ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, September 5, 2011

Inilah Projek Mega Saya & En. Papa!! Our New House!!

Alhamdulilah telah selesai semua yang perlu diberaskan. Kami telah sign S&P, bayar 1% dari harga umah, telah lulus loan dgn bank dan cuma menunggu arahan lawyer untuk bayar lagi RM6888(cina suka betul no 8 kan? nasibla tak jadi 8888..pitam mak!)  

Rasanya dah boleh kongsi dengan kawan-kawan. Rumah ini dibeli pun secra tiba-tiba, memanglah mencari tetapi apabila sampai di sini terus tengok dan masa tue jugak bayar booking fees. Terkujat jugak bila En.Papa kata "Nak beli?" Terus angguk sebab offer bukan selalu haha. Kalau saya geleng alamatnya tiada offer lagi selepas ini. kiki

Sebenarnya En.Papa tak suka beli umah yang baru cacak2 tiang.Takuttttttt.. Takut tak siap + takut kena bayar instalment tapi umah tak siap bertahun2.. Mula2 carik umah atas orang tetapi bila fikir-fikir balik kalau beli umah atas orang misalkata rumah 300K dah kena sediakan 10% which is RM30K. Belum lagi legal fees yang mungkin around 10K sudahnya 40K sahaja untuk permulaan.

En.Papa berfikir sehingga makan nasik pun 5 kali tambah selama 5 hari dan satu hari yang nyaman berkata kepada isteri terchinta "Awak cariklah umah atas developer".Saya yang kena carik? Biasalah saya memang agent segala perkara. Umah yang sekarang saya duduk pun saya yang carik. Bak kata En.Papa "awak buat keja dulu nanti saya settel kemudian" Boleh gitu? hehe

En.Papa ne dia guna konsep "kalau umah tue milik kita dia akan tunggu kita" Mana tah dia dapat konsep tue. Samalah macam umah yang kitaorang duduk sekarang. Tetiba je datang tengok, tetiba je bayar booking fees, tetiba je eh dah masuk umah. Eh dah mengandung kat umah tue, dah beranak kat umah tue ..eh dah anak dua?? Eh bila umah ne ada akuarium yang besar gedabak ne??mcm2 eh..rupanya dah 5 tahun kami duduk di umah puchong ne.. masa masuk umah Puchong, Amana ada dalam perut tapi saya pun tak tau..

Oklah meh jenguk2 umah baru kami ne. Eh Ini umah phase 1. Dah serah kunci tau. Itu yang menyebabkan kami rasakan developer ne boleh dipercayai dan harap2nya selamatla kami duduki pada awal 2013 nanti. Alah setahun lebih jekan? Sekarang dah hujung 2011.Lagi sekali raya je.. Harap2 semua dipermudahkan dan panjang umur hendaknya. Umah ini insya Alah rumah terakhir kami untuk membesarkan anak-anak.. Nak berangan umah lagi besar takut... Rabak poket hehe

Kami beli umah intermediate. Mula2 En.Papa cakap kalau beza RM50K je  dengan umah corner  kita beli ye. Tapi bila tanya mak ai..Beza 200K.. Mabuk ke apa? Baik beli umah semi D tue.. 600K puas hati.Poket rabak serabak-rabaknya..haha


Sempoikan En.Papa dengan seluar seteng + seliper selamba masuk developer cakap nak beli umah. mmm.. Inilah gayanya sejak2 dah kawin dengan saya.Masa bercinta dulu ooo sibuk menyemat sokmo. Tapi saya tak kisah pun. Lagi2 bila dia kendung AmanArief.. Biar org tau dia bapak budak. Takde org nak rembat.. Haha.. Sibuk tengok lubang kat atas tue. Dia dok membebel "Bahaya ne kalau Arief main atas atap ne" Eh yang bagi lepas anak kat atas atap buat apa?


