Hari kedua, kami bermula pada 8.50am. Menaiki bus ke KOICA.Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Ibis Hotel. Pagi tadi cuma sesi ice breaking (kenalkan diri), ucapan alu-aluan dari org Korea, penerangan tentative selama kami disini dan video Dynamic Korea. 1.30 saya akan sambung kelas mengenai kebudayaan KOICA.
Saya bersiaran dari segi.
Kemudahan intrenet secara percuma untuk semua delegate
Saya cuma sarapan ini.Ini yang saya rasa paling halal.
Tiba2 saya baru teringat ..minyak apa ye diorang guna??
Esok saya akan tanya / tak makan lagi..
Makan roti cukup tapi mentaganya halal walau halal dari USA okla.
Senyuman penuh rindu pada anak-anak dan En.Papa
Tag nama saya
Ada 14 delegate dari 7 negara
Malaysia, Cambodia, Laos, Myamar, Philipines, Myamar, Vietnam
Sebelum sampai ke sini saya ingatkan KOICA cuma handle matters related to IP sahaja tapi rupanya ia multitasking. Ketika penerangan menegnai KOICA dan video mengenai KOREA barulah saya tahu mereka terlibat dalam health, enviromental, cultural dan macam2 lagi. Mereka mempunyai pejabat di 32 buah negara dari 33 negara kecuali Malaysia? Haaa..Malaysia takde??Meh amik saya keja situ kalau nak buka pejabat kat Malaysia ye?? hehe...Macam2 seminar ada disini. Dan pelbagai delegate ada.Tadi saya sempat borak delegate dengan dari Indonesia (bukan sama program dgn saya). Mereka di sini kerana kebudayaan. Banyak delegate dari India juga.
Saya di bilik Cultural of Korea.
Kami tak kemana-mana lagi
Cuma di bangunan KOICA..Tapi tempat ini serba lengkap
Apa ne??
Gula ketul..haha..Cutekan??
Ok dah nak 1.30 saya tak mau lambat..Malukan kalau delegate Malaysia tak tepati masa? By the way hidung saya kerap berdarah mungkin sebab cuaca yang makin nak ke winter tapi saya takle rasa sejuk sangat. Pada saya macam Cameron Highland je.. tapi hidung ne kerap betul berdarah...
p/s: Mak jangan risau angah tak tinggal solat dengan sengaja. takkan sesekali ke tempat orang sudah tinggalkan solat setelah bertahun2 mak didik bersolat..hehe.. dun worry mak.. (Mak saya msg smlm ingatkan qasar & jamak utk solat) Kasih ibu di mana2kan??
1 comment:
suka me baca citer u ni :)
Post a Comment