ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, July 31, 2010

http://juebisness.blogspot.com/

Apa yang akan anda buat jika anak anda tidak sihat dan memerlukan perhatian sepenuhnya dari anda. Sanggupkah anda meninggalkan kerja anda dan kehilangan pendapatan tetap yang anda terima pada setiap bulan. Dugaan setiap orang berbeza dan inilah dugaan salah seorang kawan saya.

Kami kenal hampir 7 tahun kerana satu pejabat tapi rapat kerana kerap berbicara tentang anak-anak. Beliau ada melawat ketika saya selamat lahirkan Arief bersama suami dan anaknya. Ketika itu beliau juga sedang prgnt anak kedua. Anak beliau yang petama adalah anak "istimewa" kuniaan Ilahi. Cuma yang tabah mampu menghadapi seperti beliau  suami isteri. Cerita beliau dan family pernah dipaparkan di majalah Ma&Pa.
Oleh kerana anak memerlukan perhatian lebih beliau berhenti kerja dan memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah melalui blog. Itu serbasedikit tentang beliau..

Perniagaannya secara on-line  semakin mendapat perhatian dan saya tumpang bangga dan gembira apabila  hari ini beliau ditemuramah oleh TV1 di Rancangan Apa Kata Wanita berkenaan berkerja dari rumah. Sebelum siaran ini berlangsung beliau ada menghubungi untuk berkongsi kegembiraan kerana akan ditemuramah oleh TV1. Ohhhhhhhh..bertuahkan kawan saya?

Pada kawan-kawan sila layari online business kawan saya ini. Review secara kasar blog ini menjual jamu, tudung, tempahan jahitan manik pada baju,buka kelas jahitan manik di rumah , rendang frozen dan lain-lain. Tak silap saya beliau juga ada ambil tempahan baju kurung juga. Yehaaaa nanti ila tempah jugak tau ju!!! Ila akan jadi pelanggan setia sebab susah betul nak cari tailor. (Tapi jangan komplen ila makin gemuk okies!!!)Marilah sokong kawan saya!!!!


p/s : Bila turn saya pula??

Friday, July 30, 2010

Cepatla papa

Bilalah nak balik ne... Anak2 dah menunggu di nursery...Cepatla papa.. Anak2 mesti tertunggu kita....... Teringat2 si debab dan si nakal ne.Hati meronta2 nak balik cepat tanpa lewat sesaat pun....

Hari ne nak pg pasar malam rasanya tapi macam nak hujanlaaaaaaaa

Si debab mama

si nakal mama
tgok tue dah tau mama nak amik gambar saja pandang bawah

Semalam di klinik

Semalam masa saya buat check-up, masuk seorang lelaki & wanita bersama seorang anak comel.Tak lama kemudian masuk lagi seorang wanita. Pada mulanya saya sangka wanita yang masuk kali pertama itu isteri & ibu kepada anak comel itu. Ruipanya wanita kedua adalah ibu kepada anak itu.

Tak sangka pun itu bibik sebab anak comel itu kelihatan rapat dengan wanita itu. Nampaknya majikan itu pun macam ok je dgn bibik itu. Bibik itu boleh membaca. juga. Boleh juga membaca Bahasa Inggeris. Umur bibik itu dalam lingkungan 50an. Si anak sibuk membaca dengan bibik.

Masa bibik buat medical check-up rasanya mesti buat FOMEMA (ini utk pekerja asingkan?) si anak sibuk nak ikut. Meragam "nak bibik..nak ikut bibik"

Dalam hati saya kalau saya dapat bibik yang baik dan boleh dipercayai pasti dia akan jadi bibik yang bertuah sebab dapat majikan sebaik saya.haha.. Eh saya ne baik tau.. Sampaikan Bibik  yang En.Papa amik jaga saya masa pantang pun naik kepala.. Itu nanti saya ceritakan...

Wahai bibik2 sekalian kalau ada yang membaca, kalau anda ne berkerja dengan baik kami majikan di Malaysia pasti lebih baik . Tapi kalau kes2 yang dera amah tue mintak maaf ye bukan bangsa saya... nak pijak kucing pun  tak pernah..Inikan nak pijak orang..ooo..bukan saya.....

p/s: meh sapa2 yang nak jadi maid saya.Senang je uruskan kain baju & kebersihan umah, jaga anak2. Masak untuk anak2 sahaja. Masak untuk makan malam  tak perlu kerap sebab saya suka memasak.malah anda juga dapat makan air tangan saya..hehe... Opsssss..saya bukan desprate lagi sebab sekarang saya duduk umah yang luasnya cuma hampir 1000sqf sahaja. saya masih boleh manage semuanya dgn bantuan En.Papa. Lagipun saya ada nursery yang best untuk tempatkan anak-anak comel saya.Ini cerita kalau ada umah lagi besar ye..Haha.. Entah bila....

Saw-saw Lady..Hadiah Awak dah sampai

Kami menang contest Cabutan Bertuah Happy Fathers Day yang ditaja oleh  Saw-saw Lady. Tgokla gambar Amana yang happy itu. Semalam baru saya sedar huruf2 ABC tue  Amana letak dalam kotak coklat. Takkan Amana ingat tue coklat kot?

p/s: Amana sekarang asik posing je..Asal ada peluang "Mama amik gambar.."
Adeh..Jangan jadi model ye nak.. Jadilah lawyer syariah membela wanita2 teraniya..haha

Thursday, July 29, 2010

Check Up

Tadi saya perlu buat check-up. Haaaa... bukan sebab saya prgnt ye!!! Adalah sebabnya......Buat masa ini saya harap Arief itu si bongsu debab dalam 3/4 tahun. Lepas tue baru saya fikirkan untuk si debab yang lain..

Walaupun saya ne dah 2 kalilah prgnt saya masih tak tau tak ingat jenis darah saya. Jadinya tadi 2 kali jari saya kena cucuk sebab jenis darah saya tak boleh baca. (padan muka) Nasibla saya ne ala2 berani..haha. Ala bersalin yang antara hidup dan mati pun boleh lalui  takkanlah cucuk kat hujung jari sikit nak kecoh ye tak?? Lagipun doctor tue minta maaf sebab kena buat 2 kali.Saya senyum je..

Lepas tue doktor suruh baring. Ingat nak check apa.Dia pegang bahagian leher & pastu ketuk2 perut. saya sempat buat lawak "Doktor ne check macam check baby kembung je" Tersengih2 doktor tue..Pastu check tekanan dan degupan jantung.

Haaa.. sampai kat part yang buat saya tersengih2 pulak. Berat Puan dot dot dot kg... Arghhhhhhhhh tidak!!!!!!! Kalaulah Puan Dottie yang saya ceritakan dalam entry ini nampak saya, apa dia cakap agaknya ye... Mesti dia cakap.."You nampak berisi... U prgnt ke??" waaaaaaaaa..tak mo..tak mo...

Berat naik tapi takkan tinggi pun naik seiring dengan berat.??Merepek2 je.. Tinggi saya dulu 155cm sekarang 159cm.Biar betul???? Tinggi tak penting tapi berat itu meriasaukan saya..mmm..nampaknya kena makan nasi satu senduk je setiap kali makan...

Betul kata ibu kepada  mezcar .Kami jumpa masa besday party Muqry.
 "Sihat kamu ye?"
Nampaknya betul kata makcik. saya makin sihat sebab anak makin senang dijaga dan saya tak susah ati agaknya... Sekarang saya wajib susah hati!!!

Drypers Truck Kembali Lagi


Ingat tak entry ini? Drypers kembali lagi tau tapi kali ne bukan area KL & Selangor tapi bahagian Utara & Pantai Timur pulak. Pada mummydaddy yang free bawakla anak2 datang..Hikhik.. Teringat saya yang beria2 nak pergi dulu..Haha..

Nursery/Taska Anak2

Semalam saya dah bayar yuran untuk bulan Ogos. Oh saya bukan nak cerita pasal yuran yang saya bayar cuma nak bercerita perihal taska anak2 saya

Semalam +- hampir 7 bulan anak2 di situ. Alhamdulilah setiap kali pergi kerja kami tau anak2 dijaga oleh cikgu2 yang berdedikasi. saya panggil penjaga anak2 saya cikgu. Amana pun panggil "Cikgu Yan" "Cikgu Nor" dan ada lagi satu cikgu

Dari 5 bintang saya boleh bagi 4.7 bintang untuk nursery ne.Dari segi penjagaan memang saya tabik spring. Dengan budak2 tadika dgn budak2 taska mereka boleh handle.Cuma ada 3 cikgu je tau. (mmm..tak silap saya rasanya ada tambahan baru2 ini sbb saya penah nampak makcik baru kat situ.Melayu tau bukan Indon mcm nursery depan umah tue. Semua INDON tau..mana boleh. JKM boleh tarik lesen kan?)

Cikgu2nya muda2 entah2 sama umur dengan saya atau lebih. Dari yang saya dapat tahu mereka lulusan universiti juga tapi membuka taska. mmm..Bila saya boleh sekuat mereka ye..kuar dari kepompong yang sedia ada? haha

Apa yang saya suka di situ:
  • Amana jarang menangis kalau nak ke taska. Adalah 2/3 kali itupun sebab tau kami tak kerja .Kami ada urusan penting yang tak boleh bawa anak2 bersama.
  • Hari Sabtu pun Amana sibuk nak ke taska
  • Kalau anak2 demam cikgu2 memang akan bagi ubat sebab botol ubat kosong & demam anak beransur baik (pernah saya sampai tak sedar cikgu taska yg bagitau ubat dah habis..haha..malu saya)
  • makan pakai terjaga
  • baju kotor yang kena kencing / muntah diasingkan dari baju yang kotor sebab dipakai(paham ke maksud saya ne)
  • tak penah  Amana mcm org kelaparan kalau saya amik (tak seperti nursery depan umah tue)
  • semua penjaga Melayu (tak seperti depan umah yg semua Indon tak paham bahasa)
  • Arief yang tidur buai boleh pulak cikgu2 tue asuh tidur bawah tanpa sebarang komplen dari cikgu2
  • tak penah cikgu2 komplen tentang anak2 yg boleh membuat hati saya terguris kecuali "iskk banyaknye mainan Amana" haha (camana ye saya nak larang Amana bawak mainan2 ke taska?)
  • haaaaa...ne yang best.. cikgu2 ne akan jemput anak2 kat pintu kereta tau..amik anak2 & angkat beg2 budak. tapi saya ne angkat jugak budak2 kalau saya tgok cikgu2 ne tak menang tangan.tapi mmg jemput kat pintu keta tau..kadang2 tak sempat kita kuar keta cikgu2 ne dah tgu depan pintu..masa balik pun macam tue. Angkat budak2 dan barang2 sampai ke kereta. Tak penah saya jumpa nursery macam ne. superb tak?
  • tak silap sayalah Sabtu pun bukak smapai jam 2.30pm kot tapi saya tak penahla hantar sbb Sabtu saya & En.Papa tak keja.
  • Amana nyanyi macam2 lagu yang menghiburkan saya, dah hafal sikit2 ABC atau 1,2,3.
  • Arief suka kat situ. Setiap kali nak amik sampai peluk2 cikgu macam tak nak balik ( pengalaman ne saya penah lalui dengan pengasuh Amana yang baik hati dulu) Oleh itu saya tau anak2 mmg seronok di situ.
  • Amana buat perangai kalau tak dapat salam tangan cikgu sebelum balik. Tapi bila pagi tak pulak salam tangan saya ......haha
  •  saya boleh tinggalkan anak2 di situ tanpa jeritan/lolongan/tangisan anak2 yang mengejar saya di muka pintu taska. Saya boleh babye2 Amana dan Amana membalas lambaian dengan sekali toleh dan senyuman.TERUS JE MASUK!! ewah..ewah.. BAGUS AMANA&ARIEF!!!

Tuesday, July 27, 2010

Children Photo Contest


Saya masuk contest di atas yang ditaja oleh

Saya dah teliti syarat2 dan tak dinyatakan dalam gambar yang dipertandingkan berapa bayi yang boleh dipertandingkan (cuma dinyatakan umur 0-5 tahun sahaja) dan disebabkan ia tak dinyatakan saya pertandingkan gambar kedua-dua anak kesayangan saya di dalam satu photo yang sama
Rasa tak adil pulak cuma satu anak je saya paparkan so saya letak gambar kedua2 mereka..

boleh ye penaja?
 kalau tak boleh comentla kat blog saya dan saya akan buat entry baru..

Inilah buah hati pengarang jantung saya yang tidak boleh ditukar ganti dengan segunung intan berlian pun...

DALIA AMANA (3 TAHUN) (DOB:06/07/07)
AMIRUL ARIEF (9 BULAN) (DOB:25/10/09)



Yela..Yela..

Kawan saya si mama nadra & haziq dah asik membebel sebab tak banyak cerita tentang saya & anak2..(saya?..hari2 jumpa tak cukup ke Linda oiiiii) .Yang ada asik2 GA ok saya update yg terkini lagi..


Kamu mau tau cerita tentang si nakal atau si debab?

Si nakal yang lengkap berjubah dan bertudung
Kejap je tudung tue atas kepala
lepas 15minit dah berlari satu masjid degngan rambut "Hafiz AF" tue
Nasib pakai jubah kalau tidak org ingat boy agaknya..
(nampak tak org yang menyorok kat belakang tue? sapa ye??)

Oh..adik bongsu kesayangan saya..oooo..makcu Amana rupanya


Sayalah si debab itu.. Eh nak tau tak???
Husbd Auntie Katy aka Uncle Azli cakap muka saya macam peranakkan?
Nenek saya pun cakap muka saya macam Hindustan & Pakistan.
Ye ke???
Yang pasti saya Melayu tulen cuma Papa saya je ada campur lain sikit
tapi bukan yang disebut diatas..


p/s: gambar di masjid itu ketika doa selamat adik lelaki saya Mohd Ramadan yang ada rezeki akan berangkat menunaikan umrah di Mekah pada 31/7/10 ini. Dapatlah berpuasa 2/3 hari di sana. Semoga adik saya selamat pergi dan balik. Tak sangka adik saya yang "hantu" ini pergi dulu ke Tanah Suci.. Saya kepingin nak kesana dengan En. Papa...Bila masa saya ye? Insya-Allah. Kawan-kawan2 doakan ye...

Saturday, July 24, 2010

GA Tiny&Tiny

Meh join
Kat sini jual barang2 kraftangan
Comel2 tau
Sesuai utk dijadikan hadiah

Lucky Draw RASP

Meh join 
Trikh tutup 28 Julai cepat tau

Friday, July 23, 2010

Janji dengan seseorang..Goodies Beg Birthday Party Amana

Saya minta maaf kepada seseorang yang saya janji sekian lama. saya janji nak upload coklat2 & mainan2 yang ada dalam goodies beg masa besday party Amana sebab si DIA pun nak buat birthday anaknya. Entah2 dah berlangsung pun birthday party anaknya.

Saya minta maaf sanagat2 sebab kelewatan ne ye.. Betul2 tak sengaja. Saya sebenarnya tercari2 card reader saya sebab tue saya tak dapat upload. So saya upload semuanya. Kira saya dah tepati janji ye..Walaupun lambat..(apalah saya ne..sori yeeeeeeee)

Coklat

Sumi

Agar2 aka aiskrim

Ne En.Papa yang beria2 dengan alasan budak2 suka mainan (betulpun..)
Tiup2, kapal terbang kertas &yoyo

Lolipop

Apollo!!!

Cekedis..Saya yang suka..

Ini untuk diberi kepada kawan2 di nurseri .Ada 40 beg


Oh ye kawan2, kalau nak buat birthday party ke beli untuk berkat majlis kawin saya cadangkan kawan2 pergi kat Jalan Pasar. Dari jauh dah nampak logo maskot Mamee!!! Saya beli kat situlah.Harga2 borong so manyak untung kalau beli borong tau.. Saya kawin dulu pun saya beli kat sini tau.haha..Pecah rahsia.. En.Papa akan beli kat sini kalau beli untuk majlis yang besar dari biasa  kalau setakat makan sendiri pergi jelah kedai2 runcit. .. Ok sekian berita hari ini......

Mama Zharfan 1st GA: Ole2 From UK

Masuk contest di atas . Saya dah buat semuanya lagipun kalau link kat blog list sebelum join lagi memang dah ada list mama zharfan dalam blog ne hehe...

Ok ini slogannya :

I follow Miles of Smile kerana /because Mama Zharfan intai blog saya so saya intai balikla.Lagipun sebab saya tak study kat UK so saya sukalah baca cerita org yg dok kat UK. Itu sahja sekian jujur dan suci murni dari saya...hehe

Anis Sweet Chocs & Cake GA

Meh masuk lagi.Ini ala2 lucky draw nak tau klik sini
Yang best kat part coklat hantaran lawa tau
Tak payah dah susah2 beli feraro roche sebab tuan punya blog ne boleh buat semua. Cakapla nak tema apa nanti coklat tue boleh jadi color tema hantaran

