ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, May 14, 2010

Tag oleh Linda

Saya telah ditag oleh si linda. Saya akan jawab tapi jangan jadi modal untuk dijadikan sbg bahan lawak jenaka ketika rehat nanti okies?

1) siapakah diri anda di rumah.
Seorang ibu yang amat menyayangi anak-anak. Kalau boleh apa sahaja yang Amana sebut untuk makan saya nak buat. Kalau saya tak boleh buat saya akan beli. Tapi kalau Amana nak yakyak..sila carik papa.Haha
Saya seorang isteri yang punya kelebihan dan kekurangan. Saya akan masak lauk sedap-sedap untuk En. Papa. (Suami saya mmg hantu makan sambal) Saya akan belajar masak berjenis-jenis sambal. Sambal mak saya, sambal mak mertua asal lauk warna merah suami akan gelar sambal. Saya cuba membersihkan rumah sedaya upaya saya tapi kalau dah tak mampu saya tengok dengan harapan En. Papa akan selesaikan tapiiiiiiii biasanya akan diselesaikan oleh Amana sampai umah jadi kapal karam!!! sadis sungguh bila Amana mula 'mengemas'. En. Papa akan mengemas bila mood dia sampai & bila dia pun tak sanggup tengok anak dara dia mengemas.

2) siapakah diri anda disamping rakan
Siapa? Saya kena tanya sahabat saya meczar dan teman baik saya yang sibuk tag saya nelah. Tapi yang saya tahu kalau dia sahabat/teman baik yang berada di hati ,saya akan cuba sedaya-upaya menjaga persahabatan itu. Sentiasa mengalah di ketika terjadi 'perang' kerana kita punya banyak masa untuk menerangkan di kemudian hari. Betulkan? Persahabatan bukan untuk dikhianati. Pernah terjadi ada org cuba menguji saya & teman baik saya ne tapi saya tak puas hati dan tanya balik pada kawan saya. Betul ke dia ada cakap begitu? Haha.. dan perkara ini kami jadikan modal untuk kami ketawa bersama dan selepas beberapa insident kami tahu niat kamu itu okies...
3) benda yg anda idamkn blm tercapai
dah buat dah dulu sebelum saya ditag. Sila lihat senarai wish lish ye. Tapi itu senarai yang dalam masa terdekat dan saya pasti akan dapat. Saya senaraikan impian di bawah:
  • rumah teras 2 tingkat dan kalau boleh ada ruang tepi untuk tanam macam2 pokok
  • MPV Mazda (baru tadi nampak kat jalan CR9-agaknyalah)
  • duit yang banyak supaya dapat melancong dan beri pada ibubapa, belanja adikberadik tersayang serta orang-orang yang memerlukan.
  • kerja dengan gomen yang punya banyak peluang dari segala sudut
  • ada jugak hati nak sambung study tapi saya sedia korbankan demi anak-anak . Saya belum mampu membahagikan masa yang cuma sedikit ini untuk dibahagi lagi. Masa untuk anak-anak pun cuma beberapa peratus sahaja dari 24 jam.
  • 1 fine day saya pasti akan jejakkan kaki ke Mekah bersama suami dan anak2 (kawan-kawan doakanla ye..)
  • erkk..teringin juga punya business sendiri supaya 'masa' berada di dalam kawalan saya
  • Eh.. terlebih dari 5 lah..haha...ada lagi tapi cukuplah ye...letih nak taip dan yg disebut itu yang paling diidamkan
4) Siapakah nama pasangan anda- Mohd Khairul Fadzli Bin Mansor
5) 5 perkara yg anda suka ttg pasangan anda
Kena bagitau ye? Oklah saya bagitau.Mestilah ada kan kalau tidak buat apa kawin dgn dia,
  • Tidak meletakkan beban kewangan di bahu saya. Saya adalah seorang isteri bukan ketua rumahtangga. Saya sudi berkongsi tetapi bukan untuk dibebani seolah-olah saya ketua keluarga. Alhamdulilah setakat ini semuanya 50-50 dan saya reda serta bersyukur dengan situasi ini.
