ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, July 15, 2010

Zakat

Telah sekian lama asik2 entry berkenaan anak-anak dan GA sahaja. Hari ini saya nak buat entry berkenaan satu perkara. Baca entry pun dah tau kan? Saya bukanlah orang yang layak untuk menasihati kawan2 dan jauh sekali untuk memberi ceramah tetapi sekadar memberi info. Kebetulan saya dapat laporan tahunan dari PPZ (Pusat Pungutan Zakat) dan cenderahati.

cenderahati yang saya dapat
surah al-khafi
sebelum ne dapat kalender masa awal tahun

 
Saya tak ingat sejak bila saya buat potongan gaji untuk zakat. Mungkin tahun ini kot tak berapa ingat. Itupun di atas saranan En. Papa beliau juga disedarkan oleh seorang teman di office. (Credit to En. Zxxixi). Biasalah sayakan isteri mithali terus ikut saranan En. Papa..hehe..

Kenapa saya setuju untuk buat zakat:

i) Saya nak cuci serba sedikit gaji saya ne. Kawan2 boleh cakap ke 100% gaji kawan-kawan tue halal dan bersih? Kadang-kadang kita datang lambat (sayalah tue), kadang-kadang kita g bank time opis (sayalah tue), kadang-kadang kita guna PC komputer untuk Maybank2u (sayalah tue), kadang-kadang kita keluar pejabat untuk urusan peribadi walaupun dapat kebenaran (sayalah tue) dan macam2 lagi kadang-kadangnya.... BETUL TAK? Kalau 100% halal selama 8 jam keja semua kerana hal pejabat tau!!! Bukan kadang-kadang itu, kadang-kadang ini...

ii)ye.. hati tenang kerana "hutang" pada yang memerlukan telah dijelaskan walaupun sedikit. Ikut kemampuanlah... pernah dengar "hak yang miskin pada yang kaya dan hak yang kaya pada yang miskin?" (walau saya tak kaya..hehe)

iii) yelah suami sarankan saya buatlah.. dulu masa berpacaran pun suami cadangkan buat potongan Tabung Haji terus saya ikut (walau duit Tabung Haji tue asik kering je atas sebab-sebab tertentu..bilalah nak pg Haji?)
Inikan pulak selepas jadi suami. Saya akan sokong 100% kalau apa yg suami cakap itu untuk kebaikan tapi kalau perkara buruk saya akan suarakan kalau tak ikut jugak saya bantah dalam hati. Allah lebih tahukan? So ini untuk kebaikan ,saya ikutlah...



Kawan-kawan jangan susah2 pikir nak bayar zakat camana. Sekarang kawan-kawan boleh buat ikut Skim Thohir (bayaran zakat secara bulanan melalui potongan gaji). Kalau kawan-kawan yang gaji manyak2(stail Amana cakap ye) tue perasan tak ada PCB (Potongan Cukai Berjadual) boleh buat potongan zakat seperti nilai PCB.


PCB saya sekarang potong dalam RMXX , potongan zakat saya pula RMXY so ada baki lagi RMZ (RMXX- RMXY)  masih ada PCB untuk LHDN. Dari bagi LHDN baik bagi zakatkan? Dapat pahalakan? (Jangan marah ye kinna..haha)


risalah PPZ


 
Sebenarnya dalam risalah  dari PPZ ne ada permintaan untuk buat salinan dengan terma "BERDAKWAHLA BERSAMA KAMI" dan edar pada keluarga & rakan taulan. Tetapi saya buat dengan menerusi blog..

Moga2 entry yang tak seberapa ne dapatlah mengusik hati kawan-kawan dan tergerak untuk buat potongan zakat juga. dapatlah saya tempias pahala kawan-kawan untuk cover dosa2 saya.. AMIN

No comments: