ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, January 21, 2011

PTPTN (HELAH DALAM SISTEM UJRAH)

Dengan jujurnya entry ini saya copy& paste dari Songeh Cik Anita . Oh saya dah dapat kebenaran dari empunya blog. Saya buat entry ini salah satunya kerana ramai kengkawan saya yang ambil PTPTN dan jugak supaya ia tersimpan di dalam blog saya untuk saya minta En.Papa review untuk saya betul atau tidak.Kalau dalam blog orang lain jenuh saya nak cari semula di mana saya membacanya. Kalau kira-kira ne saya malas sikit bagila En.Papa yang kira..hehe Eh tapi keja saya selalu kena mengira . Boleh pulak.. Biasalah bila ada yang boleh diharap take for the grantedlah..hihi. Ok En.Papa sila kirakan nanti ye..

Boleh teruskan membaca entry hasil copy&paste ne ye

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.
ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟
WaLlahu a`lam.




Ok camana kawan-kawan?? Saya dah mula bayar PTPTN semenjak saya mula bekerja pada 2003 dan sekarang telah 8 tahun saya membayar dengan jayanya!!Dan telah bayar lebih kurang RM19200++!!! Agak-agak dengan skim ne saya untung ke tidak??

EN.PAPA KIRA SEKARANG JUGAK!!!!

4 comments:

Mata Hati said...

nasiblah sya tak pernah buat pinjaman. tak lah terasa kesan sistem ujrah ni. tapi adik2 dah pening kepala sbb tiap2 bulan membayar tapi macam x bergerak jer baki pinjaman

Anitadahahs said...

terima kasih sebab ada selitkan link belog Anita kat atas tu. Tapi kalau tak payah buat pun tak apa, sebab ini pun Anita ambik dari link orang lain jugak. hehe. Neway terima kasih sekali lagi.
P/S masalah PTPTN mmg takkan selesai selagi kita ni masih berhutang. Macam Anita skrg nilah, dapat duit tiap semester sedap je. Nanti nak bayar adooih la mengeluh saja ;p

Syima Emi said...

baru tau pasal ni... plan gak nak apply skim baru ni..tapi kena teliti balik la nampaknya...

syuhada & yusry said...

wahhh...
nak kena bace betul2 blog ko ni...
i xbape phm sbnrnye...
hheheheh..tp ptptn ...i la antaranye tu...