ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, March 16, 2011

Gembiranya apabila saya memakainya semula..

Saya pernah buat entry tentangnya di sini. Rupanya ketika entry itu ditulis adalah pada Oktober 2010. Sekarang telah Mac 2011. Telah 5 bulan. Saya hampir-hampir give-up dan dah tak nak tunggu dan dah ricky di kedai yang lain pula. Tapi entah kenapa saya cuma menunggu dan menunggu.Mungkin kerana saya ada spare part yang lain..Hehe..Jnagan fikir lain..Saya cakap pasal JAM laaaaaaaa!!


Minggu lepas staff The Swatch Group call dan bagi tau spare part bangle jam ne dah sampai. 5 bulan tue... Lamakan?? Tapi okla sebab alasannya kena dapatkan dari Switzerland. Tak kisahla asal saya boleh pakai semula. Dan saya happy juga bila dapat tahu permukaan jam ini kalau dah calar; saya boleh tukar dan kosnya RM100 sahaja. Okla masih resonable. Jam RM800++ nak ganti spare part dalam RM100++ masih boleh consider lagi.

Kalau jam dibeli sendiri, saya tak kisah sangat tapi ia antara barang-barang hantaran perkahwinan saya. Dan saya rasa tak lengkap bila tak memakainya umpama cincin perkahwinan. Sekarang telah cukup semuanya di tangan saya gelang nikah, cincin risik, cincin tunang dan jam hantaran. Semuanya amat bermakna untuk saya.

Melihat jam ini dipergelangan tangan amat mengembirakan hati saya.Sungguh lama saya saya menyimpannya kerana sayang dan sentimental value. Walau tak tahu bila ia akan elok dan bila saya boleh memakainya kembali. Umpama sebuah rumahtangga;  walau suami/isteri itu punya kelemahan atau kekurangan tetapi kerana sayang kita masih bersamanya dan menunggu ia berubah..Betulkan?? 

3 comments:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

hoh... perumpamaan baik punyerr...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jam umpama sebuah perkahwinan haha

Anonymous said...

I love this post – totally kewl!!! Well done! I’m coming back to this one …