ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, June 18, 2011

Membantu seseorang dalam "Parenting Skill Tesis"

Baru-baru ini ada seseorang tinggalkan komen di blog contest saya untuk membantu beliau dalam tesis. Dan dibawah ne antara soalannya, Jawapannya tak payahla saya letak di sini ye.


 
Assalamualaikum puan,
Diharap puan sihat disamping keluarga tersayang, mohon kerjasama dari puan untuk menjawab soalan survey saya untuk tesis saya. Kerjasama dari puan amat diperlukan. Melalui blog darwishndarwisha, saya mendapatkan email puan dan juga memilih puan di atas keprihatinan puan terhadap pendidikan agama anak puan terutamanya dalam mengajar mereka menghafal kalam suci Ilahi..Kerjasama puan didahului ucapan ribuan terima kasih

Berikut adalah soalan-soalan yang perlu puan berikan jawapan berdasarkan pengalaman puan dan pengetahuan puan;
1)            Secara ringkas mengenai biodata, latar belakang pendidikan, pekerjaan, umur anak dan bilangan, hobi dll.
2)            Bagaimana puan mengetahui mengenai blog darwishndarwisha?
3)            Pada pendapat puan, kenapa kita perlu mengajar anak kita menghafal Quran dan apa kelebihannya?
4)            Apakah pendapat puan mengenai cara yang beliau gunakna untuk mengajar anak beliau menghafal Quran?
5)            Apakah kepentingan mengajar anak menghafal Quran berbanding belajar subjek-subjek lain, pada pendapat puan?
6)            Apakah cabarab yang dihadapi puan dalam mengajar anak puan menghafal Quran?
7)            Adakah dengan mengajar anakk menghafal Quran akan memberi kesan kepada kecemerlangan anak puan dari segi akademik?
8)            Apa pendapat puan mengenai menghafal Quran tanpa mengetahui makna ayat tersebut?
9)            Apakah langkah yang puan lakukan untuk mengajar anak puan menghafal quran?
10)          Apakah pendapat puan mengajar kanak-kanak menghafal quran dalam usia yang sangat muda?
11)          Apakah bezanya kaedah yang digunakan oleh Puan Lina untuk mengajar anak beliau menghafal Quran berbanding lain-lain kaedah?

Di kesempatan ini saya menjemput kawan-kawan jenguk blog darwishndarwisya. Insya Allah banyak yang boleh kita sbg ibubapa praktikkan. Saya amat kagum dengan Puan Lina. Ada beberapa entry saya buat khas untuk Puan Lina di atas rasa  kagum saya dengan cara beliau mendidik anak-anaknya. Antaranya disini. Dan kini Puan Lina mengorak langkah dengan mempunyai online yang menjual beberapa alat bantu mengajar anak-anak mengenal Al-Quran iaitu di islamicparentingnetwork. Pn. Lina pun ada buka kelas cara-cara mengajar anak-ank mengenal al-quran. Saya ne tak berkesempatan nak pergi... Tapi  saya dah beli satu item.. Nanti nak beli lagi. Lagi pun Amana dah kenal alif sampai ya tau...Alhamdulilah...


p/s: Kadangkala kita terleka kerana mengutamakan ilmu duniawi. kerana mengikut tuntutan semasa Kebanyakkan parents berlumba-lumba mengenalkan anak-anak dengan Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan alif, ba,ta? Ingatan ini juga untuk saya dan En.Papa.

5 comments:

Mama Zharfan said...

me ajar sendiri my zharfan mengaji quran guna kaedah iqra.. and dh apply utk masuk sek rendah agama (private)

kinna said...

saya ada register utk tahu perkembangan blog darwishdarwisha tu..saya jadikan puan lina tu sebagai mentor..sekarang ni start anak ajar alif ba ta sikit2..plan nk gi kursus yg dia anjurkan, insyaAllah

transformed housewife said...

nanti nak gi jenguk kat blog tu. Knur pun ajar anak2 sendiri mengaji Al-quran. Fathini dah diajar sejak umur dia 4 thn. Hafizah baru lg mula sbb dia nak belajar walaupun mg depan baru masuk 4 thn.

Em's Family said...

mira setakat ni alhamdulillah, laki mira yang ajar emir iqra' sebab mira ni kadang2 ade sedikit tahap kesabaran yang rendah .. :D

wahida said...

jap lagi nak singgah blog tu....

saya ada hantar ngaji si abang masa dia umur 5 tahun lagi...alhamdulillah...progress dia sgt baik...