ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, April 5, 2011

VIDEO DOT DOT ANWAR IBRAHIM. TAK DE KEJA LAIN?

Haaaaaa..masuk sini sebab ingat ada video dot dot Anwar Ibrahim ke? Saya tak akan cemarkan blog saya dengan video lucah separuh (saya tengok kat tv tadi ye) yang belum tentu pelakonnya. Kalau dah tentu pun saya tak hingin letak kat sini. Saya tak nak blog ini dicemari oleh benda-benda yang langsung tak mencabar minda tetapi memendekkan akal macam tue. Lagipun satu masa nanti Amana & Arief akan pandai membaca dan kalau mereka lihat benda-benda sensored di sini mesti saya rasa saya  ibu yang mengajar anak-anak benda tak elok!!

Credit to Kansas City
Kesian dua beranak ne. Camana pun Allah lebih tahu..


Masa saya menaip jam menunjukkan 9.51 malam. En.Papa dan anak-anak keluar. Entah apa projek anak-beranak tue. Tadi saya lihat berita. TV3. Melihat wajah Datin Seri Azizah di sebelah NurulL Izzah mengundang pilu. Kasihannya dia. Kalau bukan Anwar di dalam video itu berdosa besar orang yang membuatkan seorang isteri hidup di dalam gundah gulana!! Kalau benar itu Anwar; kasihannya si isteri dan anak-anak.

Paling saya tabik spring bila ada usul dari ahli dewan parlimen untuk videa ini dibentangkan di Parlimen ditolak oleh Yang Dipertuanya,.Ada jugak Yang Berhormat yang bak kata kumpulan BALAS (Maharaja Lawak) "STUDENT TAPI STUPID". Kalah kedangkalan fikiran student. Eh sapa ye yang bagi usul tue ye?? Tau tak pegawai KPDNKK berkerja keras siang malam untuk benteras video lucah tapi ada pulak ahli parlimen yang buat usul video lucah ditayang di Parlimen. Tak ke stupid? Membazir je mengundi orang macam ne.

Buat para suami jadikan kes ini sebagai pengajaran. Janganlah mendera mental isteri dengan sikap anda yang langsung tak menunjuk contoh seorang ketua keluarga. Sebelum buat maksiat dengan perempuan tepi jalan fikir perasan isteri. Kalau dah tersebar macam ne bukankah merosakan maruah isteri dan anak-anak juga? Jauhkan diri dari tempat-tempat maksiat untuk mengelakkan fitnah dan syak wasangka kat hati isteri. Kadang-kadang alasan orang yang pergi ke tempat maksiat ne pelbagai:
1) disko/dangdut-nak buat exercise-eh tolongla kat padang bola ada, kat gim ada.kenapa tempat tue yang dijadikan alasan untuk senaman
2)rumah urut- sakit belakang takde sapa nak urut.-Banyak-banyak tukang urut kenapa pilih perempuan? Dah mati ke tukang urut lelaki kat Malaysia ne?
3)karoke-nak lepas tension-Pergila masjid.Bawak-bawak sembahyang, solat.Dalam solat tue insya-Allah ada tenangnya. Mula-mula memang tak rasa nikmatnya.Lama-lama akan dapat juga rasa..
4)snuker-Jumpa kawan-kawan. Tempat lain tak boleh jumpa.Kenapa ye tak boleh jumpa kat masjid? Sambil-sambil tue insaf sikap bila dok kat masjid. Kalau masjid tue dekat sebelah kubur lagi baik. Baru sedar kayu snuker tue bukan boleh selamatkan awak kat kubur nanti!

