ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, May 15, 2010

Suami keluar malam...

Apa pendapat kawan-kawan? Marah ? Sakit Hati? Kecil hati? Kecewa? Bagi diri saya setiap orang perlu punya waktu persendirian. Lelaki dan perempuan adalah mahkluk yang berbeza dari segi fizikal dan emosi. Sebab itu kita berpasang-pasangan. Sebab itu kita saling melengkapi dan saling memerlukan.

Oh balik kepada topik asal.. Suami kawan-kawan keluar malam? Saya?? Ye..En. Papa kadang-kadang keluar berjumpa kawan-kawan pastilah memberitahu saya dahulu.Pernah saya dilanda angin kus-kus saya naik angin bila En.Papa bagitau nak keluar. Dan En.Papa tidak keluar mungkin untuk mengelakkan pergaduhan. Sebelum keluar selalunya En. Papa akn siapkan apa-apa yang patut supaya saya tak susah atau penat bila dia tiada (juga untuk mengambil hati hehe) Dulu biasanya dia akan tidurkan Amana dahulu. Dan pastikan saya tidur dahulu supaya saya tidak takut tidur seorang. Tapi sekarang Amana dah besar dan boleh temankan saya.
Sekarang En. Papa jarang keluar malam kerana tahu agak susah untuk saya control dua anak. Tapi hari ini En. Papa keluar berjumpa kawan sekolah yang telah tinggal sama kawasan dengan kami dan saya sedang mengadap labtop bersama Amana yang tak reti duduk diam ini

Masa saya pula?? Pernah saya cuti kerana angin kus-kus datang. Saya cakap nak amik anak-anak dr nursery untuk berjalan tapi atas nasihat En. Papa saya cuma berjalan sendiri. En.Papa kata saya juga perlu masa saya sendiri dan berehat sendiri. Saya ikut saranan itu. Walau di hati teringat Amana dan setiap tempat yg sesuai untuk kanak2 bagai ternampak2 Amana & Arief. TETAPI ye saya rasa seronok dan serasa dapat semangat baru... Saya shopping, makan piza besendirian, beli hadiah untuk anak-anak, beli hadiah untuk jiran yang baru mendapat cucu.. dan saya rasa betul SETIAP KITA PERLU SATU MASA UNTUK BERSENDIRIAN.... jadi janganlah marah-marah sangat kalau suami keluar malam kecuali frekuensinya sudah keterlaluan dan keluar tanpa melaksanakan tugas dan tanggungjawab pada keluarga..
makan sorang jadi order set lunch sahaja

sup ini kegemaran Amana

Walaupun lunch set sahaja seksa betul nak habiskan (ayat2 orang perasan kurus)

oikssss..comotnya pinggan

No comments: