ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, January 31, 2011

MARIAH CAREY PURFUME FROM EH! MAGZINE

Tiba-tiba ada surat sampai kat umah. Tgok sampul dari BluInc. Dalam hati macam pernah je dengar nama. Rupa-rupanya masih ada rezeki saya. Saya ada ambil gambar surat tue tapi tak upload pulak. Surat tak upload takpe janji dapat upload hadiah kan??

 
Ini hadiahnya.Purfume Lolipop Bling (Mariah Carey) worth RM150(30ml). Kiranya ini hadiah paling mahal pernah saya dapat setakat ini. Tak sangka pulak boleh dapat. Lepas ne lagi ligatlah saya membeli magzine!! Thanks AyuArjuna you inspire me a lot!!Hehe
Ini botolnya.Baunya sedap & lembut. Tapi kena pakai lama baru soft sikit baunya.

Interframe anak dara yang keletihan. Anak2 sekarang memang advancekan? Pandai bergaya.Sebenarnya baju pink tue dah pendek. Jadi Amana carik sendiri seluar tight dan padankan. Teringat dulu-dulu mak penah cakap pada seorang pakcik saya " Yang sorang ne (sayalah) bergaya no 1.Melawa pun no 1 .Belajar pun kenalah no 1" Hehe.Mungkin saya patut cakap macam tue dengan Amanakan??

Saturday, January 29, 2011

HEARTBEAT-SARINA, SUHADA,ERMYZA,LINDA. LIZA, SHAFIZA,JUE, IM, ANI, PAU & SEMUA FOLLOWER MEH JOIN BAWAH SAYA

Haha.. Terkejut tak ada nama lagi kat tajuk entry . Saya tujukan khas untuk Sarina, Suhada, Ibu MuqryNurryn, Linda, Shafiza, Liza, Kinna, Cik PAu,Jue,Mama Faiq, Mama Tomei dan semua follower saya yang belum join.Join ye bawah saya. Alamak ala-ala MLM pulak..

1. MULA-MULA CLICK BANNER DI BAWAH


2. CLICK IKLAN HERT BEAT INI PULA

 3. BUKA ACCOUNT ANDA

4. DAH DAPAT ACCOUNT

5. ISIKAN DATA-DATA ANDA



6. CLICK SINI UTK DAPAT CODE UNTUK  TAMPAL DI BLOG ANDA


 7. CLICK SINI UNTUK PILIHAN CODE SAMA ADA NAK BANNER ATAU LAIN-LAIN

 8. COPY PASTE CODE INI DAN TAMPAL DI BLOG YE



Okey itu sahaja. Selepas itu tempek kat banner ala-ala tempek banner Nuffnang. Tapi lebih mudah.nanti saya buat entry untuk tempek banner HeartBeat kat dalam blog.  Saya tau ramai yang pakar tapi masalahnya yang tak pakar tue adik saya!!! Siap bagi pasword bagai suruh tepekkkan tapi id/ pasword pun salah.. Camana tue??haha

Friday, January 28, 2011

Terasa glamor bila saya jadi follower ke 100 di blog Bermula Ceritaku. Siap ada entry lagi .

Saya baca kat chatbox ada seseorang tinggalkan msg.katanya ada entry untuk saya.Selalunya dua adik saya di alam maya yang ada buat entry untuk saya iaitu yukyuk dan sachi . Rasanya ne orang lain. Bila saya bukak je  di blog ini saya lihat wajah anak-anak comel  di dalam entry ini

Saya dapat gambar dari Bermula Ceritaku. Tak perasan pulak saya jadi follower ke 100.Moga persahabatan kita berkekalan ye. Boleh kita kongsi citer anak-anak kitakan??

Senarai peserta VOTE&GET GAP FREE PYJAMAS.

Ok ne list nama kawan-kawan yang vote. TQ ye sudi vote. Sorry sangat-sangat GA ini ditutup awal.  Inform kalau ada nama sapa-sapa yang tertinggal. Nanti saya announce pula  hadiahnya ye.