Kadang-kadang isteri ne terima je alasan suami; sekali lagi ye.. bak kata kumpulan BALAS dalam Maharaja Lawak "STUDENT TAPI STUPID" untuk menjaga keharmonian rumahtangga .Walau dihati kata "maaf diterima dan saya percaya" ingat isteri tue tak simpan syak wasangka? KIRIM SALAM!! Sekali buat sampai tutup mata isteri tue tak percaya!!

p/s: Para blogger tak perlulah upload video dot dot itu untuk naikkan trafic kerana anda juga mendapat saham dosa bila menyebarkan sesuatu yang tidak pasti. Biar sajalah pihak berkuasa buat siasatan.. Banyak lagi video yang berhemah untuk naikkan trafic anda. Salah satu yang saya benci tak suka pasal blog bila ada isu-isu panas macam ne cepat je upload video macam tue dalam blog masing-masing.Tak malu ke anak2/isteri/teman/makcik/family dan lain-lain tengok? Naikkan trafic dengan cara yang sihat ye..

13 comments:

Nur Sakinah Ahmad said...

saya tengok video tu smlm..atas dasar curious nak tau siapakah orangnya (husband dah warning tapi nak tengok jugak..) mujur le 1minit pertama je dia tayang, kalau tak, mau termuntah depan komputer!

btw, ini kes politik la ila..apa2 pun boleh berlaku.. bila dgr kenyataan KPN yang nak guna kepakaran luar negara utk trace org yg upload video ni, tak masuk akal. takkan la SKMM kita takleh trace dari IP komputer..kes Sharifah aini boleh trace...em..

Mama Zharfan said...

me baru jer tgk sbb curious
kalau pikir logik, mcm tak logik kan..sbb kalau betullah apa yg ada dlm video tu, kiranya tu dh jd career suicide..Tuhan ajer yg tau..WA

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kinna: mmg hal politik.mungkin ya mungkin tidak.. tapi yela yang dituduh pun manusiakan? bukan malaikat.lelaki akan lupa diri sbb 3 perkara kuasa, duit dan perempuan.. so nak beria2 kata dia tak salah; tak boleh jugak. nak kata dia bersalah pun; kita bukan tau.. paling kesian mestilah isteri & anak2..

eh tak payah tgok depan pc smlm dah tunjuk kat tv..live lagi

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ: tahle MZ..setiap kalai jadi macam ne yang terdera emosianal pastilah isteri&anak2

melin melinda said...

giler emosional...hehehe..buat bersabar....politik di Malaysia ni mmg kotor. yang jadi mangsa bukan setakat keluarga tetapi rakyat juga.

p/s: napa aku tak tgk video tu...sungguh ketinggalan ketapi...hahaha

BIONIC WOMEN said...

memang pelik ngan salasilah video tu..xtau nak kata aper..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

melin: emosional apa lak? tak de pun..aku kesian kat nasib si wife je..so aku letakkan diri kat tempat wife&anak2..

sebenarnya nasihat kat akhir entry tue yg penting utk bapak2 haha..jauhkan dari tempat maksiat...yang citer anuwar walau di awal entry cuma kesan/akibat selepas nasihat di akhir entry hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bionic: semalam ada tayang kat tv3..walau kejap tapi rasanya tak payahla tunjuk..yg tengok tv ne bukan org tua je..budak2 jugak.selalunya berita tgok ramai2 sbb dalam berita takde cite org bukak2 baju&ada tuala je ne.. tup2 adala pulak siap ada adengan peluk sambil pakai tuala.. apalaaaaaa....

Nur Sakinah Ahmad said...

tv3 sgt suka dgn cerita video seks ni..suka ulas lebih2..saja nak tayang supaya kredibiliti seseorang jatuh..

bagi saya, gmbr tu masih blur..tak jelas siapa orgnya (sekali tgk mmg cm DSAI, tp bila tgk kali kedua, takpun)..refer balik pada ust zaharuddin.net..ada entry psl hukum percaya fitnah ni..wallahua'lam

AyuArjuna BiGoshh said...

hmmmm diuji dan terus diuji :(

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tak sanggup tgok wan azizah..

nurul rasya said...

saya tak tengk sebab tak nak dosa free

Liza said...

Tak tahu kesahihan video tu. Politik di Malaysia memang kotor dan keji. Masing2 ada kepentingan masing-masing. Bukan hanya di pihak pro, malah pembangkang jugak. Sesiapa pun (walau muka sehabis murni) takkan kupercaya!