Saya awal-awal dah cakap kat Amana. "Nampak bilik kecik ne? Bilik ne untuk budak-budak yang tak mo dengar cakap mama" Siap saya kunci dia lagi.Mengamok-ngamok jerit "Papa,papa!!"

Merenung jauh.. "Nak beli ke umah ne" Masa ne belum buat decision tau..

Pemandangan dari tingkat atas. Keta comel sapa tue?

Bilik kat umah contoh. Bila balik Amana boleh cakap
"Mama, Amana punya bilik yg ada bear tue kan?


Master bedroom. Boleh tahan besar jugak. Atau ilusi cermin yang besar gedabak tue?


Bilik Arief..


Tengok Fasa 1 dah siap. Fasa 2 which is yang kami beli masih dalam pembinaan. Harap2 developer berjaya menyiapkan dalam tempoh yang dijanjikan. Lagi-lagi pulak ada officemate kami beli under developer yang sama dan tiada masalah malah rumah siap awal dari yang dijanjikan. Hopefully begitu juga untuk kami. Umah yang kayu-kayu tue umah semi D tau..Kalaulah poket ku kembung..kiki

p/s: Entry ini sebagai perkongsian kegembiraan dengan blogger dan kenangan saya. Juga pada yang berminat boleh emel saya supaya kita boleh dapat rewards "Buyer Get Buyer" Tau tak apa tue? Nanti saya buat entry khas ye. Masa beli umah yang kami duduk sekarang di Puchong saya dapat reward ne dan masa beli umah baru ne pun dapat jugak. Alhamdulilah.. Horey!!

16 comments:

ZianaRazali said...

waah best rumah baru..akak ni lucu la..sengih2 yna baca..hehe

aanie said...

cantik gak rumah tu..area mana ek?? bape?

Ya ALiya said...

syukur dengna rezeki yg di beri.....bestnyer dapat duk umah baru kan........

umiawadah said...

nanti buat entry lagi kalau dah siap sepenuhnya...seronokkan pindah rumah baru nanti...besar juga master bedroom...

AyuArjuna BiGoshh said...

cantek umah ni kat mana ya ila???

Nur Sakinah Ahmad said...

wa..bestnye..ni kat puchong impiana ke? tak berjiran dah la pasni..huhu

Unknown said...

wahh....chanteq umah ilaa..berape ila??

Wonderful Life with Mary Kay said...

Ila beli kat mana ni? Ntah2 berjiran kita. Haha, berangan!

Owh, buyer gets buyer.. Leh bahagi separuh2 kan? hehe...

e.l.i.z.@ said...

sambil tulis psl umah, sambil membebel hihi

so ni 2nd house la ek? bestnya korang! brapa size umah ni? brapa harga? cantik jgk design luar umah dia..kaler ijau tu menarik jgk

Aleyn said...

Menarik susun atur rumahnyer...selamat pindah umah nanti...kira raya tahun depan ngan rumah baru lah ni...bestnyer

Ikhlas Dari Hati.... said...

mudah-mudahan, impian menjadi kenyataan... takpe ila, rumah tu aset kita... berbaloi2 kalo membeli rumah dgn kemampuan yg ada... ;)

Syima Emi said...

kak ila.. ni area mane? tgh nak plan nak beli umah gak ni...

Ezna Khalili said...

wah cantik rumah ni ila..kat mana ni?

Ummi Danish said...

Ila...

saya tau umah ini dimana.. :)
abg ipar saya pun beli kt sini gak, tp umah dia yang lasttt sekali mengadap hutan..

a ah, kami pun pelik dgn lubang itu. tapi certain umah je ada, ada stengah umah tak da pun...

yani said...

ila..nnt kita berjiran lah ek..

Syima Emi said...

kak ila, boleh tau x kajang tu kat mana? kalau x nak cite kat sini email saya kak, w.syima@gmail.com... kalau leh nak tau details skit..harga semua, developer sape..