ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, December 11, 2010

Ada apa dengan sardin?

Rasa dah lama tak berblog. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Haa? Update hari2? Hehe itu schadule postla.. Saya selalunya akan buat 5 entry sekaligus di pagi Sabtu dan saya setting tarikhnya satu setiap hari. Ramai blogger yang buat begitukan?? Kaslau bukan blogger memangla tak tau..haha...

Ok berbalik kepada tajuk entry. Sejak kecil saya memang pengemar sardin. Lebih-lebih lagi kalau kak long saya masak sambal sardin. Dan kalau nak tau lauk yang pertama saya pandai masak ialah asam pedas sardin. Pernah makan? En.Papa pula memang suka sangat dengan lauk sardin.Kalau cakap nak masak sardin CERIA WAJAH!! Kalau saya cakap stok sardin dah habis terus ke kedai beli  asal saya sanggup masak hari itu. Saya juga pernah masak nasi goreng sardin ciliapi utk En.Papa. Pernah di kedai makan En.Papa order nasi goreng sardin dengan harapan seperti saya masak. Tiba-tiba ikan sardin seketul di letak tepi pinggan. Entah masak entah tidak. Terus muka En.Papa yang berubah jadi sardin!! haha

Oklah berbagai cara untuk masak saridin nekan? Ada yang guna cili. Ada yang tidak. Ada yang guna bawang puti, halia, bawang besar dan cili apai sahaja. Macam-macamlah.. Ini pula cara saya siap dengan gambar hehe..Meh cuba ramai2..


Saya memang guna sardin ne. 
Pernah cuba sardin jenis lain tapi macam tak berapa berkenan di hati.

Ini sardin botol paling kecik .Ada 4 ketul ikan sardin.Kira okla untuk kami makan. Saya amik satu itupun kekadang buat hiasan dalam pinggan.Yang lain En.Papa yang sebat.hehe.Anak2? Mana reti makan pedas lagi.
1. Mula-mula saya goreng dulu ikan sardin ne. Loya tekak kalau tak goreng dulu.Dulu masa kecik2 mak saya tak goreng pun tapi ada sekali tue mak saya tengok kakak mak saya aka mak lang saya masak dengan menggoreng ikan sardin dulu.Terus kami follow. Sedap tau.. Abaikan kuali yang amat jelita itu.Itu buktinya saya rajin memasak hehe

Ini rupanya kalau dah siap digoreng. Haha kat bahagoian sebelah lagi  tue terhangus sebab sibuk amik gambar  Wakaka. 2. Masukan cili yang telah diblend dengan bawang ke dalam kuali. 3. Biar masak & kuar minyak. 4. Masukkan air  asam jawa 5. Masukan gula & garam secukup rasa. 6. Masukakan sardin yang telah digoreng bila dah nak angkat. 6. SIAP!!

Banyaknye sambal.. Takut tengok. Tapi inile yang En.apa suka.. Tenggelam 3 ekor sardinku.. Satu je yang masih mamapu berenang

Ikan sardin yang berenang di lautan sambal

Rescue sardin ne kang lemas pulak macam yang lain2..hehe


p/s: Walau sekarang sardin boleh diketogori bukan makanan cikai lagi tapi saya belum lagi tergamak menjamu tetamu2 makan lauk sardin tika bertandang ke rumah kami. Walau ikhlas tapi lebih baik saya jamu lauk lain dari jadi bahan kutukan seperti yang seoarang penyanyi popular buat dulu.. Siapa?? Sapa ek? Lupa pulak sapa...Bukan semua boleh terima kesukaan kitakan? Lagipun banyak lagi lauk lain yang boleh dijamu. Kang ngamok En.Papa kalau saya jamu sardin.Lainlah kalau tetamu yang datang tak diundang dan  main rempuh je. Kalau ada sardin je kat umah camano??

2 comments:

Mama Zharfan said...

me & hubby pun penggemar sardin tegar mcm ila & hubby heheh lunch ari ni pun ada gak lauk sardin--me msk sardin tu me letak bwg, perah air limau nipis, sos cili, sos tomato ;) tak nak rasa hanyir sardin kan ;)

Wonderful Life with Mary Kay said...

Ooo.. First time tgk ikan sardin goreng ni. Alamak, daku puasa hari ni.. Sabar sabar Boleh cuba berbuka nanti. ;P