ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, August 10, 2010

Allah Perancang Yang Paling Baik

Ohhhhh..Bukan menang contest lagi ye.. Hal lain pula...Satu perkabaran yang pada saya cukup menyedarkan saya tentang perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Saya sepatutnya dijadualkan meninggalkan anak2 selama sebulan untuk bekerja dan jauh dari Malaysia. Dan kebetulan tarikh saya berada di sana  jatuh ketika birthday Arief..

Saya tak menolak tugas yang diarahkan tetapi ketika diberitahu tempohnya sebulan nak terbuntang jugak mata ne.. Walaubagaimanapun sedikit pun tidak terniat untuk menolak kerana saya punya bos yang terlalu..lalu..lalu bertimbang rasa .Mana mungkin saya menolak arahannya.. Kalau boleh semua arahannya saya nak penuhi.. Keluarkanla arahan saya akan cuba penuhi...

Kalau kawan2 nak tau bos saya cukup bertimbang rasa ketika saya mengandung kali pertama..alahan cukup teruk dan beliau amat memahaminya dan saya tau sedikit sebanyak menyusahkan bos saya kerana dia perlu mencari orang lain untuk menyelesaikan perkara yang patut saya selesaikan (sampai sekarang masaih rasa bersalah)

Ketika saya kerap cuti kecemasan (walaubagaimanapun takle melebihi cuti sampai perlu dipotong gaji ye hehe) disebabkan Amana kerap sakit dia masih memahaminya. Amana diusia setahun ke bawah memang kerap sakit disebabkan antibodi yang tidak kuat(padan muka saya ye kawan-kawan kerana Amana tak merasa susu badan mamanya ini) dan jugak kerana jagaan yang tidak baik ketika saya bekerja.

Oleh itu saya akur  pada arahan ketika diberitahu perlu meninggalkan anak2 selama sebulan. Saya isi borang , medical check-up dan sebagainya. Walau itu cuma percalonan tetapi kebarangkalian pergi adalah besar juga kerana cuma saya dicalonkan untuk tugasan ini. Saya cuma berserah jika perlu pergi ia adalah rezeki saya ke sana dan jika tak pergi juga rezeki kerana tak perlu meninggalkan anak-anak selama itu.. Saya sekali-kali takkan melawan arahan bos saya yang bertimbangrasa ini. Lagipun ia bagus untuk kerjaya saya.

Tapi pagi ini pegawai yang menguruskan pemergian itu telefon dan dalam nada tidak seronok kerana pihak di sana tidak memaklumkan bahawa meraka telah ada calonnya. Lebih-lebih lagi nama saya dihantar dalam tempoh yang diberikan dan setelah mengikut segala syarat-syarat yang ditetapkan (nasibla saya tak renew pasport lagi) . Saya terima dengan hati terbuka dan senyuman kerana pergi ke luar negeri tidak termasuk dalam agenda utama ketika saya mula-mula bekerja dan sehingga kini. Pergi atau tidak itukan ketentuhan bergantung pada rezeki... (Pada En. HxxxZ.. terima kasih kerana menguruskannya.janganla rasa bersalah..jangan risau saya tak sedihla..hehe)

Allah yang lebih tahu mana yang terbaik kerana Allah adalah perancang yang paling terbaik..

p/s: Arief dapatlah kita sambut birthday Arief yang pertama  bersama & suprise!!!! Mama dah tau hadiah apa yang mama akan beli untuk anak lelaki kesayangan mama.. Mama sayang Arief sangat2...

4 comments:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Hm... Qada' dan Qadar Allah... Birthday apa nak kasik? hehe...Bestla Arief!!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hehe..lum beli lagi nanti dah nak dekat ila belila.. rasanya nak beli 2 hadiah..satu yg mahal satu lagi plushis kat online ne .. kat blog list ne banyak org yg jual plushies

Nur Sakinah Ahmad said...

ada pro dan cons la kan..kalo dpt g oversea best gak, bejalan tgk negara org.. tapi kalo tak dapat pon best gak, tak berjauhan ngn anak2 yg masih kecil. sy pon penah dicalonkan gak.tp direct bos tak encourage sbb alahan teruk peknen anak pertama..huhu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Yg ne terang2 syrat embsy china xnk org peknen hehe.yela sebln bkn seminggu xpelg