ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, July 24, 2011

Mak penah cakap...

Mak pernah cakap:

" SIAPA YANG TAK KHATAM QURAN MASA KECIK-KECIK
 NANTI HIDUP TAK SELAMAT!
SEKURANG-KURANGNYA MESTI KHATAM SEKALI!"

Masa tue rasa kecut je perut dengar mak cakap. Ingat lagi masa sekolah rendah mak hantar mengaji kat seorang Indon ne. Eh indon-indon yang datang dulu-dulu baik-baik ok? Sekarang ne je samseng tak hengat. Kitaorang panggil "Om". Bukan mak je hantar kitaorang kat situ.Makcik-makcik keliling umah pun samala. Jangan tak tau masa magrib je penuh satu rumah dia dengan bunyi budak-budak mengaji. Sampai penuh kat poarch keta tau. Eh "Om" ada keta ke? Tak pasti tapi dia ada porch keta. kiki.  Tapi mana "Om" pegi ye? Ke dia salah seoarang PATI?

Mak ajar sendiri; saya & adik-adik alif, ba, ta dan muqadam. Bila naik Quran mak hantar kat Om. Garang woo.. Siap ada rotan lagi. Bila Om hilang. mak hantar pulak kat cikgu sekolah agama. Siang belajar Fardu Ain lepas sekolah pagi. Malam pulak belajar mengaji. Masa tue mak bayar RM20 kot untuk 4 orang.Masa tue besar ye RM20 tue. Sekarang belajar sendiri je. Rasanya tajwid pun tak sesempurna mana. Dulu-dulu tak mo kawin dengan ustaz, kalau kawin dengan ustaz mesti paling tidak dapat belajar tajwid. hihi..

Oh saya nak kongsi dengan kawan-kawan ayat ini. Rasanya releven jugak dengan apa yang mak gertak kitaorang adik-beradik..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

" Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah, melainkan apa yang Allah kehendaki."    (Surah al Baqarah :255)

Saya dapat ne dari darwishndarwisya. Saya subscribe so selalula dapat emel dia tentang cara-cara Puan Lina mengajar anak-anaknya. Dalam emel tue adalah terselit ayat-ayat yang boleh dijadikan pedoman jugak. Membebel takde gambar tak bestkan??

Arief nak baca buku kakak


 
Amboi macam paham je. Ekspresi yang penting ok..?

Ini "ba" ke mama?


Horeyyyyyyyy!! Arief dah pandai tau


Dah la mama. Arief penat..




3 comments:

Liza said...

So chomel la Arief....

kinna said...

chalon menantu (kalo dah pandai baca quran ek arief..) (:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

liza: kadang2 comel kadang2 idak..

kina: arief..cepat pandai baca quran nanti mama dapat menantu comel...