ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, April 17, 2011

CE CITE.. CE CITE.. CE CITE

 Masa saya tengah update ne anak-anak tengah tido, En.Papa tengok tv.Entah2 dia pun tido jugak. Selalunya TV yang tengok dia tdo. Meh saya cite keja saya 2 hari bercuti ne.

SABTU

Saya ada satu peel kalau lauk basah tak banyak dalam peti ais memang saya macam tak happy je nak masak. Tapi bila dah banyak pulak tak tau nak mask apa..hehe. Semalam En.Papa bawa saya ke tempat biasa kami beli barang basah di Pucong Permai. Itula kelebihan En.Papa dia memang akan teman saya ke kedai/ TESCO untuk beli groceries.

Tapi kat pasar ne En.Papa dok dalam keta dengan Arief selalunya dan Amana pastila menyebok memilih ikan dengan  saya. Cuma minggu ini berlainan. Sebelum buat operasi pilih ikan kami sarapan di kedai mamak dulu. Sebelah kedai je. Boleh Amana nak terberak? En.Papa bawak anak-anak balik dan tinggalkan saya meneruskan makan dan duit untuk beli ikan. Terasa boring makan kat kedai sorang2. Kenapa tak bagi Amana berak kat kedai mamak tue? En.Papa tak selera nak bagi Amana berak kat situ...hehe.

Kedai/pasar ne sempit je.. Tapi ramai org yang datang. Ia hanya kedai di bawah rumah flat tetapi ramai orang beli kat sini dan harganya pun murah! Lebih baik beli kat sini dari beli kat pasar borong yang besar tue.Penat je berjalan. Kalau kat pasar malam saya jarang beli barang basah sebab mahal dan pada saya pasar malam cuma untuk saya beli makanan dan manisan sahaja!! Mana syok nak beli makanan kalau tangan dah penuh dgn ikan. Oh semuanya hanya RM131. Meh tengok apa yang saya dapat ye..
 Sotong dah siang, Siang sendirila.. Banyak lemak suruh org tue siang? Kenapa ada yang siang ada yang tak? Yak tak siang lagi tue ada telor dalamnya . Sayangla nak siang. Saya nak masak seketul-seketul hehe

 Nampak ikan keli jekan? Nampak tak ada mata ikan dari spesis lain jugak? Bawah tue ada ikan cencaru 6 ekor.Ikan keli ne pun ada 6 ekor.Kiranya ada 12 ekor ikan dalam bekas ne. Cubala berenang? Sempitkan?

 Ayam 1 ekor

 Udang satu bekas aiskrim. Penuh mcm MILO Fuze!

Ikan tongkol kegemaran En.Papa. Rasanya bila kawin dgn saya baru En. Papa kenal ikan ne. Kesiankan?

Ikan kembung 6 ekor

Sempit jadinya peti aias kecil kami. Mana nak letak ais krim ne??

 Sayur-sayur yg pelbagai. Ada lagi yang tiada dalam gambar.
Murahkan? Macam2 saya dpat dgn RM131.

Selepas balik dari "menagkap" hasil lautan. En.Papa keluar jumpa client dan saya bersama anak-anak di rumah kecil kami. Mcm biasa urusan kain baju memang mengambil masa lebih-lebih lagi bila ada pembantu yang comel...

 Sibuk nak posing kat bawah ampaian

 Haaa..mcm tentera

 Amacam? Stylo tak saya bergambar bawah baju yang mama saya sidai?

 Makan biskutla.Lama betul mama sidai kain

 Alamak!! Kakak mana ye?

 Haa..Nampak tue? banyak tak kain yang di sidai? Kat yard dalam umah pulak penuh dengan cloth diaper Arief bersidai.Sebenarnya baju anak-anak yang banyak. Kalau pg nursery je 6 pasang baju anak-anak.Kadang-kadang sebelum tido saya tukarkan lagi baju anak-anak.Baju bapa anak2 lagi. Kalah kedai dobi. Mana tak sakit belakang ne?? (Comelnye model tempat sidai kain tueee...)


AHAD

Permintaan seorang teman dan juga makanan sampingan kegemaran En.Papa. Lama sungguh tak buat, Harapnya masih ada magis di situ .Kalau termasin tue buat dekkk jelah ye...hehe. Ada 4 bekas siapa ypunya ye? Satu pastilah En.Papa yang dicintai punya!! Sebelum ne dah buat entry khas di sini.(Eh orang yang sama jugak yang mintakla...)


p/s: Minggu yang gembira kerana dapat duduk menguruskan hal-hal rumah dan dapat berblog dengan aman di rumah. Lepas ne nak siapkan baju opis dan baju anak-anak ke nursery. Dah magrib rupanya. Nasibla cuti..XoXo

8 comments:

Nur Sakinah Ahmad said...

penuh peti! mesti puas ati..sy slalu beli kt pasar mlm je..tp mgg ni malas lak nk beli brg basah..

eh, the little helper is damn cute!

transformed housewife said...

bnayaknya lauk basah utk seminggu! Ila ni rajinla. Knur skrg jd pemalas pulak sbb dah ramai sgt tukang masak lain kat rumah ni. Sempit kat dapur bila ramai2. (maklumla masih duduk kat rumah mak mertua)

DeLancrettLurpak said...

lauk seminggu? banyak gak tu eh.. tapi takpe, sebab banyak ikan.. saya suka makan ikan, takyah nasik pun ok..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kina: masa pasar malam tue masa utk bersuka ria. amana beli mcm2. nak itu ini.. soyala..ketam ball lah.. takdenye nak tgok ikan2..

Th: haha ini lauk 2 minggu kot. hehe. tapi kekadang hujung minggu mak/mil/adik2 datang makan umah. bila lauk banyak2 ne mmg ajak diorang dtg makan sama

De: bukan lauk seminggu.kalau lauk seminggu mcm nagalah pulak hehe

melin melinda said...

Arief: Mana le Mama tu tak lama sidai kain, sambil sidai kain sambil amik gambar arief..

Hahaha...kenyang sudah makan sambal ikan bilis tempe itew....trimas daun keladi..masak lagi jangan lupa diberi...kuikuikui

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

linda: hikhik..itu aktiviti sampingan..mestila amik gambar anak banayak2 utk kenanagan hari tua.masa yang berlalau takkan berulang..

ok nanati aku buat aku bagi lagi. esok insya allah aku bawak samabl udang ye.. ko bawak nasi lebih..

AyuArjuna BiGoshh said...

wahh penuhnya peti ais...seronok tgk ikan byk.... :) :) arief yang sgt comel :)

Wonderful Life with Mary Kay said...

Wah, byknya lauk Ila. Liza tak lalu tgk ikan keli tu.... huhu... peel ibu mengandung kot. Tp rasa teringinnya tgk sotong tuh...