ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, March 7, 2011

Horey..Mak dah balik

Amana & Arief masih berbaju tidur(Date: 22/2/11)

Hari ne mak dan kakak sulung saya balik dari Mekah.Alhamdulilah tadi mak call mak sihat cuma selsema.Selsema pun dalam flight semalam. Kali ne saya tak jemput.Masa mak pergi saya& En.Papa cuti untuk hantar mak. Nyaris-nyaris saya tak dapat hantar sebab secara tiba-tiba saya ada kerja urgent. Walaupun saya dah apply cuti awal-awal tapi yang luluskan bos lain dan bagi keja bos lain.hehe

Macam ne citernya saya ada tiga bos. Bos A, B dan C. Pada Bos A saya apply cuti dan dah diluluskan. Tapi Bos B yang beri kerja dan pada Bos C pula saya perlukan dapatkan tandatangan berkenaan keja urgent ne. Pada Bos B saya tak maklumkan saya dah apply cuti kerana saya seboleh-bolehnya nak buat kerja yang diberi(saya sayang bos saya ne..ahaks)  Nak transfer keja pada orang lain?Bukan saya.. Lagipun semua ada kerja masing-masing. 

Mak nak pergi pagi Selasa. Sehingga Isnin  tengahari keja tak siap-siap for some reason. Saya siap call bagitau mak saya tak dapat hantar. Biasalah mak saya cakap "takpe..takpe mak dah tengok Amana Arief minggu lepas" Walau mak cakap macam tue saya tau mak kecewa.  Saya hanya mampu berdoa semuanya masih ada ruang untuk keja tersebut selesai.

Perkataan keramat Bos B " Suhaila, boleh ke u stayback settelkan semua ne?" (bestkan bos saya dia tanya; bukan dia buat ayat arahan..mana hati tak cair..mana nak dapat bos macam ne?) Dengan laju saya mengangguk. Dan horeyyyyyyyyyy pada jam 6.30 petang saya berjaya dapatkan tandatangan Bos C tanpa any amendment.  Gedebak-gedebuk dalam jam 7.00am saya selesai  dan saya baru minta kebenaran Bos B untuk cuti keesokan harinya. Bos B terdiam kerana tak tau saya dah apply cuti awal-awal malah tak beritahu pun padanya.. masa tue jugak Bos B cakap "you cutila.." Kalau niat kita baik pasti Allah izinkan betul tak? Walau di saat-saat akhir... Alhamdulilah..


Saya pakai selebet je.Dengan selendang selempang. Tup-tup jumpa pulak bos department lain kat airport. Baru balik dari oversea; Chile tak silap saya. Office tripla.Haha.Malu I pakai selebet-selebet & terjumpa pulak orang office.

Dan hari ini saya gembira mak dah balik.Mak call masa saya tengah meeting tadi. Dan buat ayat pusing-pusing  "mak nampak ada baby macam Ariefla kat Mekah etc etc.." Tapi bila saya cakap "ok malam ne angah pergi umah mak". Terus mak cakap "BYE"..Nampak sangat bila dah ada cucu anak pun dah tak penting..Hehe

6 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

cucu kesayangan nenek ni amana n ariefff

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hehe..aah betul la sangat2 tueeeeeeee

kinna said...

byknye bos...jenuh layan!hehe

Mama Zharfan said...

my mom dok menghitung hari tunggu me & my kids balik msia ;)

me click hb!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kinna: alhamdulilah bos semua baik2

MZ: your mom tunggu zarfhan & lil arief je tue... MZ dia tgu gitu2 je haha

Wansteddy Tales said...

Alhamdulillah... seronok jemput mak ramai2 kan. meriah satu keluarga!