saya dah pesan pada mak dan harganya lingkungan 90++. saya suka yang macam mak punya kerana tafsirnya pada setiap satu perkataan bukan keseluruhan ayat. Jadi saya akan tahu erti setiap perkataan itu. Dan pada bahagian tepi baru tafsir keseluruhan. Mak beli pada guru agamanya.
  • Cloth Diapers untuk Arief . Saya dah try yang mak saya beli dan pada saya memuaskan hati saya. So sekarang saya sedang cari yang paling sesuai dari segi kos dan kualiti.saya nak beli banyak. Nak cuba fully CD. En.Papa pun setuju .(jangan lupa ongkosnya 50-50.)
  • Kain batik untuk dipadankan dengan kain kebaya sulam Bandung yang saya beli dari adik saya. (Erkkk kebaya?dah lama tak pakai.hikhik)(Linda anda diwajibkan untuk temankan pada hari Jumaat ini jugak!!)
  • Kain hitam untuk dibuat skirt panjang (Linda please teman aku nanti bila-bila okies)
  • Belanja makan mak ayah+ adik2 saya. Saya nak belanja mereka kerana tak pernah saya belanja makan satu keluarga. Niat ne dah tertanam sejak Amana lahir. Saya nak belanja sbg tanda penghargaan kerana menjaga saya ketika saya pantang Amana & Arief. Susah betul nak kumpul ramai-ramai sebab masing-masing dah berkeluarga dan ada urusan tersendiri.(Emak ada sebut nak makan nasi beriani kat Putrajaya. Tapi bukan kat tepi highway tue. Mak kata ada masuk dalam Jalan-jalan Cari Makan yg Serina Chefwan jadi hos. Ada kawan-kawan yang tahu? saya nak cuba penuhi apa yag mak nak makan.kalau mak kempunan meyesal saya nanti.Kawan-kawan yang tahu tolong tinggalkan komen. Saya dah cuba search tapi tak jumpa; mata rabun kot hehe)




inilah kain baju kebaya sulam yang perlu saya padankan dgn kain batik yg saya nak beli

Cloth Diapers untk Arief tersayang
Inlah handbeg Aigner idaman kalbuku

CD Cepat Membaca Al-Furqan Al-Quran untuk anakdara si Amana

3 comments:

melin melinda said...

aku taknak temankan ko...why must me????? why??why??why???

arghhh.......

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

nak ke aku buat tagline haziq???

"BALASAN TUHAN!!!!"

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

nak ke aku buat tagline haziq

"BALASAN TUHAN"