ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, October 27, 2011

Poligami? Mengapa tidak?

Jawapan daripada  aktivis dakwah, Ustadz Cahyadi :

Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci….’


Beliau penulis buku ini

Janganlah cakap saya anti poligami. Mana boleh mengharamkan yang halalkan? Cuma saya suka baca blog saifulislam. Terbacalah jawapan-jawapan dari seorang aktivitis dakwah Indonesia kenapa dia sendiri tidak berpoligami. Jawapannya pendek dan bersahaja. Dan jawapan kedua seperti di bawah:

karena kita bukan Nabi, istri kita pun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami” (halaman 238).

Antara kupasan isi buku ini :

Buku ini telah mencetuskan kontroversi di Indonesia, khususnya di kalangan aktivis PKS sendiri, memandangkan ia ditulis oleh salah seorang pemimpin utama yang disegani. Apatah lagi amalan berpoligami itu agak biasa berlaku di kalangan aktivis PKS.
Terima kasih kepada rakan di Yogyakarta yang mengirimkan buku ini kepada saya. Setelah selesai membaca pusingan satu, saya amat berpuas hati dengan isi kandungannya.Ternyata, Pak Cah tidak sama sekali menentang prinsip poligami. Keharusannya di dalam Islam adalah termaktub jelas dengan hikmah yang besar dan pelbagai. Lihat sahaja kematian ramai pria di Ambon, bagaimana nasib wanita dan anak-anak yang ditinggalkan? Islam merealisasikan ajarannya yang sangat fitrah dan cocok sebagai solusi ummah melalui poligami.
Tetapi bukan semua masalah secara mudah harus diselesaikan dengan memilih poligami. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Pak Cah di dalam buku ini. Pada saya buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI ini adalah buku yang ditulis secara fenomenologi, iaitu buku yang membicarakan tentang pengalaman praktis dan bukannya idea-idea teori di dalam kitab Fiqh.
Ustadz Cahyadi menilai sirah, betapa Nabi SAW pada kebanyakan jangka usianya baginda itu tidak berpoligami. Cinta pertama baginda SAW bersama Khadijah kekal hingga ke akhir hayat tanpa menambah isteri. Poligami berlaku di fasa kemudian dalam jangkamasa hanya kira-kira sedekad sahaja dari usia Baginda SAW.
Buku ini mengupas dengan terpeinci fungsi, manfaat dan logik mengapa poligami itu mesti dipertahankan sebagai solusi yang ada di dalam Islam. Akan tetapi buku ini juga mendedahkan dengan sopan tetapi berani, bahawa jarang sekali seorang lelaki menikahi isteri kedua, ketiga atau keempatnya atas fungsi, manfaat dan logik yang ada.


Nak baca lanjut di sini

15 comments:

Mama Zharfan said...

me boleh accept poligami kalau reason isteri tak dpt bagi zuriat or isteri sakit and tak boleh layan seks suami...lain2 reason mcm sukar diterima..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ada lagi satu reason duit suami dah berlebih sudah sampai masanya menambah isteri..hehe

waalllaa! said...

me boleh accept poligami bukan atas dasar untuk memenuhi nafsu suami semata2 tapi lebih kepada ingin menjaga kebajikan, membimbing seseorg wanita itu daripada kesesatan dsb..tapi bukan semata2 untuk nafsu semata2..

azrinna said...

bab duit terlebih tu saya sokong.

LYAfrina said...

huhu.. hati sy ni x rela utk bpoligami...

AyuArjuna BiGoshh said...

hmmmm...susahnya bila kita berkata pasal berkongsi kasih.hmmmm....

transformed housewife said...

selalunya bab beristeri je nak ikut nabi tapi hal2 lain yg lg penting tak ikut pun. Itu yg ramai perempuan takut dengar poligami.

Dinas Aldi said...

Boleh ka benar2 berlaku adil? Kalau boleh tu alhamdulillah tapi ramai yg tak boleh dari yg boleh, itu yg timbul masalah.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

walla: sama pendapat kita

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

azrina: kiki..eh napa saya tak leh jenguk blog awak ye??

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

LyAfrina: kena bukakan hati haha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ayu: mm..mmg sukar..tak mo pk kekadang terpk gak hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dinas: ramai yg tak boleh blaku adil..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

TH: haaaaaaaaaaa..itu betul!!

KiD said...

ada hikmahnya.. di akhir zaman ini, perempuan lebih ramai dari lelaki..