ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, February 23, 2011

Sinar FM(Ustazah Nor Bahyah Mahamood) Isu: Suami berat tulang + tak boleh ditegur (Part 1)



Hari ini saya kurang sihat akibat demam yang berlarutan hampir 2 weeks dan terbaring sahaja di dalam kenderaan tapi telinga masih mendengar Sinar FM-radio kegemaran saya&En.Papa. Boleh buat hilang tension tau kalau dengan radio ini. Hari ini Ustazah Nor Bahyah Mahamood(eh dah dapat Datuk tau) adalah tetamu jemputan untuk segmen Masalah Anda. Pemanggil pertama Puan Aini.Boleh kata dia menahan esakan tangisan ketika meluahkan masalah kepada Ustazah. Kesimpulan ceritanya Puan Aini adalah ibu&isteri yang bekerjaya.Telah berkahwin selama 10 tahun. Masalahnya suami yang berat tulang urusan rumahtangga dan membantu ikut mood sahaja.Bila ditegur menengking-nengking isteri.Isteri mana tak stress? Saya rasa untuk megulas lanjut masa adalah terhad dan ustazah sempat memberikan sepotong ayat untuk melembutkan hati suami.

Okla Puan Aini we are in same boat. Kita ibu&isteri berkerjaya yang dihambat pelbagai tugas& tangungjawab.Tanggungjawab di pejabat dah cukup memenatkan dan tanggungjawab di rumah dah cukup memberi tekanan. Kadang-kala saya juga seperti Puan Aini bila datang angin kus-kus lagi-lagi bila PMS setiap bulan membuatkan kesabaran tue makin menipis. Saya ada beberapa cara saya untuk mengelakkan rumahtangga itu panas macam gunung berapi dik kerana tekanan di kirikanan bahu isteri&ibu bekerja ini. Adalah sukar untuk kita mengubah orang aka suami lebih baiklah kita mengubah diri kita dulu.Panjang pulak entry tapi bacalah kalau rajin ye.Ini cara saya.ahaksssss.kadang menjadi kadang ke laut haha


1) tenangkan hati sendiri dahulu-tipu kalau saya tak pernah mengamok atau naik angin dengan bebanan urusan rumahtangga. Tipu kalau saya cakap saya tak pernah menangis sambil melipat atau menyidai kain kerana penat. Dah penat mulalah nak naik anginkan? Baru-baru ini saya dapat caranya saya tarik nafas dalam-dalam dan saya lihat gambar perkahwinan saya yang saya gantung di pintu masuk rumah(masa tue saya sungguh cun haha dan En.Papa pastilah hensem di mata saya)  dan saya berfikir "berbaloikah saya bergaduh dengan lelaki yang amat saya cintai ini kerana sebakul kain baju?" Buang karan!!Terus reda kemarahan itu..

2) pandang kebaikan suami- mungkin suami tue malas sidai kain dan tak pernah lipat kain!!Tapi dia rajin uruskan anak-anak seperti tukar lampin dan mandikan anak-anak,mungkin selalu mop lantai yang kita ne pegang mop pun tak pernah,mungkin suami itu mengosok baju sendiri untuk ke pejabat.Selalu belikan isteri sarapan. Dan paling best mungkin suami tue rajin mengurut kita selepas kita buat semua keja rumah sampai nak pengsan.Mungkin ketika kita tidur kerana kepenatan suami tak benarkan langsung anak-anak ganggu kita supaya kita boleh berehat.

4) berterus-terang dengan suami - cari masa yang sesuai dan cerita kepenatan anda. Suami ne memang tak suka isteri membebel2 so cakap je terus -terang dan selitkan ayat ini "kenapa urusan kewangan keluarga awak suruh kita berkongsi tapi urusan rumahtangga tak boleh pulak berkongsi?" Kalau suami anda punya ego sebagai lelaki ISLAM dia akan berubah mungkin tidak sekaligus tetapi step by step. Tapi kalau anda punya suami yang punya ego TYPICAL MALAY MAN..mmm.. payahla.. andalah nampaknye yang makan hati dan berubah sorang-sorang

5) sayangi diri sendiri - bagi ibu bekerja masa untuk meyelesaikan urusan rumahtangga hanya hari sabtu&ahad sahajakan? Sesekali manjakan diri.Biarkan semua keja or rumah tue berterabur dan silalah takes time untuk diri sendiri. Pergi ke taman bersama anak-anak, shooping berseorangan, mandi kolam bersama anak-anak, pergi salon, pergi spa.Beli barangan yang agak mahal untuk diri sendiri. Duit?? Suami tak bagi? Duit sendiri adakan?Gunakanlah small portion hasil keringat kita bekerja untuk diri sendiri. Reward yourself!! Pasti tekanan anda berkurangan. Shooping - the best treatment for women.Kalau anda keluar untuk aktiviti2 itu masa itu anda boleh guna untuk buat kerja rumah? Lupakanlah seketika.Tiada guna buat semua tue dalam masa yang sama anda menanggung tekanan perasaan yang maha hebat akibat kepenatan dan sakit ati.Pahala tak dapat keja tue pun tak sempurna.

6) buat jadual- ingat anak-anak je ke ada jadual study.Mak pun kena ada tau. Kalau hari ne anda masak tak payahla uruskan hal kain baju.Kalau hari ne anda uruskan kain baju tak payahla masak.Beli sahaja..Senangkan?? Suruh suami tue yang beli. Sesekali anda beli takpela..Kalau suami refused tanya dia awak pilih "awak nak beli makanan atau awak nak uruskan kain baju yang melambak dirumah ?" 