1.Nafisa
2.Nadiah
3.Shida Syakirin
4.Cute Mum
5.Shima Emi
6.Farasakura
7.Syhima Emi
8.~emi
9.Mama Zharfan
10.Linda
11.Zai Kulim
12.Jue Isteri Ibu
13.Kejora
14.Bionic Women

GIVEAWAY VOTE&GET GAP PYJAMAS DITUTUP

Aduhai kawan-kawan berat nak cakap tapi setelah tolak campur kali bahagi giveaway ini ditutup. Tak logik tau nak menang atau masuk Top10!! You all bayangkan yang nombor 10 pun dah 900++. Saya ne baru terkedek-kedek 100 undi

Tapi dun worry pada yang dah vote tue lucky draw tetap ada tau!! Saya sedang listing nama-nama yang dah vote tue.

Thursday, January 27, 2011

2 JAM BARU SAMPAI OFFICE??!!! MENYIRAPPPPPPP...

Hari ini saya cuba keluar lebih awal sebab semalam pun cukup-cukup masa sahaja.Tetapi hari ini betul-betul buat otak saya jem dengan keadaan jem yang kronik. Bayangkan keluar rumah sebelum jam 7 pagi tapi sampai office jam 9.00 pagi!! tak ke menyirap? Dahla saya ada janji dengan pegawai dari semi gomen yang lain. Kesiannya kalau dia menunggu saya.. Nasibla saya janji jam 10.00 pagi.

Rumah saya di Puchong.Ikut MEX Highway.Jalan clear dan ok sahaja. Masuk je kat penghujung MEX Higway ada dua cabang ke Jalan Tun Razak atau ke Bangsar. Wahhhhhhhh start situ je dah jem bangat!! Lalu kat KL Sentral sampai kat u-turn  Jalan Abdulah Hukum mak aiiiiiiiiii lagi dahsyat jemnya. Itupun En.Papa tak jadi ikut yang u-turn tue kalau tidak alamatnya saya sampai office jam 10.00am!! Beberapa officemate yang dari arah Kajang, Cheras, Puchong senang cerita dari arah Seremban dan hendak ke laluan yang melibatkan Dataran Merdeka pun datang lambat.Sahabat saya yang di pejabat lain pun sampai 9.00am.hehe

Nak tau kenapa semua ne jadi?? Beberapa jalan berhampiran Dataran Merdeka ditutup disebabkan sambutan Hari Wilayah. Saya harap hari Isnin(31/1/11)  ramailah yang ambil cuti sebab kalau amik cuti 31 dan 2/2/11(Selasa) akan dapat cuti stright seminggu sempena Tahun Baru Cina dan Sambutan Hari Wilayah. Jadi jalan akan clear supaya metting yang saya aturkan pada jam 8.15 pagi tidak akan tertunda kerana secretarynya sendiri terperangkap dalam jem. 

Sambil-sambil melayan Sinar FM yang happening dengan 3 trio tue saya tengok gambar Arief yang makin tembam.Tembamkan kan??  


p/s: Tadikan macam biasa Salih Yackob nyanyi lagi Melayu tukar jadi English.Lagu Fransisca Peter yang ada lirik "mengapa antara kita mesti ada dia" si Mat Saleh aka Abang Jem boleh tukar lirik tue jadi " why between me and you must have that MONGKEY!!" Adoiii Abg Jem saya memang minat bangat sama Abg Jem. Kalau uolls dengar gerenti ketawa juga. En.Papa pun gelak. Kurang stress sebab jem kat diluar kereta dihiburkan Abg Jem aka Mat Salih aka Mak Banang aka SALIH YACOB!! Of course Kak Engku & Krell!! I likeeeeeeeee Sinar FM!!! Muahhh.. Saya suka dengar segmen pagi je.Haha

Wednesday, January 26, 2011

SINAR FM- PERATURAN YANG TAK MASUK AKAL

 Gambar ehsan dari Sinar FM

Segmen pagi yang dihoskan oleh Krel, Kak Engku dan Salih Yackob aka Abg Jem memang amat-amat menghiburkan. Itulah santapan halwa telinga saya setiap hari dan En.Papa setiap kali berdepan dengan kesesakan lalulintas pada pagi hari. Memang best. THUMBS UP!!