Ney Ezzo' Giveaway


Meh join
ada 3 hadiah misteri
klik sini

Cabutan Bertuah @ Qisfa Entp

Meh join cabutan bertuah
Klik sini

Nama: Baby (Mama Amana&Arief)
Emel :ilasaleh@gmail.com
Hadiah: Kategori B
Referer: ramai sangat referer sebab semua geng masuk menda ne

Giveaway Scoot

Sekarang ne banyak betul blog yang memberi info berkenaan pelbagai Giveaway yang dibuat oleh para Blogger. Saya dah join satu blog yang memasukan GA saya di dalam blog tersebut dan kini saya rasa tertarik dengan satu blog lagi mmm.. yang paling tepat adalah giveaway search engine iaitu giveawayscout. Semuanya free tau.Cuma perlu buat satu entry berkenaan blog mereka dan mereka akan memaparkan GA anda. Ala2 macam iklan-iklan kat TV tue tapi tanpa bayaran.

Yang bestnye Giveaway Scoot ne akan memaparkan GA anda didalam pelbagai chaneel bukan dalam blogspot sahaja tau. Selain blogspot,  GA anda akan diglamerkan juga di web mereka, newsletter, Twitter, Facebook and widget network.

 Menarikkan? So cepat2 daftar dengan mereka dengan hanya satu entry untuk mempromosikan mereka.. Yee..haaaaaa

Wednesday, July 21, 2010

Cute Funny Eating Baby

Saya masuk contest Cute Funny Eating Baby  yang ditaja oleh suziey dan juga malinasiam dan juga Anja aka Mama_ Balqis (ini tambahan di saaat akhir)

Saya pertaruh gambar Amana sebab Arief belum makan sebutir nasi pun lagi

Dalia Amana Mohd Khairul Fadzli
3 tahun

dan hadiah yang paling utama ialah
.
.
.

.
.
.

GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM

Yeye..dah sampai...

Alhamdulilah..kan kami menang contest ibu-kaisya-giveaway.html
hadiahnya dah sampai...


Sedap coklat2nya
Kalau warna kuning dan hijau tue rasa dia lain dari yg coklat tue
Sebab coklat nelah saya baru tau Amana dah kenal warna
Sebab dia cakap macam ne
"mama..Amana nak yang kuning..nak hijau jugak!!!"
(Sungguh seronok bila tau anak dah kenal warna)

Eh..kenapa model tutp mata ne..
malu ke?
Selalu ok je...

Haaa..barulah cun

Terima kasih pada wifeylicious dan dapur-kaklong

Tuesday, July 20, 2010

Alhamdulilah..Kami menang lagi

Syukur alhamdulillah...

 
Best tau hadiah ne..Buku pop up.
Baru2 ne Amana dapat dari Ibu me.zar masa birthday party

Ne dapat lagi.. Sukalah si Amana tue
Mesti hari2 Amana minta saya bacakan nanti

Oh ada lagi saya akan dapat Dolly free
(saya akan pilih yang cuteeee sekali)

Kalau nak tau senarai pemenang rujuk sini
Kepada semua pemenang tahniah
& peserta yang lain;  kita semua pemenang
sebab dah memeriahkan GA2 yang ada...



Inilah banner pertandingan yang saya masuk.
Terima kasih banyak2 pada penganjur wansteddy  dan  wansteddystudio



p/s: En.Papa, baby dah menang banyak tau. dah 4 so En.papa jangan kedekut dengan labtob tue ye...

Paling cantik

Hari ini dalam perjalanan ke pejabat saya dan suami dengar Sinar FM. Saya memang suka Kak Engku, K-rl & Abg Jem. Kadang2 bila masam muka dnegan En. Papa pun boleh tergelak dengan celoteh mereka.

Hari ne ringkasan berita SInar FM buat saya tersenyum

WANITA PALING CANTIK DI USIA 31

En.Papa senyum dan tergelak dan memandang saya sambil kata "Hah???" Nasib baik saya belum melepasi umur tue.Kuikui. Kalau tidak En. Papa akan cakap "Awak dah tak cantikla.."

La..la..la...la.. saya masih ada peluang jadi "PALING CANTIK". Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak kisahla janji saya cantik di mata anak2...dan En. Papa

Saya malu

Ko amik before thn ne kira umur 29 tapi lepas bln 12 kira umur 30. Polisi kira next birthday...... Eh langsir angah kain murah je..yang day curtain RM3 je semeter...

