ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, September 8, 2010

Buka @ Cosy Place

Setiap tahun agenda berbuka puasa bersama kawan2 dari sekolah rendah adalah rutin buat En. Papa.Ada hampir 7 keluarga.  Sejak berpacaran saya telah terbiasa dengan agenda ini. Rasanya cuma sekali sahaja saya skip ketika mengandungkan Amana.

Antara tempat yang saya ingat ialah restoran makanan laut di Sepang, restauran di Gombak, restauran di wangsa melawati ... mana lagi ye.. Tak  kisahlah yang terkini di Cosy Palace. Berhadapan dengan Wangsa Walk. Taklah betul2 di hadapan tapi di deretan kedai2 di situ.


Boleh tahan juga tempat tue. Dekorasi paling saya suka. Temanya putih dan bersih. Siap ada pendiang ala2 rumah org putih. Susun atur kedudukan makan juga tidak crowded dan selesa. Masih mampu lagi berjalan malah anak2 berlari2 di situ. Makanan juga direfill jika habis. Kiranya puaslah makan. Nasi + lauk pauk, mehoon, kuih muih, air oren, sate dll. Macam tahun lepas ada isteri kawan En.Papa sampai merajuk dan tak makan kerana tiada makanan. Kedai tue pun dah tutup. Kalau meniaga fikir keuntungan sahaja itulah akibatnya. Bilik air pun asing untuk lelaki dan perempuan juga bersih. Cuma satu sahaja kekurangannya tempat sembahyang antara lelaki dan perempuan di dalam tempat yang sama. Jadi kami sembahyang ikut trip. Sekali trip perempuan. Sekali trip lelaki.. Sekurang2nya ada jugak disediakan tempat sembahyang.Alhamdulilah..Ohhhhh.. buffetnya cuma RM32.


Saya suka candelier ini. Ada 3 rasanya di kedai ini.


Saya ambil gambar ini ketika menunggu giliran bersolat 

Di bahagian luar. Di sinilah tukang masak membakar sate & ikan bakar

Orang lain dah pulang tetapi kawan2 En.Papa masih berkumpul 
dan hasilnya anak2 jadikan restauran ini playground
nasib baik tak kena extra charge hehe


Tengoklah siap duduk atas lantai anak2 kami
Dari tepi Shira (anak Nizam), Amana (anak sayalahhhhh!!) dan Aleysya (anak Saiful)
saya tengok Shira selalu peluk Amana
Masa birthday party Amana Shira ada datang juga .


Anak Nazim dan Saiful

Sejak kecil saya memang suka Aleysha ini.
Masa lahir memang cute.
Masa itu saya belum punya anak dan suka betul tgok Aleysya


Kalau sebelum ini saya pergi untuk mengembirakan En.Papa selepas ini nampaknya saya pergi untuk mengembirakan Amana juga. Amana sangat suka berjumpa anak2 kawan En.Papa dan saya amat gembira melihat dia pandai berkawan dan membawa diri dikalangan kawan-kawan baru. Amana siap beritahu nak jumpa Aleysya dan Shira lagi. Amana pergi toilet pun kawan-kawan barunya tunggu diluar..Yang paling saya nak tergelak masing2 bukak beg masing2 dan tayangkan make up masing. Blusher saya yang dah habis dan jadi milik Amana di kongsi beramai2..hehe..Anak2 ... Melihat mereka tertawa seolah2 dunia juga gembira bersama...

1 comment:

mama zharfan said...

nampak best tempat ni :)