Semalam punya topik (Selasa, 25/1/11) topik pada waktu pagi adalah "PERATURAN YANG TIDAK MASUK AKAL". Pelbagai pendengar yang call. Ada sorang tue memang saya pun nak tergelak dengar. Di pintu masuk di sebuah klinik  kesihatan (saya lupa tempatnya) terpampang signbord "JANGAN KETUK SEBELUM MASUK" . Bukan ke selalunya "SILA KETUK SEBELUM MASUK" Tapi mungkin ramai sangat pesakit sampai kan bila semua asik mengetuk pintu menggangu doktor atau jururawat kot? Kelakarkan??

Tapi dalam banyak-banyak panggilan ada satu panggilan yang mengecewakan saya sebagai seorang perempuan Melayu Islam. Begini ayat-ayat si pendengar " ada satu pasar raya di Kajang letak peraturan di kedai " SILA BERPAKAIAN SOPAN SEBELUM MASUK" lebih kuranglah ayatnya. Si pemanggil tak setuju katanya ayatnya  lebih kurang begini " kalau orang nak membeli tak jadi masuk bila baca signboard itu. tak sesuailah letak signboard itu kat pasar raya"Macam biasa 3 trio pasti mengusik "Awak pakai seksi ke?" Jawab si pemanggil "tak lah saya pakai tudung bla bla"

Saya & En Papa sepakat berkata "bukan peraturan tue yang tak masuk akal, ko tue yang tak masuk akal..haiyaaaaa" Terus-terang saya bukan seorang yang bertudung labuh atau berjubah  tapi saya respect di zaman serba moden ini  kalau ada yang betul-betul menutup aurat. (Insya-Allah saya cuba jadi lebih baik step by step) Tapi saya tak pernah memperkecilkan dakwah orang-orang ke arah itu. Ini kan negara Islam? Apa masalahnya kalau si pemilik kedai nak berdakwah di kawasan miliknya. Dia mungkin tak mampu berdakwah di seluruh Malaysia tapi itulah jihadnya yang termampu olehnya. Lagipun bukannya dia tulis " sila pakai baju labuh sampai kuku kaki atau sila tutup dari hujung kuku kaki ke hujung kaki kutu rambut" cuma memohon berpakaian sopan..Masalah ke??

Saya ne pun tak selera nak ke kedai yang di dalamnya ada perempuan/lelaki berpakaian menjolok mata sampai terkeluar yang di dada dan yang di punggung.Malu tegok. Tak payah nak tayang-tayang sebab saya pun adalah!! wink..wink.. Kalau Amana nampak dia akan cakap "apalah pakai seksi.tak malu." Anak kecil pun tau tau..

p/s: Tolonglah jangan call dan tunjuk kecetekan minda dan kedangkalan pemikiran dan memalukan orang Islam lain yang mendengar bila sebagai seorang Islam memprotes tindakan yang menuju ke arah kesopanan/ keIslaman. Kita ne negara Islamkan?? Kawan-kawan setuju tak dengan opinion saya ne??

DAPAT SATU BEG PIEGON DARI MAMI&BABY


Ingat tak entry berkenaan gambar Arief terpilih dalam ruangan Kandid Kamera Mami&Baby? Kalau tak ingat boleh tengok sini . Saya dah ambil hadiahnye.. TQ ye. Sukalah dapat barang dari masuk contest/ga.

Ini hadiah dalam papaer bag tue. Saya dapat lagi khabar gembira bila dapat tahu saya menang hadiah dari satu majalah. Nanti kalau saya dah ambil hadiahnya saya tepek kat sini ye. Kalaulah En.Papa tak teman saya ambil; memang saya sedih sebab ini kiranya hadiah yang paling mahal pernah saya dapat. Jangan sampai terlepas tarikhnya ya En.Papa.

Tuesday, January 25, 2011

Comel tak Arief tido? Kalau comel please LIKE!!!


Comel tak Arief tido?
 Kalau kawan-kawan rasa comel boleh tak tolong LIKE
Tima kasih banyak-banyak atas kesudian kawan-kawan support anak bujang saya ne..Kalau kawan-kawan perlukan undian di hari lain just comment di msg box saya pula.Insya-Allah saya belum lagi pernah menghampakan kawan-kawan yang minta saya vote mereka setakat ini

Tetapi semua makcik-makcik Arief diwajibkan LIKE!!

Monday, January 24, 2011

iPhone4- Demamnya masih belum kebah!!!