Ini adalah conversation msg saya dan adik saya malam tadi. Tau tak Amana dah msg kepada org lain???? kalau kawan2 rapat saya takpelah .....INI KEPADA SUPPLIER2 BUSINESS SAYA TAU!!! Ini pun sempat saya cancel tapi dah terlepas kepada beberapa orang juga... Amana ne nakal betul laaaaaaaa
GERAM MAMA...EEEEE...

selalunya dia cuma main video & amik gambar sendiri2 je.. Bahaya ne kalau dia hantar gambar sensored..hehe

p/s: Macam biasa En.Papa akan menyokong anak dara dia..

Sunday, July 18, 2010

Banner Littlemummydaddy 1st GA dah ada dalam Malaysia GA Blog



Baru hari ne perasan banner GA saya  iaitu Littlemummydaddy 1st GA dah ada kat Malaysia GA Blog. hehe.. Mehla join ramai2 ye...

friday follower freebie

Join this contest sponsert by  namesherry, lurvevertyhing.com, kissmi, loveandthoughts and sherryever
So my friendzzzzzzz lets join it!!!!!

Coach-Poppy,YSL,Chanel GA

Join this contest. Sponsored by elleheartsblogs. Maybe I'm the winner (perasannyeeeeeeeeee)

Lynn's Cottage GA





Saya masuk contest yang ditaja oleh  lynncottage.blogspot. tarikh tutup pada 22/07/10.  Nak tau hadiahnya ??


Hadiah pertama



Hadiah kedua..

Menarikkan?? Nak tau lebih lanjut klik sini tau.

Kudap-kudapan di waktu hujan..Yummy


Saya jumpa ne dalam labtob saya (eh En.Papa punyalah) .. So saya updatelah. .memang msa saya amik gbr ne saya nak update dalam blog untuk tujuk kerajinan saya haha.


Roti bakar. Dalam tue isinya kaya + stabery jem..
Air milo + kopi.
Fuhhhhhhh..terangkat makan masa hujan tau


Amana bersungguh2 makan roti bakar yang mama buat




Sedapkan air mama buat. Mama jarang buat air panas tapi sekali buat.. SEDAPPPPP

Aduhai.

Tension betul bila saya punya masa dan ruang untuk update blog berkenaan hal2 saya selain GA tetapi card reader tak tau ke mana..Anak2 tengah tidur inilah masa yang paling baik!!! GERAMMMMMMMMMMMMMM

Hari ne mendung saya basuh kain berbakul2. Ada harapan kain2 tue tak kering. Ada lagi satu round yang belum sidai sebab takde tempat.Almaklum umah atas kayangan. Ruang pun terhad. Nak tau kenapa kain banyak sangat? Kebelakangan ne Amana dan Arief bergili2 bat hal atas kati. Yang termuntahnyelah..Yang terkencingnyelahhh..Haiya..Takpe anak2 kesayangan mama punya pasal mama bersihkan dantukar yang baru. Ala cadar katil kan berlambak2..

Tapi yang paling nasib baik cloth diapers Arief yang saya jemur sejak semalam kering dan hampir2 nak jadi ikan kering. So saya tak heran kalau kain2 yg saya jemur tue tidak kering hari ini. Kain2 tue tak sepenting cloth diapers Arief sebab esok Arief nak g nursery.

Hari ini saya tak masak. saya cuma panaskan lauk yg MIL bekalkan dari kenduri semlam. Legaaa..(Haha..pemalas)

Apa lagis aya buat hari ini.Ohhh saya jahit bantal kekabu saya yang dah terkuar isinya.Saya jahit memang serapat2 yang boleh supaya kekabu tue tak terkeluar lagi tp macam biasalah huduh (Saya tak pandai menjahit)

Sebenarnya saya nak tempek gambar sarapan pagi saya yang saya buat semlam. Nantilah saya tempek ye...

Saya ingat petang ne nak pg pool.Bergumbira anak-beranak... Dah lama tak bawak Arief & Amana g taman & pool..Harap2 jadilah hasrat ini.. Tgok mood budak2 & Papa (Kinna jom nak??)

ADIOSSSSSSSSS

ChanteqShopp GA

Saya masuk GA diatas yang ditaja oleh chanteqshopp dan tamat pada 1/8/10.
Mehla kawan2 join ramai2. Klik sini

Saturday, July 17, 2010

Sweet Cute Baby Smile Contest



Saya masuk pertandingan di atas dan ditaja oleh intankuterpilih79 ( ini ala2 blog peribadi macam blog saya ) dan cutebabyonline  dan ini pulak online shop yang menjual baju kanak-kanak.

