ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, November 12, 2010

Tips Ke Korea

Hai kawan2 di sini ....hakim tak bertauliah ne nak bagi beberapa tips jika anda2 berminat atau ditugaskan ke Korea. Alahai ngada2nya baru 17 hari pergi nak bagi org tips entah betul entah tidak. Kuang..kuang... Saya saja je bagi tips ne supaya kawan-kawan bersedia jangan kat sana baru tercari2 atau tertanya2 ye tak? Ok? Nak tau?? Boleh terus membaca kalau tak nak tau sila tukar ke blog lain hehe.. Blog ini adalah blog demokrasi ye...




1.Botol mineral water
Tak kisahla sama ada botol tue ada air atau tidak yang penting sila bawa ke mana2. Sebab kita sebagai Islam telah terbiasa selepas buang air kecil atau besar mestilah nak cuci dengan air bukan main kesat2 dengan tisu je.

Ini antara contoh toilet di sana.yang kelakar siap ada button kipas ok?
Cuba cari..

Sesetengah toilet di sana ada toilet yang siap dengan air memancut dari toilet bowl (spt gambar diatas) tapi ada beberapa tempat yang saya pergi cuma ada tisu je. Yuckkkkk!!! Nasib ada mineral botol yang kosong.So saya isi air di singki dan bawa ke dalam toilet.Kalau anda tak kisah atau tiada perasaan geli jadi anda tak perlukan botol air mineral ini.



2.Penunjuk Kiblat
Hotel2 di sana tiada arah kiblat ye sila bawa takkan nak main agak2 ye tak?Tak yahla nak jadi macam org dahulukala yg amat berilmu tentang cakerawala tue... Tak payahla nak agak2 ikut matahari sebab sepanjang saya kat sana matahari macam sembunyi sahaja..


3. Rice cooker
Sila bawa periuk nasi kecil atau spt gambar diatas untuk operasi memasak ye(TQ Khaty atas jasa anda meminjamkan kami item di atas). Janganla harap semua kawasan ada makanan halal. Saya ke Seoul baru ada kedai makanan halal. Di Pusan cuma ada satu sahaja. Kedai makanan halal selalunya kedai India dan untuk makluman makanannya amatla mahal. Kalau ye pun lalu ke tekak hari2 makan makanan India. Kadang2 nak jugak makan sendiri masakkan? Kalau masa amat suntuk mana sempat nak ke restaurant halal yang selalunya di tengah bandar. Kalau anda tinggal jauh dari Seoul camana anda nak makan? Tapi kalau tak kisah makan yg tak halal atau separa halal (hehe ala lauk yg dikata halal diletak side by side dgn pork) ok saja ye...

4.Makanan kering
Bawakla sardin, sotong dalam tin, tuna, kentang (boleh beli kat sana), suhun, beras dari Malaysia. Oh masa kami kehabisan beras kami beli gak beras korea. Berasnya pendek & gemok. Bila masak ala2 sticky rice tapi takle melekit sangat.

5.Nandamon Market
Kalau anda pergi satu family sahaja mungkin tips ini tak penting sebab anda boleh tukar or ubah plan tanpa menyusahkan orang lain. Tapi kalau anda pergi by group atau atas tuntutan kerja mungkin ia berguna. Sila beli apa sahaja sourveniour di sini sebab inilah satu2nya market yang murah. (Tukaran wang Malaysia lebih kurang triple duit Malaysia) Kalau anda beli kat hotel pastila berkali ganda(lor semua taulah!!!). Kalau anda berharap nak jumpa tempat yang ala-ala Nandamon Market di sini lupakan saja. Sebabnya  saya cuma dibawa ke sini sekali dan selepas itu penuh jadual dan langsung tiada kedai yg ala2 Nandamon Market lagi.Lagipun ia di  Seoul ,jauhla dari tempat kami tinggal di Daeojung kalau nak berulang-alik.Tak kuasa mak ye....Kat sini bolehla beli keronsang Korea yang kalau kita pg kat Jalan TAR ia diletakkan di bahagian yang lain ala maksudnya lagi mahallah sebab tue takleh campur dgn keronsang dari China sebabnya ia dikatakan guna batu swarskroski.

6.Baju Sejuk/Kot+Sarung tangan
Konon2 autum tapi sejuknye..Kat sana pernah 6'C. Sejuk gila!! Rasa tak mo pegang pintu kalau nak masuk kelas.Biar org lain yang tolak pintu sebab tak mo sentuh dgn apa2 besi yang buat saya rasa lagi sejuk. Hidung saya memang selalu berdarah di sana. Azlin pulak asik gatal2 sebab sejuk melampau buat kulit jadi kering. Bawakla baju sejuk yg tebal dan kalau boleh bawak saraung tangan sekali ye. Saya selalu tgok drama Korea semua guys nampak sungguh segak.Apa rahsianya?? Memanjang pakai kot!!!Di sepanjang jalan raya nampak lelaki& perempuan memakai kot (hensemkan?) sebab sejuk kalau kat Malaysia & pakai kot kat jalan2 raya akan kuar soalan "Mabuk apa pakai kot tengah2 panas ne?"


7.Tomato sos/Cili Sos
Kalau kat sini yang halal di hotel2 adalah seafood tak kisahla yang dipanggang atau rebus janji saya boleh isi perut.Kalau makan macam tue je loya tekak saya so saya perlukan sos. Sos kat hotel2 kat sini mmg tak sedap!! Sos campur cuka. Semua  hotel cuma ada sos yang tak sedap tue. Tapi kalau anda nak sos yang ala2 Thai sos anda belila kat fast food restaurant spt Popey.Oh kat sini kalau nak sos kena bayar okeyyyyyy?? Tak macam Malaysia free of charge siap mintak lebih lagi...Tak silap saya sos cili 300W dan tomato 200W.

Apa lagi ye? Kalau ada papa2 nanti saya ada lah lagi ye... Nak g beli makanan tengahari pulak.. Till then nantikan entry tentang sourvenior yang saya bawak balik secara percuma dari sana..ngeh..ngeh

4 comments:

Mama Zharfan said...

part sos tu mcm kat UK gak...

shapoji said...

thanks...sebab one i will go to korea!!! nuff sponsored me!!! lol~

Rina Rossoneri said...

ohhhh jadi betullah sangkaan kita selama ni..memang toilet dorang xada air..certain tempat je ada ek.. kita selalu pikir,toilet dorg ni mmg xada air ke..cam ne lah kalo aku kena duk sana..haiyoo..good tips!..

alinalan said...

oooo glad i'm ready your tips dear!!
memang membantu!!! tqvvm.