ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, August 4, 2011

Ikhlas dari Mama AmanArief

Di sana,
Anak-anak kecil ini diamanahkan.
Di sana,
Sejarah anak-anak ini tercipta.

Arief,
Dari bayi merah sehabis pantang,
Belajar meniarap,merangkak, berdiri, bertatih dan berlari.
Amana,
Dari anak yang tidak tahu apa-apa,
Mula bijak ABC, alif ba ta, 123 dan membaca doa.

Kulihat perkembangan mereka,
Kulihat kegembiraan mereka,
Hati ini amat tenang mereka disana
Hati ini amat gembira melihat tawa mereka,
Sehinggalah kejadian yang berulang itu kerap tiba....

Hati ini amat menghargai, amat berterima kasih,
Tetapi semoga di sana dapat memahami,
Hati seorang mama, resah seorang papa.

Allah perancang terbaik,
Punya percaturan tersendiri,
Mungkin melalui anak-anak ini,
Rezeki disalur pada yang lebih memerlukan,
Dan kerana itu kejadian ini berlaku dan tindakan sukar ini dibuat,
Hikmahnya hanya Allah yang tahu.

Tiada dendam dihati ini kecuali sedih dan bersalah yang bertandang,
Harap di sana juga sama,
Hampir dua tahun di sana mendidik "amanah" ini,
Pohon halalkan makanminum anak-anak kecil ini,
Pohon maafkan kesalahan & tingkahlaku mereka.

Akhir kata terima kasih yang tidak terhingga kepada disana,
Untuk segala yang dicurah ketika anak-anak kecil ini menginjak usia,
Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Semoga di sana dalam peliharaNya, gembira dan berjaya selalu,
Semoga perkenalan ini tidak terhenti di sini,
Semoga kita masih boleh bertemu dan bercanda seperti dulu.

Ikhlas,
Mama AmanArief

p/s: Amat sukar melupakan budi dan jasa seseorang terutama pada anak-anak kita.

4 comments:

Nur Sakinah Ahmad said...

nape ni ila? ada kejadian kat taska ke? *curious*

Mama Zharfan said...

sedey la plak...:( naper ni..

juanita said...

err...err...errr..ye la..nape ehhhh

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

emo sikitla kawan-kawan..mmm