So saya pertaruhkan gambar anak bujang saa di bawah. Setiap kali saya tengok gambar ini saya selalu rasa happy dan gembira. Sebab gambar ne soft sungguh di pandangan mata saya..



Amirul Arief Mohd Khairul Fadzli (8 bulan)
Suhaila Saleh (Mama)

Miakididdles GA

Masuk contest diatas yang ditaja oleh Miakididdles Conway dan juga  Miakididdles. Antara syarat bagi pandangan cara untuk tuan tanah meng"improve" blognya... dan hadiah2nya tuan tanah dapat dari tecikcraft

Bagi cadangan nak improve blog?
Alamak blog saya pun cacamarba nak bagi pandangan blog orang. As long u become yourself I dah suka baca. eh..I ..U..I ..U pulak..

Oklah ...berikut yang saya suka dan tak suka pada sesuatu blog.Maybe boleh tuan tanah ambil maklum (apasal ayat macam org gomen ne??)

Saya suka blog yang:
  • berinformasi
  • berkongsi pengetahuan
  • banyak gambar
  • berkongsi cerita anak-anak
  • berkongsi cerita tempat yang anda lawati
  • berkongsi maklumat tentang macam2 perkara terutama aktiviti2 yang boleh kita sbg ibubapa join
  • tempat yang ada sale
  • yang ada banyak GA!!!(hehe)
Saya tak suka:
  • blog yang tajuk macam gempak bila baca ADUHHH..
  • blog yg tajuk macam gempak tapi bila baca macam msg dalam FB. (susah-payah open blog org yang begini dgn connection yg down ...tuptap yang keluar cuma sebaris ayat... Silalah komen kat FB sahaja jika setakat 5 patah perkataan okies??
Oklah cukuplah ye.. Jadi saya tag mama tomei2 dan  mama faiq

Boat @ Mines

Ini adalah kejutan besday lagi untuk Amana.En. Papa cadang nak bawa pergi zoo tapi disebabkan kesiangan , En.Papa tukar agenda ke Mines untuk naik boat.Dapatlah jugak tengok binatang2. Amana happy dan kami sebagai mamapapa lagilah gembira.. Kebahagiaan anak-anak adalah kebahagian ibubapa jugakakan?

Untuk naik boat ne kosnya RM33 untuk dewasa dan anak2 yang umur 3 tahun ada chargenya tapi saya lupalah.
Boleh pilih nak naik yang berapa minit .. 50 minit. 30 minit..15 minit ada ke ek??hehe

Ala-ala Papa Mithali

Alahai anak bapak

Ikan-ikan
Ikan keli kat sini besar tauuuuu

Haa.. ne lif  air dah terbukak

Mines Resort City

Ohhh..gembiranya Amana
Tak terbeli dengan wang senyuman anak-anakkan?

First time nampak Arief buat  muka garang dgn mama

Burung-burung

Biawak

Kura-kura


Naik bot ne 50 minit je pun Arief tak tahan ngantuk ye

Itik ke angsa ne

Ne umah owner Mines ne.. tapi macam umah tinggal
Macam takde orang


Katanya ini umah salah seoarang bekas menteri Malaysia
Umah ne nampak ada orang duduk..
Macam terjaga nak dibandaing umah di atas

Amana yang happy..

Review saya ialah pada yang berkenaan perlu ambil langkah proaktif untuk menjaga kebersihan tasik ini. Bayangkan masa naik  lif air tue kelihatanlah sampah2 dan botol2 kosong terapung. Amana siap cakap"eee..mama kotor. Busyuklah"

Masa bot pusing keliling tasik ada satu tempat dekat dengan Restoran Makanan Laut di tepi2 tue penuh plastik sampah. Rasa segan dengan pelancong dari Arab yang naik sekali tu..

Walau macammana pun kami happy sebab Amana happy. Amana happy sebab belum pernah naik bot. Lepas ne En. Papa cadang nak naik bot kat Putrajaya pulak.Ohh tapi jangan lupa ye En.Papa kita mesti bawak anak-anak pergi Zoo. kalau ada rezeki kita bawak Arief pulak naik flight sebab Amana kecik2 dah rasa naik MAS & AirAsia