Apa cerita hujung minggu anda?? Saya? Untuk hujung minggu kali ini saya memenuhi tuntutan sebagai seorang kakak aka swipe my credit card!! Adik bongsu kesayangan saya memohon menggunakan credit card(CC) saya untuk membeli iPhone4!!! Kenapa saya setuju? Saya tahu dia mampu bayar dengan gajinya cuma dia belum mempunyai CC. Kalau tidak kirim salam ye saya nak mengalakkan dia berbelanja di luar kemampuannya. Tapi ok akak paham adik selalu outstation jadi nak releze tension dengan internet via handphone. Macam-macam gajet zaman sekarang nekan?? 

Ketika ini di Maxis KLCC

Saya bawa Amana. Tak boleh bawa Arief bak kata Amana "mama sakit belakang tak boleh dukung adik. Mama pun tak boleh bawak dua-duakan? Nanti mama tak boleh jagakan?nanti sakitkan?" Aduhai anak betapa memahami. Dan saya dah bagitau kalau Arief pandai jalan saya akan gilir-gilir bawa mereka keluar dan Amana setuju. Setuju sekarang tapi kalau saya bawa Arief tengokla camana tantrumnya nanti.

Amana dah buat muka bosan sambil tutup telinga.Ketika ini gambar di Maxis Pavilion pula. Nak tau tak demam iPhone4 ne tak kebah-kebah lagi rupanya. Bayangkan dari KLCC ke Ampang ke lagi satu tempat dan akhirnya di Pavilion. Semua tempat out of stock!! Bayangkan di KLCC sedari 8.30am orang dah beratur untuk dapatkan gajet ini. Kami sampai 11am.Melepaslah!! Tapi rezeki adik saya jadi pelanggan terakhir yang dapat membeli iPhone4 di Maxis Pavillion untuk stok semalam. Pelikkan kenapa ada limitation? Pada saya marketing startegyla ne...

Amana menyanyi Bila Cinta-Lagenda Budak Setan ketika saya dengan jayanya menyelesaikan bayaran untuk adik saya. Nampak sangat muka bosan sampaikan dia boleh berenang kat lantai kat Maxis tue. Adoi anak..anak...
 Cuba lagi sampai lebam ye nak.
Nasibla semua tue model je

Sempat juga saya bergambar apabila selesai urusan. Bayangkan dari 11am keluar rumah dan kembali ke rumah pada jam 6.00pm. Itu tak de singgah makan mana-mana tau. Takde berjimba-jimba kat tempat lain selain hanya  untuk iPhone4!!

Gambar gelap.Kat parking Pavilion. Sabar jelah nasib bongsu cuma seorang. Oh harga iPhone4 ne RM2080 untuk yang 32Byte ye..ke gig ke gigabyte apa-apalah..pening saya. Pulak tue tambahan tiap-tiap bulan untuk bil telefon+internet pulak RM155.Untuk 5 bulan pertama ada diskaun & dapat deduction dalam RM30 kot.Kiranya untuk sebulan je belanja telefon hampir RM300++. Bawak-bawaklah mengucap ye suhaila.. Handphone Sony Ericsson saya yang ketika dibeli hampir mencecah RM1K ne pun rasanya dah cukup mahal..Tapi saya tak kisah sebab adik saya gunakan duit sendiri kalau dia menggendeng kat mak memang nak kena. Lagipun adik saya stress dengan kerjanya biarlah dia reward diri dia setelah kerja teruk-teruk. Itu konsep saya kalau nak rasa happy bekerja make sure you're reward yourself. Tak payah nak harap orang reward you buat sakit ati je nanti haha.

Amana keletihan.Terus tidur bila masuk dalam kereta.Siap pesan "mama kejut ye bila sampai rumah". Balik je melalak sebab Arief si debab tiada kerana berjimba-jimba dengan papanya.

p/s: Dengan Citybank Credit Card dapat 0% installment tau. Kiranya bayar bulan-bulan tanpa charge sampingan. Eh Citybank ne tak mo bayar saya ke buat promotion untuk diaorang?Hehe

Friday, January 21, 2011

DALIA AMANA & AMIRUL ARIEF DALAM WEBSITE PA& MA

Hehe.Kawan-kawan janganlah salah faham pula ye.. bukan Amana menang PA&MA. Baru-baru ne saya ada masukkan gambar Amana di dalam website PA &MA untuk Undian Gaya Adik. Rasanya penah juga saya masukkan gambar Amana&Arief sebelum ne tapi bak kata melepas batuk di tangga cuma masukkan je dan selepas tue saya tak buat apa-apa pun.Jenguk pun tidak cuma sekadar memeriahkan je.


Tapi untuk kali ne rajin pulak saya melawat selepas join dan bila saya belek-belek ada pulak 9 undian. Satu tue sayalah.Baru je tadi saya klik jugak. Yang peliknya siapa yang lagi 8 tue ye? Agaknya apalah yang mendorong mereka undi Amana ye. Terima kasihlah banyak-banyak sebab "terundi' Amana.Hehe kalau kawan-kawan rajin, undi jugakla ye DALIA AMANA pada PAGE 4.Kalau tiada kena scrollah ye..


TAPI YANG PALING SAYA TAK SANGKA!!!

ADA 109  ORANG MENGUNDI ARIEF!! 
(1 undian tue lagi saya)

Wah tak sangka si kecil saya berjaya memikat 109 pengundi. Terima kasih banyak-banyak. Walau tanpa saya war-warkan atau buat ga/contest ada jugak yang undi. Tapi saingan memang hebat ada yang berpuluh-puluh ribu undian. hebatkan anak-anak ini? Tapi sekarang saya nakle meraih undi hehe silalah undi AMIRUL ARIEF yang berada di page 13. Kalau tak ada di situ kena scrollah ye..

p/s: Saya tahu takkan menang tapi saja gatal mintak jugak kawan-kawan tolong undi hehe.. Yang Flaunt Contest tue pun mustahil dapat kejar Top10 yang undian yang diperlukan untuk masuk dalam 300++ inikan pulak nak kejar PA&MA yang undian dah cecah puluh-puluh ribu..MIMPI DI SIANG HARI!!! Sekadar catatan kecil untuk anak-anak saya yang berjaya jugak kumpul undian tanpa promosi.hehe

PTPTN (HELAH DALAM SISTEM UJRAH)

Dengan jujurnya entry ini saya copy& paste dari Songeh Cik Anita . Oh saya dah dapat kebenaran dari empunya blog. Saya buat entry ini salah satunya kerana ramai kengkawan saya yang ambil PTPTN dan jugak supaya ia tersimpan di dalam blog saya untuk saya minta En.Papa review untuk saya betul atau tidak.Kalau dalam blog orang lain jenuh saya nak cari semula di mana saya membacanya. Kalau kira-kira ne saya malas sikit bagila En.Papa yang kira..hehe Eh tapi keja saya selalu kena mengira . Boleh pulak.. Biasalah bila ada yang boleh diharap take for the grantedlah..hihi. Ok En.Papa sila kirakan nanti ye..

Boleh teruskan membaca entry hasil copy&paste ne ye

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.
ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟
WaLlahu a`lam.




Ok camana kawan-kawan?? Saya dah mula bayar PTPTN semenjak saya mula bekerja pada 2003 dan sekarang telah 8 tahun saya membayar dengan jayanya!!Dan telah bayar lebih kurang RM19200++!!! Agak-agak dengan skim ne saya untung ke tidak??

EN.PAPA KIRA SEKARANG JUGAK!!!!

Thursday, January 20, 2011

Ada apa dengan Thaipusam?

Seperti yang semua tahun dengan sambutan Thaipusam, KL & Selangor menjadikan hari ini cuti umum. Horeyyyyyyyyy!! Bagaimana kaum India gembira dapat cuti semasa Hari Raya, kaum Cina gembira ketika Deepavali segembira itulah saya kerana pada hari ini saya berjaya memenuhi keinginan saya yang tertangguh sekian lama!!!

Saya ke sini.SALON!!! Di area rumah saya rasanya tiada salon.Kalau ada saya kena ke arah IOI Mall yang saya jangka sesak.Saya lagi prefer ke arah Equin Park di Seri Kembangan. Kedai ini berada bersebelahan dengan Jaya Jusko Equin Park. Di kawasan ini ada  4 atau 5 salon. 