  • Mengambilberat hal anak2 terutama Amana (En. Papa anda telah punya dua anak sekarang. Sila adil dengan Arief juga okies?)hehe. Suka membelikan mainan untuk anak-anak.Asal ada duit lebih. tapi akhirnya En. Papa juga yang menyorokkan mainan kerana tidak tahan melihat perlakuan Amana yang kaki sepah. Ikut perangai siapa? Sila jawab?
  • Menguruskan kereta & rumah kalau terjadi apa2 misal kereta rosak & rumah dilanda masalah. Tugas saya jaga anak-anak sementara En. Papa pergi menegakkan kebenaran pada orang-orang yang tak paham!!!
  • Mengambil berat hal ibunya aka MIL saya.Mungkin kerana anak sulung dan papanya telah meninggal dan kerana itu dia bertindak sebagai ketua keluarga.Inilah yang menyebabkan saya pilih dia sebagai calon suami kerana pada saya jika dia amat sayang pada ibunya pasti dia juga akan buat begitu pada bakal isterinya (sayalah tue..hehe)
  • Tegas dan punya pendirian sendiri. En. Papa akan bertegas dengan apa yang dia rasa betul dan akan mencari sampai pasti kebenaran sesuatu perkara sbg contoh masalah rumah kami yang membabitkan develepor dan penghuni rumah bawah. sampai ke Tribunal Perumahan tau (Saya suka dengan sikap ini kerana saya cuma jadi mem besar sahaja)Ada masa saya akan coret kes itu nanti untuk info kawan-kawan juga.
  • Eh dah 5 lah..cukup setakat itu sahaja haha..Nanti ada yg kembang sampai tak tidur malam...
6) bile tarikh anda couple
Pada 19/7/ 2003 En.Papa ajak/pujuk/pinta saya jadi heroin dia ekeke. dan saya bagi jawapan pada 3/8/2003. Ketika itu usia saya 23 tahun. Sekarang umur saya 30 tahun. Isk ... dah 7 tahun masih dengan orang yang sama???(Soalan gatal apakah ini?kuikui)
7) Apakah kenangan paling pahit bersama pasangan anda
Adalah.. malas nak ingat.. Pastilah bila air mata saya menitis kerana En. Papa. Itulah kenangan yang paling pahit...
8) lagu tema cinta anda
Adake? Tak tau pulak. Nanti balik saya tanya En. Papa.
9) Apa perubahan yg anda ingin lihat drp pasangan anda
  • Menjadi suami yang dapat menjadi IMAM pada saya dan anak-anak dalam segala hal.
  • Dapat mengajar saya mengaji walaupun saya dah khatam beberapa kali(bukan riak okies) Tapi masih banyak yang tak betul dan pasti lagi bahagia kalau yang mengajarnya adalah suami.Opsss..ajar anak-anak juga supaya macam biasa saya cuma jadi mem besar dalam ini rumah!!!
  • menjadi lebih berdisplin dan pembersih dalam hal-hal di dalam rumah. Ini supaya menjadi contoh kepada anak-anak. Takle saya penat mengemas.Betul tak?
  • Saya suka sikap tegasnya tapi tolong kurangkan ketegasan itu pada saya dan anak2 kerana kami adalah org2 yang sentiasa di sampingnya dan menjadi kesayangannya.
  • Tolong kurangkan volume suara kerana saya tak biasa & tidak dididik untuk bercakap dengan nada high pitch. Kadang-kadang saya confuse dia sedang marah atau cuma bercerita dengan saya. Dan yang paling sadis Amana telah mula bersuara high pitch!!! (Amana please sayang , Amana girl ok?)
  • Tolong berhenti merokok kerana saya belum sedia kehilangan suami dengan anak-anak yang masih memerlukan papa mereka. walaupun insuran/kwsp/simpanan atau apa saja telah diwasiatkan pada saya dan anak-anak takkan sama dengan kehadiran seorang papa dan suami. Adakah lelaki faham perkara ini???
  • Banyak lagi tapi cukuplah nanti ada yang panas telinga..haha
10) saya nak tag..
Meczar, mama faiq, mama raid, shafiza,

No comments: