ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, October 5, 2011

GENIUS BABY ON BOARD PLAYGROUP

Sebelum ini Amana saya masukkan ke playschool tapi sejak Amana bertukar ke jagaan pengasuh , Amana juga tidak ke playschool. Anak yang dah terbiasa dikelilingi ramai kawan dan pelbagai aktiviti pasti terasa boring ye tak? Baru-baru ini saya termasuk ke satu blog. Sebenarnya blog ini saya pernah masuk..Kagum dengan ibu yang mampu mengajar anak membaca di usia muda. Kalau blog DarwishDarwisya mampu mengaji diawal usia anaknya. Manakala blog Wati pula mampu mengajar anaknya membaca rumi.
  

Dulu saya tidak tergerak untuk hantar Amana lebih awal mungkin kerana berpendapat Amana masih kecil ketika itu dan juga ketika itu rasanya playgrop itu berada di tempat yang saya tidak mampu memandu sendiri. Dan baru-baru ini saya "ter"buka blog baru  geniusbabyonboard dan seronoknya rupanya ia di buka di Puchong & paling seronok di tempat saya join event Cloth Diapers!!
Terus saya call & masukkan Amana.


Saya masuk sesi trial dahulu. Trial boleh 2 kali sahaja dan selepas itu kena join. Satu class RM35 dalam sejam setengah. Dan kalau nak masukkan secara tetap RM140 sebulan & RM150 pendaftaran(sekali sahaja)


Amana ditampalkan tag nama. Seronok sungguh dia dapat stiker tue.. Tapi kali pertama masuk playgroup ne seolah-olah langkah kiri untuk Amana. Opss..saya bukan bagi bad impression ye. Sila baca sampai habis. Kami tiba 10 minit lebih awal. Dalam satu kelas dihadkan cuma 10 kanak-kanak sahaja so teacher Wati boleh kawal kanak-kanak ini.  Masa sesi pertama bermula "ok child, today we will learn about VEGETABLES. Do you like vegetables?" Aduhhhhhhhh.. Saya tepuk dahi. Amanakan tak makan sayur malah tengok pun macam alergik. Masih saya ternampak-nampak kerut dahi Amana & muka tak puas hati. Malah dia menoleh & pandang saya dengan muka bengang seolah-olah bertanya "KENAPA MAMA MASUKKAN AMANA KELAS SAYUR? AMANA TAK MAKAN SAYUR!!"  Haha... Saya pegang bahu Amana & pujuk Amana.. Amana pandang je cikgu & kawan-kawan yang nampak happy sungguh.


Saya ada jugak masukkan Amana beberapa aktiviti sebelum ini. Tetapi selalunya saya bawak Amana & tengok je dia dari jauh. Amana boleh berdikari & mix around dengan semua. Tak sangka pulak playgroup ini parent pun kena join sekali. Terukkan saya ne? Konsep playgroup pun tak tau. Teacher Wati tegur saya & cakap "Mama please sit with your baby? This your time bonding.." Muahaha..Padan muka.. Tengok sekejap je kan Amana mix around dengan Teacher Wati & kawan-kawan. Terus duduk tepi teacher nasib tak dok kat pangku. Cuba teka kenapa Amana duduk dekat cikgu dia? Dia tunggu time je nak bagitau cikgu dia.. Dan bila cikgu tanya "What vegetables do you like Amana" Dengan penuh confident dan ayat-ayat sedih "Teacher, Amana ne tak makan sayur..Amana ne makan bayam je.." Gulp... Teacher Wati pun ketawa jela.. Bagus anak mama.. tak takut orang..penuh rasa confident..muahaha..Malu mama ne..

 Makan vege tak mo tapi main masak-masak vege kemain lagi kamu ye Amana?

Eh mana mama kamu Amana? Parents this is time bonding not blogger time..kiki


Cloring session


 Sungguh-sungguh mewarna


  Main belon..Happy sangat Amana. Oh itu teacher Ed


 Bila saya suruh Amana buat ekspresi perasaan dia ke playgroup ini..
Ini ekspresi dia?? Suka sangat sampai macam ne ekspresi dia...


Sebenarnya ada beberapa sessi lagi, story telling, learn A,B,C, parachut game (Amana paling suka ne), cop perut tanda habis kelas, baca doa di akhir kelas. Kiranya sejam tue mmg tak rasa. Mulanya ingat sejam tapi saya tengok sejam lebih.. Amana dah dok berzikir kat telinga saya.. Bila nak g playgroup? Bila nak jumpa Teacher Wati? Bila? Bila? Bila? last-last saya usik - mama tak cukup duit..  jawapan yang buat saya senyum sumbing "Amanakan banyak duit raya.Mama gunalah. Mama belum masuk Tabung Haji lagikan? Alohaiiiiiiiiii anak ku Amana..

p/s: Gambar tak memuaskan hati . Saya belum menang DSLR macam kak Ayu.. kiki

2 comments:

Mama Zharfan said...

memang besh aktiviti for kids ni :)
kalau DSLR pic lg cun hehehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mz: meh bak mz punya kita try hehe