ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, October 22, 2011

Kepada yang berkenaan ..ngeh ngeh ngeh.. jangan marah nanti kena jual...


 Nanti b buatkan untuk papa mcm ne..haha


Hadis ini di jumpai dalam buku penulisan Adil Akhyar yang berjudul Haram Merokok!
Di suatu ketika rasulullah bersabda dan sabdanya didengari oleh Abu Hurairah, maksudnya
“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau ini dan mereka berkata, “Kami adalah umat Muhammad, padahal mereka bukan umatku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umatku, bahkan mereka adalah orang yang celaka.”
Hadis tersebut secara jelas menunjukkan bahawa orang yang merokok ni Nabi tak mengaku umat dan mereka adalah golongan yang celaka. Kenapa celaka? Salah satu sebabnya kita boleh lihat dari segi bagaimana rokok itu sendiri boleh mengundang berbagai-bagai jenis penyakit.
Kalau dah ditimpa penyakit.. tak cukup celaka ke namanya tu?
Perbualan Abu Hurairah diteruskan lagi dengan beliau bertanyakan kepada baginda s.a.w berkenaan asal-usul dan bagaimana tembakau itu dijadikan.

Jawab Nabi Muhammad s.a.w
Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, bersikap sombong dan termasuk orang-orang yang kafir.
Allah bertanya kepada Iblis, “Wahai iblis, apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkanmu?”
Kata iblis, ” Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia tercipta dari tanah.”
Allah berkata, “Keluarlah engkau dari syurga sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga hari akhir!”
Iblis keluar dalam ketakutan sehingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang di namakan pokok tembakau.
Sabda Nabi lagi, ” Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji.”
[UPDATE] AMARAN : MENURUT SALAH SEORANG PEMBACA, HADIS DIATAS ADALAH PALSU DAN TAK BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN UNTUK DAKWAH. KAJIAN LANJUT PERLU DILAKUKAN. Credit to sabreehussin

p/s: kiki jangan mare ye nanti kena jual..haha

6 comments:

e.l.i.z.@ said...

dulu eli suka laki smoker, konon nmpak macho ar :P
lama² pastu eli rs rimas gile ngan asap rokok..seb la hubi mmg bukan smoker..selamat hidup kami anak beranak :P

nurbeena said...

yg saya tau hukum merokok itu makruh dan jatuh menjadi haram bilamana mendatangkan kemudaratan n kemarahan org lain. Wallahu'aklam.

madammondoq said...

bagus.. mmg patut pun dikongsikan benda ni..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

eli: hikhik..camana la eli boleh pk gitu.. ila rasa lelaki tak merokok lagi macho sebab dia tak kawan dengan "jin"

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

nurbeena: ada dengar jugak.. ada jugak dengar sampai jatuh haram..Wallahu'aklam.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

madam: sharing is caring hehe