ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, March 28, 2011

Memujuk Amana masuk class mengaji Iqra'

Sebelum Amana dimasukkan ke class playscholl saya minta kebenaran empunya diri dahulu. Entah kenapa saya selalu merasakan tidak perlu memaksa anak-anak dalam akademi kerana merasakan Amana masih kecil. Tetapi di dalam ilmu agama saya rasa saya perlu sedikit keras pada Amana jika dibandingkan dengan akademik. Tetapi tidakla sekeras mana kerana saya masih menganggap Amana masih kecil.Ini antara perbualan saya dan Amana.

Mama: Amana nak masuk tadika ke? err..playscholl?
Amana: (Dengan pantas mengangguk) Nak!! Kawan Amana semua dah masuk playscholl
Mama: Nak masuk tak class baca Quran, Iqra' ?
Amana: (Dengan pantas mengeleng) Tak nak...
Mama: Yela.. takpela..

Jadinya telah 3 bulan Amana masuk playscholl. Terdengar2 butir perbualan Bahasa Inggeris "Good Morning Teacher, one, tow, tree.....fifteen bla bla bla". Kalau pasal menyanyi dah naik hafal saya & En.Papa mendengar dia menyanyi "sayang mama, sayang papa, sayang smuanya.." " labah2 panjat dinding..." macam2 lagu la.. Tapi baru-baru ini saya mendengar dia membaca doa ibubapa dan  kalau tak silap saya dengar dia baca selawat.. Aduhai... Cuba tengok video ne..






Dan saya memujuk Amana lagi

Mama: Amana nak masuk kelas mengaji tak?
Amana: Tak nak..
Mama: Amana tak nak pandai mengaji macam mama ke? Macam nenek?Macam maktok (mil saya)Lepas sembahyang boleh ngaji pulak.Kan best?
Amana: Nak..nak..
Mama: Bulan depan mama bagi tau cikgu Yan ye? Minta dia ajar Amana Iqra'?Nak?
Amana: Okla mama..

p/s: Dapat tak kawan-kawan open video ne??

6 comments:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Best rasa kan bila anak-anak nak pi ngaji :)

Psst. kalau buka dgn komp liza boleh pulak. KOmputer hubby lah kot prob.. huhu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila dah buang yg liza cakap tue..agaknya itu yang boleh bukak kot

Pija Madzlan said...

Anak2 saya, kalau dah umur 5 tahun memang saya ajar mengaji sendiri... yang bawah dari tu, kalau dia bawakkan Iqra' saya ajar jugak...Uwaiys dengan sukarela kira dah nak abis sampai huruf Ya lah jugak...Arwa lak boleh dah sampai A Ba Ta secara sukarela...bila tgk org lain, mereka akan minat sendiri :) Pastu Arwa yang tak gi sekolah lg pun dah boleh nyanyi apa yang abang kakak dia nyanyi siap lagu Cina dengan Negaraku...kekekek....seronok tengok diorang ni kan??

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

siti sifir: wahhhhhhhhh bestnya pandai anak2 siti...

Unknown said...

hahahhaha..
bgsnye amana ni...
tapi time amana nyanyi 1jari,2 jari,3 jari,nak gelak guling2 rade...

syuhada & yusry said...

testing