ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, October 23, 2010

From Korea With Love-Part 14

 HARI KE 10

Hari ini Sabtu jadi kami tak ada kelas. Kami cuma mulakan jadual pada jam 12tghari. Joshua bawa kami makan. saya makan ini sahaja untuk tengahari. Lagipun kami dah masak sarapan.Hari ini saya masak nasi goreng guna perencah segerala.Apa lagi...

Hari ini kami dibawa ke tempat membuat porselin.Ala macam labu tue. Lebih kurang 45 minit dari IITPI. Kami mcm pelik ada mat saleh kat sini. Rupanya dia org US dan kawin dgn org Korea di sini. Dia datang ke Korea untuk mendalami cara-cara buat porselin. Tempat yang kami pergi ini adalah tempat guru beliau. Guru beliau dah meninggal setahun yang lepas. Beliau telah tinggal di sini lebih kurang 10 tahun dan mengajar Bahasa Inggeris di sini.

Tengok saya buat porselin.Kami lukis apa yg kami nak dan mereka akan bakarkan.Mat saleh tue kata kami boleh bawa pulang ke negara masing2. After 1 week porselin ini akan diambil oleh Joshua (assistant koordinator) untuk diberi kpd kami semula.
Tengok papa, di mana2 pun B ingat papa & anak2 tau. 

 Rindu gila kat Arief & Amana sampai teringin sangat nak  peluk anak org ne. Tapi dia tak mo pulak.Macam takut je.Comel tau budak ne.Yela mix blood. Korea + US.Tapi rasanya besar dari Arief. Baby ne pun 1 year  same like my lil Arief.

Adakah gambar ne menipu?? Apasal saya nampak kurus?? haha.balik je Malaysia gerenti gemok. Tadi call mak; mak masak udang + pucuk paku masak cili api.Nyum..nyum..Masakan mak paling best!!! Kalau chef paling hebat kat dunia pun kalah!! Saya mungkin dapat turun 3/4 kilo kat sini tapi bila balik Malaysia saya boleh get back all the weight only in 1 day..wakaka..


 YES!! With Kitty again. Nak tau tadi kami berjalanla dua org.Masuk galeri lain.tetiba ada jurugambar tue interview kami.Wahhhhhhhh..Kemain suka saya & Kitty. Sengih sampai ke telinga..

 Oh..Kat sini pun diorang tanam beras.Lupa nak story tempat ne ala-ala tanah tinggi tau. Beras kat Korea pendek2 & gemok2 kalau nak banding dengan beras kat Malaysia yang kurus2 + panjang2


Lepas tue kami balik semula ke Deojeon. Sebelum pulang ke IIPTI kami makan malam pula. Oh kat sini jam 6.00 petang dah malam ye. Cuba teka apa makanan di atas?? MUSROOM SOUP!!!! saya yang order dulu sebelum diorang order makanan pelik utk saya dan Lin. Itupun diorang nak order yg lain sebab mushroom soup paling murah di sini. Tapi saya kata ok..dah cukup...


Ini makanan yg kawan2 lain makan. Pizza & pasta. saya dengan Lin cakap..siaplah balik Malaysia serbu Pizza Hut.

4 comments:

Jue-Isteri_Ibu said...

eeeeee...bestnyer ila..

Nur Sakinah Ahmad said...

asalkan dapat kurus..sekejap pon jadila ila..hehe

Mama Zharfan said...

siyes, u nampak kurus ler pakai bj gitu!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ju: best jalan negara org tapi skarang dah miss kat papa&budak2

kina: ye balik nanti dapat gmok dgn jayanya..haha

MZ: haha... stail duduk jugak mempengaruhi wakaka