ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, March 2, 2011

SPA QISTINA VS UGLY BETTY

Penah tengok citer Ugly Betty? Dulu masa zaman U pernah tengok yang Spanish punya. Ini versi serius pada saya dan yang terkini kat TV9 tue..iye ke TV9? Saya memang  follow  citernya tp secara tiba-tiba habis episod ke apa terus mati macam tue.. Saya pun dah tak tau bila waktu sebenarnya. Yang ne bahasa Inggeris.. Saya ne memang suka tengok citer yang kelakar-kelakar untuk releze tension. Dah beberapa kali minta En.Papa downloadkan citer Ugly Betty tapi En.Papa kata tak ada.

Tiba-tiba satu hari En.Papa cakap ada hadiah untuk saya.CD UGLY BETTY!! En.Papa pergi beli dengan Amana. Wah suka bagai nak rak. Simpan CD pun atas almari takut Amana sapu bedak kat CD ne seperti CD-CD lain (mithali tak saya? dapat CD pun sikit punya suka..bukan dapat emas pun..haha)

Dulu En.Papa kutuk bila saya gelak2 masa tengok Ugly Betty tapi sekarang dah terbalik!! Sejak En.Papa teman saya tengok Ugly Betty dia pulak jadi peminat Ugly Betty.(haha tak mengaku. Dalam hati ada taman..kuikui) .En.Papa boleh buka Ugly Betty dan tengok sorang-sorang walau saya kata tak nak tengok.Pernah saya tidur dan saya dengar dia ketawa sorang-sorang. Rupanya dia tengok Ugly Betty. Ini sudah lawan tokey!! Kenapa suka tengok citer kelakar? Ia akan buat saya ketawa & releze tension. Bila ketawa bahan kimia dalam badan akan ke arah yang positif..mmm..makcik saya cakap kerap ketawa buat gemok..ye ke??? Habis takkan nak sedih pulak..




Pinjam gambar dari sini

Tak berapa suka tengok citer gaduh-gaduh sebab nanti mak yang stress tau!! Lagila kalau ada citer dengki khianat.Aduhai letih nak tengok. Oh semalam tengoklah citer Spa Qistina (lepas masak nasi goreng udang untuk En.Papa saya mengadap tv. Semua citer tak best.Paling best rasanya Spa Qistina. Tak sampai 10 minit tukar channel masa part penyanyi yang putih melepak; Faradhiya  tue gaduh dgn ex-hubby dia pasal anak.Faradhiya tue sorok anak pastu nak charge ex-hubby tak jalankan tanggungjawab dan yang sejujurnya dia nak kenakan si Qistina(mak ex-hubby ) ne biar nama dia busuk seantero dunia. Adui letihla nak layan citer dendam2 ne.. Terus saya tukar tutup TV main FB.haha

p/s: Kenapa tv sekarang semua citer tak best?? Takde satu citer pun saya follow betul-betul.Paling akhir saya follow citer bersiri Lagenda Budak Setan & Nur Kasih. Anda bagaimana??



6 comments:

firahadifa said...

hehe.. funny la hubby u .. tengok ugly betty .. tapi mmg pon cite tu best!

Liza said...

Tgk jugak dulu. Best, Liza follow sampai ending. Liza follow citer Hani, last episod semalam. Sedih.. Nangis drama Liza semalam saat dia nak mati tuh. huhu...

CuppyCakeMommy said...

sama last follow LBS and Nur Kasih..yang lain semua boring and mengada2..

btw..ada educational toys atmy blog for your kid..jom cekidout

kinna said...

dulu mmg kena ejek betty..ms zmn betty la fea, sbb pakai braces cam betty :)

e.l.i.z.@ said...

eh bukan ke spa qistina dh habis?
ke dh sambung yg baru? last episode haitu, tiz (bini dafi) tikam si julia *padan muka.eli xsuka betul ngan julia tu huhuuhuh

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

fira: lawak jugak bila dia tgok sorang2

liza: alahai liza sahdunya..PMS dah nak datang kot

CCM: ya setuju!!

kinna: hehe.. kenagan zaman silam ye?

eliza: astro suka mengulang tanyang citer..tengokla sampai lebam hehe