ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, November 17, 2010

I WANT SEVENTH GENERATION PRODUCTS!”

Saya dapat tau tentang contest diatas dari  clothdiapermalaysia dan ianya ditaja oleh seventhgeneration dan lifestylegreensolutions. Jom lah join ramai2. Selalunya kalau join mesti nak tau apala hadiahnye.. Hadiah best tau....

 Best tak?? Ini antara hadiahnya.. Bestnya kalau dapatkan???

Salah satu syaratnya ialah kongsikan tentang eco-friendly product. Yang terlintas di fikiran saya adalah Cloth Diapers atau lampin moden sebab saya telah menggunaknnya. Selain menjimatkan, lifestyle green ia juga bagus untuk kesihatan anak2. Arief tidak pernah kena rashes jika nak dibandingkan dengan Amana yang kerap dijangkiti rashes ketika dahulu.  Dibawah ini saya letakkan gambar anak-anak saya ketika mengunakan go green product ini. 

Anak ke dua saya. Amirul Arief. Saya mula menggunakannya ketika anak kedua saya lahir. aya gunakannya sejak umurnya 3 bulan.

Ini anak pertama saya. Saya gunaknnya kerana adiknya juga gunaknnya. Terbalikkan?? Tapi itulah kenyataannya. Saya tiada ilmu ketika itu tentang go green/life style green. Saya cuma terbuka hati apabila ibu saya belikan cloth diapers ini. Saya juga hantar Cloth Diaper ini ke taska. Ini entry saya buat kali pertama saya hantar cloth diapers ke taska. Berdebar2 rasanya takut juga adakah saya menyusahkan guru taska jika saya gunakan cloth diapers.Alhamdulilah kini anak saya yang kedua telah setahun dan selama itu saya hantar cloth diapers ke taska..Alhamdulilah cikgu taska tidak pernah komplen...

 Saya telah ada hampir 20 keping cloth diapers.Ini antara koleksi kami.
Selain untuk menambah wang saku & kenalan inilah salah satu caranya saya perkenalkan konsep go green/lifestyle green kpd org lain.Saya telah buka online shop saya sendiri iaitu http://littlemummydaddy.blogspot.com Dan kini ada beberapa kawan2 saya di pejabat juga telah menggunakan cloth diapers melalui online shop saya.


Saya juga gunakan beg  diatas untuk menyokong go green/lifestyle green. Dengan adanya beg ini saya akan dapat tambahan mata malah menggurangkan penggunaan plastik yang kita semua tahu ia adalah item yang sukar dilupuskan dari muka bumi.


Di bawah ini adalah barang2 yang menatik minat saya daripada lifestylegreensolutions dan seventhgeneration

Gentle Foaming Cleanser, 120ML (4 oz)

Kulit muka  saya adalah dari jenis kulit berminyak dan saya tidak boleh menggunakan pencuci muka yanh mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Dahulu saya menggunakan produk Sari Ayu dari Indonesia dan kini amat sukar untuk dapatkannya.Dan sekarang saya tidak guinakan sebarang pencuci muka kerana tidak berjumpa yg sesuai dan saya tidak berani mencuba produk yang banyak diiklankan kerana kulit saya juga sensitif


Chlorine Free Stage 1 Baby Diapers 8-14 lbs (3.6 to 6.4 Kg), 44 diapers

Walaupun saya adalah pengguna cloth diapers tetapi kadangkala saya masih memerlukan disposal diapers terutama ketika anak saya diserang cirit-birit yang teruk dan pastilah pilihan saya ialah yg berkonsep lifegreen produk.Ini kali pertama saya tahu tentang diapers begini.


No comments: