ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, December 19, 2010

Suami Nusyus

Utusan Malaysia - 1 Disember 2010.
Credit to : al-lavendari

Kerap-kali kita mendengar suami kalau marah isteri "AWAK NE NUSYUS TAU TAK!!" Tapi adakah para suami tahu yang mereka juga boleh nusyus. Agak-agak suami2 sekalian korang ada tak  dalam kriteria di bawah, Sebelum kata isteri nusyus cuba tengok list 1-9 tue.. Mesti adakan?? Jadi jangan suka-suki guna perkataan tue pada isteri2 anda kerana anda juga mungkin/pasti ada dalam 9 senarai ...kuang..kuang...

Saya petik sebahagian rencana di atas:

"Lebih menarik, Menurut Muhammad Thalib dalam bukunya 30 Perilaku Durhaka Suami Terhadap Isteri, suami boleh dianggap 'nusyuz' terhadap isterinya dalam hal-hal antara lain seperti berikut:


1- Gagal atau enggan memberikan nafkah (zahir atau batin).

2- Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat.

3- Tidak membayar mahar.

4- Menyebabkan kemudaratan (memukul) tubuh badan isteri.

5- Membebankan isteri.

6- Memperlakukan isteri dengan kasar.

7- Merosakkan martabat isteri.

8- Menghalau isteri tanpa alasan.

9- Menuduh isteri berzina tanpa saksi "



Paling tidak mesti ada pada no.5 dan 6. Terdapat isteri yang rasa sidai kain itu beban, memasak itu beban , basuh pinggan itu beban.. Tapikan pagi tadi saya dah lipat kain 3 bakul, masak nasik ayam, sidai kain satu mesin, suap anak makan.. Beban ke utk saya?? Takla sebab saya rasa itu tanggungjawab (msa saya rasa tak letih..so kalau saya penat apa saya rasa ye?) ..lagipun serabut tgok semuanya berlonggok!! Tapi mungkin pada isteri lain walau ketika tidak letih,  itu tetap beban dengan kuderat mereka kerana meraka tida pernah buat semua itu ketika mereka masih seorang anak.Mungkin mereka punya maid masa jadi seorang anak. Betul tak?..  Cuba tengok semula adakah tanggungjawab isteri memasak? menyidai kain? Tidakkan?Tanggungjawab isteri cuma melayan suami dan anak-anak.. Kalau isteri buat percayalah itu sebabnya mereka sayangkan rumahtangga tapi itu bukan TANGGUNGJAWAB ISTERI sehingga ia jadi satu isu besar.. Saya rasa kebanyakkan isteri sekarang dgn kos hidup yang tinggi sanggup bersusah-payah bekerja dan balik menjalankan tggungjawab di rumah pula.. Betul tak?

No 6 pula; pernah anda kasar dgn isteri yang telah buat semuanya utk anda & anak2. Susah ke nak berlembut dgn isteri2 yang dah lahirkan anak2 & buat semuanya utk anda? Sedangkan dalam pesan terakhir Nabi Muhammad S.A.W telah menyebut lebih kurang "berlembutlah dengan isteri2 anda..." Tak caya cuba dengar kat 106 Astro Oasis setiap kali lepas azan Magrib..    Sekali anda berlembut dgn isteri anda, 10 kali ganda diorang boleh balas tau.Fikir-fikirkan yeeeeeeeeee.....


p/s: Saya dapat dari tuan punya blog. Tuan punya blog tue lelaki ye.. Sekadar berkongsi untuk info.. Tengoklah labelnya..Ini bukan luahan perasaan kang ada yg speculate macam2.. hehe..

3 comments:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Hari ni ada berita isteri dibelasahteruk ketika di ranjang. tu antara ciri lelaki nusyuz jugak ker?

al-lavendari said...

salam.

bijak awak mengupasnya.

Allah maha adil dan bijaksana. itu sebabnya seorang isteri hanya dipertanggungjawabkan melayan suami di tempat tidur sahaja. kalaulah memasak dsb juga di pertanggungjawabkan oleh Allah, nescaya ramailah isteri yang berdosa.

kalau isteri membuat kerja2 lain tu dengan ikhlas selain melayan suami nescaya mereka akan mendapat pahala. mudahkan !

jadi ikhlaskan membuat kerja2 rumah itu. kalau tak ikhlas pun kena buat juga.

subhanallah.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

liza:macam2 lelaki sekarang..eh ppuan pun sama hehe

AL: TQ.itu pandangan seorang wanita..insya allah saya belum penah rasa tebeban.. rasa penat mestilah ada..hehe..alhamdulilah suami ada bantu2 juga terutama jaga anak2..so ringan jugak...