ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, September 21, 2011

Raya tak habis-habis- Umah Ex Bos..

Tak habis-habis cerita raya!! Raya sebulan ye dik non.. Kali ne kami beraya di rumah ex- bos kami iaitu ex-Timbalan Ketua Pengarah . Lama jugakla Prof Rohazar di pinjamkan oleh UiTM kepada office kami ne. Rasanya tahun lepas barulah Prof kembali dengan sepenuhnya ke UiTM. Kiranya dalam IP field ne Prof adalah pioneer. Oh ada lagi satu Prof Lim Heng Ghee-leturer UiTM jugak. Memang inilah nama-nama glamor  yang akan naik kalau ada event kat office kami. Semuanya kat finger tips je.Terorkan diorang... Tabik spring lorrrr...

Lupalak nak amik gambar umah Prof dari luar. Adalah beberapa kali saya datang ke rumah Prof. Tapi macam biasa saya memang tak hafal jalan. Setiap kali pun jadi co-pilot je. Keta pejabat yang hantar untuk urusan keja. Tahun lepas Prof buat open house besar-besaran hari Sabtu, ajak En. Papa katanya "ok je. Awak tau jalan? Awak dah banyak kali pegikan? " Jawapan co-pilot "erkkkkkk... kat Gombak" kiki.. Memang kena bebellah  "Awak ingat Gombak tue kecik, landmark pun tak tau, lain kali bila pegi mana-mana hafal..bla bla bla.." Uwekkkkkkk..


Boleh kata tiap-tiap tahun Prof buat open house yang besar-besar cuma tahun ne jamuan raya ne Kak Aida yang organize bagi pihak Prof. Kak Aida pun ajakla yang terlintas di hati dan fikiran untuk memeriahkan suasana di uamh Prof. Prof masak memacam tapi malu nak snp-snap gambar. Saya je blogger tegar kat situ haha. Prof masak sambal udang, nasi tomato, daging hitam(sedap gilos!!) mcm2la lagi. Kenyang betul!! Eh.. saya ada snap satu gambar tak senonoh tau..

Dah makan separuh baru nak snap? Tak senonoh. daging hitam tue Prof masak tau.. Sedap.. Saya tak malu..Tambah 2 kali. Buat mcm umah sendiri.Makan depan tv sambil tengok bola. Bentang paper..
Pastu nak tambah pegi kat dapur. Amik atas meja. Tak cukup Prof kata amik kat periuk nasi..haha... Pastu makan banyak-banyak dah ngantuk..Muahaha

Yang prgnt baju putih tuela PA Prof dulu. Kak Aida..


Dimana ada Linda , di situ ada saya;  kata BFF!
Haha ganti tempat duduk dgn Kak Aida je tadi.
Lepas ne dia lak bjangkit preggy mcm Kak Aida.. Opsssssss


Inilah muka-muka terakhir kat umah Prof. Umah Prof best!! Tanahnya lapang. Sesuai untuk lepak-lepak kat luar untuk amik angin sambil makan cempedak goreng & mangga!! Prof ada pokok cempedak & mangga tau... Yummy!! Prof jangan lupa saya nak mangga yang sedap tue ye.. Cempedak kalau dah goreng post kat opis ye..Muahaha


Gambar last untuk kenangan. Entah boleh bersua untuk raya tahun depan ke tidak ye. Prof dah kurus dari dulu. Katanya advice doctor sebab lututnya sakit. Dunia ne terlalu kecil rupanya. Selepas kawin dengan En.Papa berjalan-jalan ke rumah keluarga aruah papa (ayah En.Papa) rupanya adik arwah (Busu)  rakan sekelas dengan Prof masa study law dulu.hehe. Kalau saya ke umah Busu mesti Busu akan tanya "Bos kamu apa kabar" kiki Semoga Prof sentiasa dilimpahi kebahagian & kegembiraan dalam apa yg Prof buat ye.. AMIN.....

p/s: Sebelum balik sempat lak Prof tapaukan nasik utk En.Papa. Prof tapaukan coklat untuk anak-anak. Tapi hampir separuh saya yang makan dalam keta masa nak balik umah. Itu pun puas tahan sebab coklat-coklatnya  sedappppppppp & variety tauuuuuuu.. Dapat upah lebih sebab tolong Prof basuh pinggan..kiki..

4 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya mkn2 and jumpa kwn2 :) ila nampak sgt happy in all pics :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ: haapyla sbb prof sekarang tak dapat jumpa selalu hehe.. dulu yela selalu jumpa..

Liza said...

Bagusnya x-bos Ila ni. Siap tapaukan lagi bawak balik...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

liza: hehe..kenyanggggggggg