Dah teringin sejak berminggu-minggu, teringin punya pasal; duit kat tangan, kunci keta kat tangan terus bawak keta pegi Jaya Jusco Equin Park. Kalau takde duit camana ye bila tekak ne teringin nak makan macam2 agaknya??
Arief happy dapat duduk dalam stroller keta.
Jadi rebutan dua beradik yg buat saya pening
Bergurau senda sementara menunggu order sampai.
Setengah jam digunakan untuk menenangkan dua beradik. Tak mudah!!
Tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
Pizza idaman hati.. Yummy..
Makan satu je?? Tipu saya makan semua slice kecuali dua potong. kiki.. Baru namanya teringinkan. Kalau budak2 tak buat peel habis semua tue saya makan. Sedap tau. Tak muak.. Sebabnya roti dia sikit tapi isi banyak. Saya rasa mcm makan makanan arab pulak sebab banyak tomato dalam tue.. Yummy...
Amana: Mama , mana air amana?
Mama: .. ala Amana minum air kosong je
Amana: Nak ne.. (Tunjuk gambar ais blended)
Mama: Tak payahla.....
Amana: Nak jugak!!
Mama: eee.. Dik budak ne nak air ice blended ye..
Sekian.
Lepas makan tolak troli beberapa tapak saya tengok orang-orang keliling sibuk tengok Arief..
Laaaaa dah terlentuk rupanya..
Di samping memenuhi keinginan saya yang sibuk nak makan piza, saya jugak nak habiskan masa dengan anak-anak. Budak-budak pun tahu bosan tau dengan rutin mereka yang hari-hari ke umah babysitter/taska. Sebab itulah ada cuti weekend untuk habiskan masa dengan keluarga, beriadah dengan anak-anak. Takkan Amana asik nak mengadap tv cartoon je.. Rosakla mata anak-anakkan?. Diorang pun kena hidu udara luar yang nyaman sesekali. Oh dah lama tak bawa ke pool pagi-pagi. Selepas raya ada sahaja eventnya. Ok this week mama cuba bawa ke kolam waktu pagi ye..
Mengutip batu-bata
Level 1, Bayar RM4 untuk 2 jam..Okla
Memanjat dinasor
Hai mama..
Menggelongsor.. Eh mana Arief?
Membuta kat sofa di luar
Selepas itu bergegas ke rumah mak. Hujan renyai yang buat jalan jem sedikit..Saya plan nak tido di rumah mak. Untuk membendung rasa bersalah sebab tak ikut satu family ke kenduri kawin di rumah sepupu di Negeri Sembilan. Lagipun esoknya mak ada buat makan-makan dengan kengkawan dia. Mesti mak suka anak-anak + cucu-cucu dia ada jugak.
Arief yang dah bangun melayan kerak chungky loaded. Sedapkan Arief?
Habis citer last week yang penuh suka duka,masam manis pahit.
Teruskan kehidupan yang penuh warna-warni sebab hidup ne sekejap je..
Gembirakan anak-anak & ibubapa sebab hidup ini sementara sahaja..Betul tak?
Lainlah kalau hidup menongkat langit mcm zombi/ hantu kak limah..hihi
p/s: Eh napa saya tak amik gambar makan-makan kat umah mak? Sibuk melayan orang yang datang.. Sibuk melayan anak-anak..
8 comments:
sukanya me baca entry ni..happy2 & fun2 :)
pic arief tertido tu super cute--masuk contest gerenti nmenang!!
mmg betul2 teringin tu...hahahaha..2/3 pizza tu sendiri yg mkn
best betul k.ila promote pizza..air yang amana order tu pun best..oh tidak!hehe
tak cuba lg ni. ni yg terliur ni. hehe
wahhh..nk try jugak laa pizza ni..nampak sedap !! :)
umi teringin gak nak pizza ni tp lum dpt2 lagi hehehe..suke la bc entry ni hehehe...arief penat sgt ye sampai terlentok cam tu hehehe...
MZ; Ok..nanti pic ne kita try hantar contest hehe
KSWSK: tinggalkan 2 keping je utk org lain sebenarnye kiki
Anayana: amana mmg ngengada
Th: cuba jangan tak cuba
Liza: best meh cubala
Sweet Umi : budak manja mmg suka tdo kiki
Macam sedap~~ huhu oke lepas kerja terus pergi!! hehe
Post a Comment