ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, May 25, 2011

Sinar FM Bersama Dato Fazilah Kamsah: Isu- Menantu Tak Pandai Masak

Ekekeke.. Gelak dulu ye.. Saya memang suka dengar Sinar FM lebih-lebih lagi kalau ada tetamu jemputan. Sebelum ini saya review isu peraturan yang tak masuk akal dan isu suami berat tulang bersama Ustazah Nor Bahayah. Kali ne isu seperti tajuk di atas.. SMS yang dihantar pada Sinar FM berbunyi lebih kurang seperti ini:

MENANTU ZAMAN SEKARANG HANYA TAHU BERSOLEK SAHAJA,
 MASAK TAK TAHU ..BUAT RUGI BAYAR HANTARAN MAHAL-MAHAL...

Memandangkan saya ini menantu, isteri dan ada anak lelaki saya nak komen la sikit. Maka kita pecahkan isu diatas kepada point yang penting

TAHU BERSOLEK SAHAJA
untuk makluman para MIL itulah yang dipuja-puja oleh anak anda dahulu. Itulah yang dibanggakan pada kawan-kawan bila punya bakal isteri  yang cantik. Dan masa mula-mula anak anda bawa menantu anda pasti anda lihat penampilannya dulukan? Kalau comot kalah kucing tepi jalan anda pun tak selera nak buat menantu betul tak? Kalau menantu anda seorang yang bekerja lagila perlu bersolek di pejabat paling tidak secalit gincu. Bersolekkan? Kalau muka penuh jerawat dah dikata tak tau jaga kebersihan diri.. Hello nak dapat muka licin ingat tak perlu usaha ..lagi-lagi dah masuk three series ne tak boleh tinggalkan rutin mencuci. menyegar dan melambap tau?

MASAK TAK TAU
dalam hati..nasib aku reti masak.. ekeke. Saya buat assumtion yang MIL & menantu ne tinggal serumah. Kalau tidak mana dia tau menantunya keja bersolek & tak masak. Itulah risiko kalau tinggal serumah dengan MIL. Semua baik buruk anda di depan mata MIL. Ada MIL jenis tak kisah alhamdulilah. Dapat  MIL yg jenis mengawal serba-serbi inilah jadinya.

Wahai MIL kadang2 bukan menantu tue tak mo masak tapi pertama kali masak MIL dah komen "anak dia tak makan lauk ini" "lauk macam ne mmg tak masak  kat umah ne" Akhirnya menantu give up dan menantu itu membiarkan MIL tue mengikut acuan dia.

Munkin anak lelaki awak tak kisah pun isteri dia tak masak asal cantik selalu. Kawan baik saya sedari kecik memang ayah dia yang masak untuk satu family. Tak de pun haru-biru and kecoh-kecoh bahagia sampai sekarang.

Oh ye untuk mak mertua/bakal suami: silala perhati kalau isteri anda itu keluarganya dahulunya ada pembantu, anda sebenarnya perlu sediakan maid aka org gaji ye utk isteri. Dato' Fadzilah pun dah cakap itu adalah Undang2 Islam dan saya penah baca juga. (En. papa lucky masa awak kenal saya mak saya dah tak pakai maid! Eh tapi mak ada maid hujung minggu jadi sila pertimbangkan. Saya yang mmg sakit tulang ne rasa nak patah pulak tulang ne..hehe)

Anda telah berpeluang menjadi seorang isteri pada suami anda dan biarkan menantu anda pula menjadi isteri pada anak anda. Jangan masuk campur sangat kerana ini akhirnya mengeruhkan rumahtangga anak menantu. sebelum anda mengomen anak orang lain dengan isu remeh ini; sila lihat anak lelaki anda ..sempurnakah dia sebagi ketua keluarga? jadi imam ke dia pada anak dan isteri. cukup ke perbelanjaan rumah tangga atau isteri pun membantu. Kalau suami boleh terima biar jela diorang hidup dengan cara diorang.. Haii..mcm tak pernah kawin pulak .. Macamlah memasak itu punca kebahagian. Bak kata En.papa "Dalam rumahtangga ini bukan masak itu penentu kebahagiaan tetapi tolak-ansur suami isteri yang penting.dapat mcm akak ko yang 9 bulan mengandung tak masak..tahan??" ehhhhhhhh..Apasal saya yang jadi contoh?? nak kena ne..ekekeke.Thanks ye papa..papa tak pernah buat list yg perlu B penuhi utk  jadi isteri papa...I lap u papa..

Dan saya rasa semua isteri sayangkan suami. Semua nak buat suami gembira. Belajarla masak dik non.. youtube ada.. buku resepi ada.. jangan buat alasan2 yg tak sesuai dengan zaman blog, fb, twiter,twities ne...Saya sendiri pun perati&belajar cara MIL saya masak ayam masak merah kegemaran En.Papa. Mula-mula memang fail lama2 jadilah jugak walau tak boleh lawan MIL lagi.. Mak saya dulu mmg tak reti masak mula2 kawin sbb ank ppuan bongsu.Kejanya cuma pegi kedai beli barang masak. Tapi see?? Mak saya masak paling sedap dalam dunia utk kami 5 beradik.

Secara alami dan ilmiah seorang perempuan akan berusaha menggembirakan lelaki yg disayangi dan dicintai.. Bertuahla anda suami anda masih menerima anda untuk jadi isteri. Kalau anda direject sebelum menjadi isterinya dengan alasan tak reti/ tak mau masak camana? Boleh terima? Jadi bersyukurlah kerana suami anda benar-benar cintakan anda dan memberikan anda peluang untuk anda hidup dengannya walau "kelebihan" anda yang tak reti masak itu diketahui olehnya.. Si suami benar-benar cintakan anda tau!!

HANTARAN TINGGI
MIL yg cakap mcm nie sila istigfar banyak2! Tinggi ke kalau setakat 7K, 8k even 10K pun sekarang dah biasa..lainla menantu letak ala-ala anak Dato' sedang dia bukan anak Dato'! Kalau hantaran itu mengikut keadaan semasa .itu tak mahal ok.. Menantu itu anda pinang semata-mata untuk jadi tukang masak ke? Kalau begitu pergi carik kat kedai makan.. Niat tue biar betul. Perempuan itu dipinang untuk menjadi teman hidup anak anda melayari hidup sebagai peneman hidup.

Dan untuk pengetahuan MIL bila kawin dgn anak anda;  tahun pertama je wife tue dah bayar balik semua duit hantaran tue tau!! Zaman sekarang isteri mmg / bersedia membantu suami mencukupkan apa yg tak cukup dalam rumahtangga. Itu kenyataaan.. Kalau sebelum kawin anak anda rumah takde, keta pun takde tapi bila kawin semua ada..Janganla mendabik dada kata itu semua duit anak lelaki anda.. Semuanya dikongsi.. (saya cakap begini sebab ada kawan saya yang makan hati bila MIL  kata semuanya  duit ank lelaki dia sedangkan terang lagi bersuluh kawan saya gaji beribu2 lemon dari si husbd) MIL pun pernah jadi seorang isteri silala letak kedudukan menantu itu dalam diri anda. Tak boleh disangkal ekonomi sekarang  jadi janganla nak diungkit-ungkit isu hantaran.Lainla kalau anda yg sediakan? Sapa suruh anda sediakan? Suruhla anak lelaki anda yg sediakan..itu tanggungjawab dia. Bak kata mak saya"kalau duit hantaran pun tak mampu sediakan macmana nak sediakan kelengkapan rumahtangga yg lain?" ye cakap mak saya memang betul!

ISU MEMASAK NE PENTING SANGAT KE?
sila buat aksi mcm ne je  
"tangan letak di bahu, lidah terjelir dan mata pandang atas"
 Boleh buat tak aksi ne?


Kata akhir Fadzlilah Kamsah "bila anda kawin anda perlu bersedia menerima segala pakej kekurangan & kelebihan isteri anda" dan menantu sila amik hati mak mertua anda..BELAJARLA MASAK!!

6 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

adoihai...susah nak jadi menantu yang baik nih..dapat MIL yang cerewet lagilah....panas :p

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

samalah.. letih layan permintaan mak mertua yg mcm2.. nasib MIl ila tak macam tue..sedang2 aje hehe

transformed housewife said...

seronok baca ulasan Ila tadi. Mmg betul apa yg Ila tulis tu. MIL yg banyak komen tu (sorry to say) biasanya MIL yg tak bekerja. Tu yg cerewet sikit dan manjakan anak lelaki dia lebih2. Tapi bukan semuala kan. Knur pun tinggal serumah lg dgn MIL, PIL & SIL. Okay je sbb MIL pun masih bekerja dan tak banyak karenah. Pasal memasak, Knur bolehla memasak sbb sempat belajar dg arwah mak dan masa tinggal di NZ, mmg praktis memasak hari2.

melin melinda said...

ye..ye..saya faham Cik ILa...saya akan belajar memasak mulai hari ini melalui facebook, twitter, youtube dan segala macam cara yang ada...

kinna said...

msk-memasak boleh belajar..nak atau tanak je..tp mekap mmg sy malas..gincu secalit pon malas nak tenyeh..huhu..
btl ckp TH kt atas, MIL yg tak bekerja je yg suka cari pasal ngn menantu..kalo dia bekerja, takde masa dia nak selidik kekurangan menantu dia :)

ummiarissa said...

kalau MIL yang cerewet sangat tu patut tinggikan lagi duit hantaran..he he he