ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, February 20, 2011

Kanak-kanak Perlukan Riadah

“Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda.”al hadis 
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim)

Entry hari ini dimulakan dengan ayat-ayat diatas. Saya amat percaya anak-anak yang sihat adalah anak-anak yang seimbang dari segi akademik dan kesihatan. Buat masa ini saya belum push lagi anak-anak untuk belajar .Ini cuma untuk saya ye.. saya mahu anak-anak enjoy dengan masa kanak-kanak mereka kerana ia tidak akan berulang lagi.

Hari ini adalah hujung minggu iaitu Ahad saya  telah menunaikan janji membawa dua beradik ke taman dan ke kolam renang.Kasihan anak-anak zaman ini hidup di rumah yg umpama blok merpati.Hidup juga umpama merpati.Seawal pagi telah ke taska dan magrib baru kembali ke rumah apabila ibubapa pulang kerja.monday-friday! KASIHAN.. Bila mereka menghirup udara segar?


Ibu-ibu yang bekerja punya masa yang amat suntuk untuk bersama anak-anak. Sedar-sedar anak-anak telah dewasa. Jadi saya tekad walau kerja di rumah beratur macam pelanggan yang nak beli MacDonald saya bawa juga mereka ke taman. Kerja rumah tidak akan habis-habis. Tapi masa untuk anak-anak bersama saya cuma seketika. Bila mereka dewasa mereka dah tak nak ke taman dan ke kolam bersama saya. Ketika itu masa takkan berputar lagi dan mereka tak akan kecil kembali.

Arief yang gembira menaiki buaian 


Senyuman comel Amana.
Senyuman ini yang selalu buat saya "kalah"

Saya bawa pisang sebagai bekalan. Kalau tidak mereka mesti tak makan dan pisang tue ke dalam tong sampah juga akhirnya. Rugi..Rugi.. Pisang bagus untuk proses pencernaan mereka.

Moga kekal kasih dua beradik ini kekal selamanya. Alhamdulilah saya punya sepasang anak yang mengembirakan hati saya. Walau kadangkala tantrum mereka mencabar kesabaran saya tapi merekalah penawar dan racun dalam hidup saya. Bila saya rasa tertekan saya akan bawa Arief tidur bersama dan kami berbual. Arief amat memahami dan akan memeluk dan mencium saya. Serasa dunia tersenyum bersama saya ketika itu.

p/s: Selepas ke taman saya bawa anak-anak ke pool pula. Saya roger Kinna untuk turut serta tapi Amani tak sihat katanya. Oh ye..saya belum ada memory card yang baru. Saya juga tidak rajin untuk usung camera ke sana dan ke sini. Jadi bagaimana saya upload gambar ini? hehe.Nantikan entry seterusnya..XoXo 

4 comments:

Mama Zharfan said...

ur kids dua2 sgt comel--geram me tgk hehhe

me dh click ur HB!

Mama_Fatin said...

betul2..anak2 mmg perlu beriadah..kalo dak nanti ..terperuk jek dlm umah..tgk tv..men komputer..nanti da besar ..tak reti nak bergaul dgn org..

kinna said...

melepas nak jmp arief ensem..hehe..
eh? buaian mcm bukan kat NPK.. :)
harini saya mc :(

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ: TQ MZ..

MF: betul tue..bila nampak oarng je lari haha

Kina: ne bukan kat kondo kita. Ne kat umah 3 tingkat sebelah tue. Amana suka taman tu..Taman situ best sebab karpet so tak lecak