ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, July 31, 2010

http://juebisness.blogspot.com/

Apa yang akan anda buat jika anak anda tidak sihat dan memerlukan perhatian sepenuhnya dari anda. Sanggupkah anda meninggalkan kerja anda dan kehilangan pendapatan tetap yang anda terima pada setiap bulan. Dugaan setiap orang berbeza dan inilah dugaan salah seorang kawan saya.

Kami kenal hampir 7 tahun kerana satu pejabat tapi rapat kerana kerap berbicara tentang anak-anak. Beliau ada melawat ketika saya selamat lahirkan Arief bersama suami dan anaknya. Ketika itu beliau juga sedang prgnt anak kedua. Anak beliau yang petama adalah anak "istimewa" kuniaan Ilahi. Cuma yang tabah mampu menghadapi seperti beliau  suami isteri. Cerita beliau dan family pernah dipaparkan di majalah Ma&Pa.
Oleh kerana anak memerlukan perhatian lebih beliau berhenti kerja dan memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah melalui blog. Itu serbasedikit tentang beliau..

Perniagaannya secara on-line  semakin mendapat perhatian dan saya tumpang bangga dan gembira apabila  hari ini beliau ditemuramah oleh TV1 di Rancangan Apa Kata Wanita berkenaan berkerja dari rumah. Sebelum siaran ini berlangsung beliau ada menghubungi untuk berkongsi kegembiraan kerana akan ditemuramah oleh TV1. Ohhhhhhhh..bertuahkan kawan saya?

Pada kawan-kawan sila layari online business kawan saya ini. Review secara kasar blog ini menjual jamu, tudung, tempahan jahitan manik pada baju,buka kelas jahitan manik di rumah , rendang frozen dan lain-lain. Tak silap saya beliau juga ada ambil tempahan baju kurung juga. Yehaaaa nanti ila tempah jugak tau ju!!! Ila akan jadi pelanggan setia sebab susah betul nak cari tailor. (Tapi jangan komplen ila makin gemuk okies!!!)Marilah sokong kawan saya!!!!


p/s : Bila turn saya pula??

No comments: