ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, August 20, 2010

Tak Sanggup Nak Letak Video Itu

Semalam kawan saya di FB letak satu video yang cukup menyedihkan saya. Video di bulan-bulan puasa ne mengecewakan saya sebagai ibu dan kalau saya guru lebih-lebih lagi kecewanya (Opsss ini bukan salah cikgu ye) Saya percaya video ini dirakam di dalam kawasan sekolah lebih tepat lagi di belakang kelas.. Sebab ada beberapa kawan2 sekolah berlegar2 dan kerusi itu kebanyakkan ada di sekolah.. Dinding di belakang yang bercat putih kalau tak silap saya itu pastinya dinding sekolah..

Dua org pelajar of course seorang lelaki & perempuan ; yang perempuan duduk atas kerusi dan lelaki macam bertinggung di sebelah dan tangannya berada di sebalik tudung pelajar perempuan (faham kan tengah buat apa?).Kalau video ini dirakam curi2 oleh kawan-kawan takle saya sesedih itu...

Kawan yang merakam tue dah ada di depan muka di depan kedua2 pelajar tersebut. Dengan selamba aktiviti diteruskan. Tudung pelajar perempuan tue diselak supaya aktiviti disebalik tudung dapat dilihat dengan lebih jelas (saya tak pasti siapa yg menyelak; yg merakam atau pelajar lelaki tersebut) dan aktiviti itu diteruskan sambil dirakam dengan lebih dekat.. Selamba je budak2 berdua ne biar aktiviti ini dirakam.. Sedih betul!!!

Pelajar perempuan tue takde perasaaan malu ke? Membiarkan maruah dia dirakam begitu? Tak sedar ke apa yang dirakam tue akan disebarkan sama ada download dalam youtube atau bluetooth sesama rakan2.. dan paling penting dia tak fikir ke kesannya samapai seumur hidup tak hilang!! Malu ibubapa dia..Pelajar lelaki tue pun sama. Sedar tak nanti dia akan besar dan punya anak perempuan dan mungkin dia ada adik-beradik perempuan?Mmmm..tak payah pikir jauh2la pikirla video ini pasti tersebar dan paling malu ibubapa kedua-dua pelajar..

Saya berdoa perkara ini dijauhkan dari anak2 kita. Paling penting sedari kecil disematkan ilmu agama. Ya..kita bukan malaikat.. sekali dalam kehidupan kita akan tergelincir tetapi yakinlah dgn ilmu agama yang sedikit cuma yang ditanam dari kecil ;  kita tidak akan terlalu jauh tergelincir dan akan bangun semula dan berusaha membetulkan kesilapan itu. Setiap kali buat salah kita akan ingat ibubapa kita dan berasa kesal. Kekesalan itukan tanda2 org yang masih ada iman???.... Dan paling penting ibubapa solat 5 waktu  dan doakanla anak2 setiap kali selepas solat kerana doa ibubapa itu mengikut anak2 di setiap langkahnya seperti doa ibu saya pada saya.. dan doa itu saya pasti masih ada walau saya telah lepas dari tanggungjawabnya kerana saya kini telah bersuami...

p/s: Lencana sekolah jelas kelihatan dan rakan2 di FB dah sebut nama sekolah tue.Tak lama lagi keluarlah dalam Harian Metro..mmm..

6 comments:

Nur Sakinah Ahmad said...

budak sekolah sekarang makin advance..malu dah takde dah..takut kan jadi kat anak2 kita nti...mintak2 dijauhkan..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kinna memang takut.. selamba je budak2 ne.. hp yg makbapak bagi guna buat benda lain.. rakam itu ini..pas2 gambar lucah!! adoiiiiii takutnya anak2 kita nanti

Mama Zharfan said...

me tak sanggup nak tgk video tu sbb me malu ..sgt2 malu sbb pelajar sekolah yg pakai tudung..keruntuhan moral sgt2 meruncing di kalangan remaja melayu muslim kat msia ni..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ: dapat jugak ke video tue??? mmm..bulan2 posa pulak..tak bulan posa pun sama je dosanya tapi bila dapt video mcm tue bulan2 posa sedih sungguh

Wonderful Life with Mary Kay said...

Hm.. mmg la ila. Bdk2 sek sekarang sukar nak jangka. Liza berhadapan dgn mereka hari2 ni tahu lah betapa runtuhnya akhlak pelajar sekarang. Liza sendiri pernah tangkap seorang pelajar yang......malu nk ckp..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

liza; takpe kita simpan sama sendiri jelah hehe