ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, March 31, 2011

COLORING CONTEST @ MINES SHOOPING

Tak pernah bawa Amana masuk mana-mana contest tapi pada 26/3/11 saja bawa supaya dia tahu apa erti contest. Malam sebelumnya dah cakap "Betul ke Amana nak masuk? Amana tak pandai warna lagi.Nanti kalah camana?" (mak yang langsung tak supportivekan?). Takla..Saya tahu anak saya jadi saya nak dia bersedia untuk tidak menang. En.Papa menyampuk "ala mula2 memangla kalah, lama2 mesti menang.." Apalagi Amana kan anak papa"aahla kan papa.Apala mama ne" Kalau dua beranak ne dah saling menyokong malas nak campur..

Amana yang selamba je. Tapi yela tak penah masuk coloring contest. MasIng-masing bawak  meja nak mewarna. Budak2 chayanunalif lagila dengan pensil color yang berpuluh-puluh batang. Amana? Color pensil 12 batang yang tumpul!! haha.. Papa pun sibukla tajamkan kat tepi tong sampah. Yang peliknya ada pulak sharperner terselit kat stroller..Dua beradikla punya keja ne....

 Amana memang berani + selamba .Mama bangga dengan Amana


Sibuk amik gambar Arief; tak sedar gambar sendiri diamik..
 Hai En.Papa!!


Mulala tantrum dia. Amana tak penah ngamok sampai buat perangai landing2 macam ne. Anak lelaki pulak macam ne.Manja dah terlebih ne.. Tapi lawak...Masa Arief buat perangai tantrum;  saya & En.Papa sibuk amik gambar Arief.Apala org kata agaknya haha


Pakai kasut kalau nak jalan!!


Khusyuk je mewarna.Lama gak 1jam++ masa diberi. Tak sampai berapa lama Amana dah siap. Tertoleh-toleh mencari saya&En.Papa. Cepat-cepat saya masuk kawasan coloring dan  tanya."Aikkkkkkkk..takkan dah sudah "Jawapan  si petah ini buat saya tepuk dahi " Dahla mama.Amana penat" Adoiiiiiii!! Nak tau apa keputusannya?? Agak2 kawan-kawan camana?


Amacam? Ada berani ke hakim tue nak bagi menang? Haha.. Tapi yela budak 3 tahun nak lawan dgn budak 10 tahun; mestila kalah.(Ayat2 cover sedih bila tgok anak frust) Tapi logik  ke budak yg baru nak belajar pegang pensil  aka budak playschool lawan dgn budak darjah 4?  Tolong ye lain kali buat kategori untuk budak2 bawah 5 tahun baru fair and square..And I bet my daughter can be a  winner..ececeh..perasan punya mak..

Mama belanja Amana kat popyes sempena kekalahan pertama Amana.Ahakss... Tak sedap pun.. Tak kena dengan tekak saya. KFC jauh lagi best. My personal opinion je.. tak payah nak sue in court.. I have my own opinion okey?Tapi tak leh makan KFC, Amana tak bagi katanya "KFC/McD bunuh baby = ISRAEL" Itu Amana yang cakap okey..not me.. Tapi siapa yang ajar dia ek?? Mama dia nelaaaaaa..haha. Kekadang mama dia ne dah teringin sangat; pujuk dia bagai nak rak.Kadang2 Amana approve kadang2 dia tolak dengan keras "MAMA NE TAK FAHAM KE NANTI BUNUH BABY!!"


Sempat snap gambar ikan keli kat mines.Ya rabbi besar-besar ikan keli ne. Nak makan pun takut kalau dah besar macam ne.Mulut besar2. Takutttttttttt


Jangan sedih ye nak. Hidup ini bukan berkisar hanya pada kemenangan. Amana kena belajar jatuh dahulu baru Amana belajar berdiri. Amana belajar gagal baru Amana boleh berjaya. Amana kena belajar erti kesedihan dahulu baru Amana tahu nikmat kegembiraan. Macam mana pun Amana tetap anak yang mama sayang dan banggakan.


 
OH TAPI SAYA NAK ANAK SAYA SELALU GEMBIRA
DAN DIJAUHKAN DARI SEGALA KESEDIHAN
DOA SEORANG MAMA

5 comments:

Wansteddy Tales said...

JOm ajak Amana join contest mewarna kat ecurve lak. Menang kalah dapat goodies worth 700! Tp kena register cepat2 coz penyertaan by kategori terhad 50 orang je. ada kategori utk kanak2 3-6 tahun. Kira logik la jugak kan. Tp budak2 tadika lebih arif mewarna dr budak 3thn ni. hahhaa... anjuran cathy cinema

transformed housewife said...

yg penting Amana nak mencuba. DAh klik Hb utk Ila.

Mama Zharfan said...

eh, dh cantik tau bg kategory umur amana tu ;)

Em's Family said...

its good encourage anak2 masuk contest, sebab dengan sendiri nyer lame2 dia akan naik level of confident dia bile depan dengan orang ramai.. start small kan..

KELI OH KELI said...

salam ukhwah...mai tgk blog ikan keli..")

http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/