ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, October 25, 2010

FROM KOREA WITH LOVE-PART 16

HARI KE 12

Hari ne kami ada 2 lawatan. Kami melawat Hyundai Motor dan jugak Hyundai Factory. Eh... tahla saya pun tak ingat nama yg specific. yang pasti dua2 tempat Hyundai. Satu kilang keta  Hyundai  dan satu kilang Hyundai buat kapal. Kami juga pergi Asan Memorial Hall.Tau Asan tue sapa?? Asan atau nama sebenar Chunng Ju-Yung adalah founder Hyundai.

 Di sinilah penerangan mengenai Hyundai Motor diberi kepada semua delegate. Seronok bila dapat lawat kilang yang menghasilkan antara kereta terbaik di dunia. Mak kat sini susah nak jumpa Hundai Tuscon mak tue. Kat sini banyak jenis Hyundai yang belum ada di pasaran Malaysia lagi. Bila ye saya mampu pakai keta ne?? Takpe at least saya dah naik keta mak saya.haha...Oh KIA dan Hyundai adalah dari 2 syarikat yang sama. Tak silap KIA diambilalaih oleh Hyundai dan anak sulung pertama Asan adalah CEO KIA.


 Ini adalah perabot di pejabat Asan. Dipakai oleh beliau selama 30 tahun!!! Percaya tak?? Kalau kat Malaysia CEO asikla tukar perabot manalah tak bangkrup!!!

 Oh papa.. B tak mampu nak beli walau sebijik keta kat kilang tue so B bagi papa model ne je ye?? haha ini pun sourvenior dari Hyundai pada semua delegate.

 Selepas itu kami melawat tempat tomb/ ala2 piramid. Tgok gambar saya dengan patung kat hadapan "Tomb/ Piramid Korea"

 Belakang tue ala2 piramid. Sebab apa saya kat macam tue?? Kat situlah tempat dinasti Korea bersemadi. Satu bukit tue untuk satu raja tau.
 Ha.. saya dihadapat "tomb" yang telah dibedah oleh kerajaan Korea untuk dijadikan destinasi perlancongan. Saya tak amik gambar di bahagian dalam sebab tak dibenarkan. Tapi selamba je saya tgok org lain amik. Terutama mat saleh yg tak reti bahasa.

 Ini hotel kami untuk hari ini. Hyunday Hotel. Ohhh saya suka bilik ini compare to Novatel Hotel.Biliknya besar dan yang paling best internet free & amat lajuuuuuuuuuuuuuuu..Dapat saya skipe dgn anak2 dan En.Papa yang dirindui

Kat depan hotel ne ada tasik.Ini tasiknya. Saya ambil ketika hampir gelap dari dalam lif yang lutsinar macam kapsul tue.. Oh kat kawasan ne lebih kurang mcm kawasan peranginan. Kat sini ada sawah. Ada basikal yg boleh disewa untuk tunggang keliling tasik. Tempat ne mcm ala2 kampung yg sejuk di kawasan pendalaman. Kalau dapat honeymoon kat sini pun ok. Nak bawak anak2 jugak.Sejuk gila.Saya mmg suka tempat sejuk daripada pergi pantai yg panas2.Bila panas sangat saya boleh jatuh pitam lorrrrrrrr



3 comments:

Mama Zharfan said...

jom dtg UK time winter..konpem sejuk hehe

en_me said...

sonoknyerr gi korea kanns..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mz: tak yahla g sana utk rasa sejukk... sekarang kat korea 6'C..mengelatuk..rasa tak mo kuar hotel

en_me: seronok gak tgok negara org tapi .........hujan emas negeri org hujan batu negeri sendiri..waaaaaaaaa nak jugak balik negeri sendiri