7) think out of the box - anda sedar tak segala jasa bakti anda itu dipandang Allah. Anda sedar tak walau anda punya banyak hutang,duit anda keluar untuk urusan keluarga&anak-anak, ibubapa dan makanpakai di pejabat tanpa suami menghulurkan nafkah tapi duit anda masih berbaki di akhir bulan? Kalau ikut logik duit anda hanya cukup2 makan sahaja. Anda sedar tak anda punya kawan-kawan yang tidak pernah lupakan anda.Kemana-mana pasti ada sesuatu untuk anda dalam kata mudah anda ne murah rezeki. Anda sedar tak anda selalu dapat rezeki terpijak? Anda sedar tak kadang-kadang anda tak sedar sesuatu itu amat mudah untuk anda tak kiralah sama ada urusan pejabat atau lain-lain. Anda sedar tak kalau anda punya masalah anda selalu dibantu oleh orang lain secara tiba-tiba. Anda sedar tak seolah-olah kehidupan anda diaturkan dengan cukup sempurna oleh Allah. Kalau hati tertekan kerana suami tak menghargai atau sebagainya fikirlah bahawa semua jasa bakti anda itu dilihat oleh Allah dan dikira setiap satunya dan dipulangkan dengan cara yang lain pada anda.

8) mengadu pada Allah - kadangkala dek kerana tekanan dan kepenatan yang tertanggung itu kita perlukan tempat untuk meluahkan perasaan.Pada kawan?Boleh tapi pastikan pada kawan yang dipercayai tapi dengan kawan pun kadang-kala kita tak luahkan sepuas hati kerana menjaga maruah suami. Jadi kemana kita nak mengadu? ALLAH. Allah yang memahami walau tanpa kita bercerita.Dengan Allah tak perlu sembunyi tak perlu selindung. Selepas mengadu padaNYA panjatkan doa agar kita diberi kekuatan untuk menjadi ibu&isteri yang kuat untuk melakukan yang terbaik. Doakan agar suami diberi hidayah dan petunjuk betapa sikap suami itu menekan hati isteri. Doalah apa2 sampai hati itu puas.Dan para suami berhati-hatilah bila isteri mula mengadu pada Allah!!

Oklah mesti ada yang baca & kata mana adil!! Asik-asik isteri je yang kena berubah.Suami masih di takuk lama dan mengharap semuanya diuruskan oleh isteri.Isteri tak boleh cakap banyak nanti nusyuz. Hello..Ingat isteri je ke nuzyus..suami pun boleh nuzyuz. Baca sini okies... Nanti  saya buat Part 2 pulak khas untuk suami-suami. Sama-samalah kita berubah untuk cinta hati kita iaitu anak-anak.Adios.Nantikan Part 2 tau..Jangan pulak suami-suami nak panas.Itu kenyataan..haha

10 comments:

Mama Zharfan said...

i like this entry --esp bab2 rasa nak marah time penat tu..

me click HB

cun ila time wedding pic ti--now pun maintain ajer :)
moga ila cepat sembuh yer ;)
cu in msia soon :)

transformed housewife said...

setuju dgn tips2 tadi. sy pun ada buat semua tu. sebenarnya kita bekerjaya atau tidak, ada je masa kita rasa tertekan. jd kena tahu cara2 nak kurangkannya.

yatie chomeyl said...

bagus tips ni..alhamdulillah, suami sy ringan tulang jadi tak dekomplen pasal bab2 ni. tp if let say stau hari nati dia dh malas nak tolong, saya akan aplikaiskan tips2 nih :)

ashra said...

salam perkenalan.
thanks atas doa sebelum ni.

he.saya pun suka ustazah nor bakyah ni.kalu die ceramah,masuk trus dlm hati..

kinna said...

husband saya punya tahap kerajinan menaik dan menurun. kena pandai mintak tolong la.

kakak saya pesan, kalo nak mtk tolong suami, pastikn time kita mintak tolong tu kita tengah sibuk buat benda len. baru la dia tolong. kalo kita sedap je dok landing depan tv, pastu minta tolong dia sidai baju, lipat kain etc, konfem dia rejek!

Liza said...

Masihkah dia terinagatkan daku? ahaks.

Bagus juga cara Ila uruskan soal hati ni...

Ila, I saw ur comment appear kat GTO la. Best la kena tegur dgn Otai. :)

AyuArjuna BiGoshh said...

suke suke suke baca...semakin lama kita berumahtangga, semakin dalam kita mengenali hati budinya, jangan putus asa untuk menjadi isteri berjaya, jangan putus harap membina keluarga bahagia..salam khutbah hari jomaat.. :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ:dulu pingganh 23/24 sekarang seram nak ukur haha

TH: kita je yang boleh mengawal diri kitakan??

Yatie: kiranya yatie ne beruntung hehe..harap sikap suami yang baik tue kekal selamanya..

Ashara: ustazah ne memang semangat betulkan??

Kinna: ila mintak tolong hubby lepas ila penat.mesti dia kesian and tolong hehe

Liza: ila yang ofer diri utk segmen kena tegur tue..

Ayu: moga perkahwinan ila mampu bertahan selama ayu. ila baru 5 tahun. long way to go...

Anonymous said...

goods tip...thanks dear..

Anonymous said...

suami saya panas baran x blh ditegur solat pin susah.dia suka hina dan maki saya kalau dia marah saya ddk dgn mak bpk saya dia jadikan umah ni mcm hotel semua sedia dn x perlu urus apa apa termasuk anak.suami saya balik keje main game weekend pu n abiskan masa dpn laptop berjam jam tanpa kisah lauk ada ke brg dapur ada ke dia lebih kisahkan keluarganya...soal saya dan anak dibiar..kalau saya atau anak sakit dia akan jadi lebih panas baran..saya x tahu nak luahlan pd siapa..tlglah

Share It