ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, September 15, 2011

Munchy's Tak Halal? Iye ke??



Ada tak dapat massage yang berbunyi begini " Jakim telah buat serbuan ke atas kilang Munchy's , Batu Pahat dan menemui stor arak. Bossnya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah, mengatakan arak tersebut untuk dicampurkan ke dalam biskut..tolong sebarkan maklumat ini kepada seislam & kepentingan umat Islam.Dari Pegawai Jakim- Hj. Jalil bin Raihan (Jakim, Putrajaya). Lihat Kosmo, 15 September 2011 (ms3)


Tapi jangan percaya ye kawan-kawan.. Semua itu palsu belaka..Baca kat Kenyataan Media Berkenaan Penyebaran SMS Palsu Biskut Munchy's. Saya tepekla isi kandungannya ye

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".


2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.


3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.


Anak-anak suka Captain Munch

Saya memang galakkan anak-anak beli biskut Munchy's daripada biskut-biskut buatan/kena mengena dengan Israel dengan alasan "Siapa yang akan  sokong syarikat Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia, dan siapa yang akan  boikot barangan buatan Israel kalau bukan Muslim?"

 En. Papa suka LEXUS (perisa yg coklat tue)

Saya memang cuba kurangkan barangan buatan Israel di rumah secara berperingkat. Cuba tengok barangan dapur, alatan mandi, makanan, barangan wanita mesti ada barangan buatan Israel kat umah. Susah nak buang semua sebab semuanya well known mark/famous/sedap/bermutu..isk memacam alasan lagi tapi better start than never..Secara jujur nak buang semua memang sukar tapi akan diusahakan.. salah satunya Munchy's adalah biskut utama di rumah ini.. 

Lagipun Munchy's penah jadi speaker untuk function opis kami..Suka dengar cerita ownernya bagaimana Munchy's developed sebagai salah satu trademark biskut yang terkenal di Malaysia......



Last but not least saya suka Muzic.. Sedap!!

2 comments:

Wansteddy Tales said...

Fav wan yg Lexus coklat tu. makan bnyk2 pn xmuak haha... sedap munchy's ni. agaknya pesaing yg buat cerita la tu. PHD sbb produk ni laku! haha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Wan: sedapkan??