ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, January 17, 2011

RM125++.MURAH DONG!!

Sebelum ini saya ada buat entry tentang kami makan di sini.  Baru2 ini selepas melawat adindaku di hospital kami pergi makan2. Telah lama terniat nak belanja family saya makan beramai2. Susah betul nak berkumpul sedangkan semuanya duduk berhampiran. Jadinya bila semua dah berkumpul saya terus ajak semua makan disponsor oleh saya. Yang tiada cuma abg ipar saya (Abg Zul) , adik saya yang di hospital,adik ipar saya Yusry dan adik bongsu.

Ok meh kita tengok apa yang kami makan pada hari itu!! Ada jangan risau nanti ko dah sihat angah belanja ko and yus k. Sementara tue ko tahan je air liur ko tue..hehe

Penuh meja besar tue tau. Org dah sibuk makan saya sibuk amik gambar.Mak geleng kepala je.Dia tau saya ne dah jadi hantu blog.

Ikan siakap 3 rasa. Ini mak saya yang request. Oh saya ada order ikan siakap pedas jugak. Siakap pedas En.Papa yang suka

Tom yam 4 orang makan. Saya mintak 6 orang sebab kami ada 6 org masa tue. Adik tue gelak. "banyaknye kak. 4 orang pun cukup" Baikkan adik ne.ne yang saya suka datang kat sini.Jujur sungguh kamu.Memang pun bagai dikata ..banyak walau katanya utk 4 org makan

 Kangkung bercili utk 3 org makan

Kailan ikan masin utk 3 org makan.Akak saya siap kata "eh..pemurah sungguh.Nampak ketul2 ikan masin.banyak pulak tue"

Haa..Part ne lawak. Adik lelaki  saya order cendawan goreng.Tapi dia tak mention cendawan goreng tepung.Dah org ne buat cendawan goreng ala2 sayur. Adik kat kedai tue nak tukar tapi adik lelaki saya yang baik hati ne kata."tak pe..takpe.. cendawan goreng kan macam2 jenis." saya & kakak dah gelak2 sakan

Model warga emas. Ayah biasalah makan ala kadar tapi mak saya yang masa mula2 dok kata "ala mak dietla takmakan malam takut kencing manis" Tengok2 mak yang diam tak bersuara.Rupanya 2 pinggan!! Habis makan terus cakap " esok mak kena cek kencing manis mak". Haha

 Along tersenyum di depan pinggan2 yang kosong.Oh macam raksaksa baru habis makan kan?

Arief siap buat projek "yakyak" kat sini. sabar jelah kami2 tengah syok2 makan dia buat hal pulak..

Kami order ikan siakap pedas, ikan siakap 3 rasa, cendawan goreng, kailan goreg, kangkung goreng, tom yam dan 8 jenis air yang berbeza dan harganya cuma RM125++. Murahkan?? Kat mana ne? Perantau Kajang tepi highway.

Memang port saya & En.Papa makan.Kalau malas masak & nak makan ikan siakap sini jelah tempat kami. Dari saya anak dara sampai anak 2 org, dari ala2 supermodel sampai jadi model kain batik, dari naik Jaguh sampai naik MyV sini jelah tempat kegemaran saya & En.Papa. Agak2 kalau tuan punya kedai tau saya promote kedai dia, dia bagi diskaun tak??

p/s: Oh semlam saya masak lauk special utk adik saya yang baru lepas operate. Ala2 lauk org berpantang pulak. Saya masak hati lembu kicap lada hitam. Harap2 adik saya sembuh segera utk temankan saya shoping-shopingan.haha

5 comments:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

dekat dengan rumahku tu... tak pernah try... huhu... mmg sonok makan reramai ngan famili kan...

BIONIC WOMEN said...

wow...saya lum ada peluang makan reramai cenggini..huhu

Mama Zharfan said...

wah, murah tu--nak try gak lah :)

KAIN / BLOUSE / KEBAYA said...

angah...
mane aci cam ni...
nak kena tuntut ni ...
org xpernah mkn n xtau kat mane perantau ni..ari tu da try salah tempat..tempatnye pun cam selesa utk budak2 ek?

kakyong said...

memang berbaloi sangat tu...