Salon pertama yang saya masuk saya reject.Nak tau kenapa? Bila saya tanya berapa charge yang dikenakan mereka mula bercakap Mandrin sesama mereka dalam jangka masa yang saya rasa lama. Untuk bincangkan price pun lama? Sampai beberapa dailog. Saya lagi benci bila saya tak paham. Belum lagi cara yang tak mengalu-alukan pelanggan sedangkan kaum Cina amat terkenal mengutamakan pelanggan mereka. (Okies Amana nanti mama hantar kelas Mandrin tak pun belajar je dengan YangTok kalaula YangTok ingat lagi hehe)Saya bukan racist okies. Kalau tidak saya tak kawin dengan En.Papa. Tapi cara mereka buat saya sebagai pelanggan rasa menyampah. Dahla salon pun cuma ada 2 kerusi dalam erti kata lain baru nak cari pelanggan tapi cara da spoil.Oh price dalam 250++ termasuk special treatment.Kalau rebonding sahaja 130++.

Saya ke salon ke dua pula. Alahai penuh pulak.Dan saya ke salon ke tiga ini. SNIQS Salon. Saya hampir sahaja keluar bila tengok macam penuh. Tapi cepat2 seorang pekerjanya terpa dan tanya saya nak buat apa?Terus  saya tanya price dan dia terus beritahu RM118 dan tambahan untuk treatment biasa 30++ dan kalau special treatment RM88. Saya terus setuju nak buat rebonding dengan treatment biasa. Saya suka tengok dulu kerja diorang.

Itu bukan saya ye.Itu orang sebelah.hehe. Selepas saya tengok kerja mereka saya puas hati dan tukar ke special treatment lagipun betul bagai dikata rambut saya kering sangat. Sepatutnya price jadi RM206 .Saya bargin RM200 boleh?Nyampah pulak ada RM6 tue.Hehe.. Ok katanya.

Prosesnya ialah  mula-mula rambut saya dikeringkan sebab rambut saya basah dan pastinya diorang tahu saya dah syampoo rambut.Letak satu krim. Biarkan dan stim. Selepas itu cuci.Keringkan dan mula iron. Selepas itu letak lagi satu krim yang saya rasa ini special treatmentnya. Stim dan cuci lagi. Mereka juga potong rambut saya yang didapati seperti kena gigit tikus. Tempoh masa lebih kurang 3 jam lebih.

 Comel sungguh hiasan merah di atas tue. 
Terasa kemeriahan Tahun Baru Cina yang makin hampir.


 Ini sstaylist saya Eddy namanya. Sportingkan? Saya minta izin nak amik gambar sebab nak masuk blog.Hehe. Saya suka dengan salon ini. Kiranya 3 orang mengerjakan rambut saya tadi. Eddy, seorang ladies dan yang terakhir si jejaka penggunting rambut. Mereka nampak bersungguh2 melaksanakan kerja mereka bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Saya terpengaruh dengan si Eddy.Hehe.
Apa isi dalam beg ne??

Ini isinya. Sampoo. Conditionor. Dan yang bekas bulat tue treatmentnya. Semua RM58.Yang menjadikan kos saya berbelanja hari ini RM256. Berbaloi? Yeeee berbaloi. Lebih berbaloi dari salon pertama yang kosnya RM250++ tanpa barang-barang ini.

Anak-ank siapa jaga? Sudah pasti En.Papa. En.Papa tak marah ke saya habiskan duit macam ne? Tak!!Sebab En.Papa tahu saya dah buat segala tanggungjawab saya.Ada bahagian untuk keluarga dan pastinya ada bahagian untuk diri sendiri sebagai reward saya bekerja. En. Papa kegemarannya make up kereta dan motor dan ini cara saya. Tak membazir ke? Kan saya pakai tudung.? Takla..Saya nak cantik2 untuk En.Papa dan anak-anak.Amana siap puji "Cantikla rambut mama". 

Saya pun tak paham kenapa rambut saya jadi ketak2. Saya tengok gambar saya kecil2 rambut saya selurus rambut Arief. Mak kata mak selalu ikat rambut saya dengan macam2 fesyen. Tocang, ekor kuda dan macam2 lagi.. Kawan-kawan tau kan rambut Amana camana? Saya dah cakap nanti bila Amana besar buatla  rebonding . Dan jawapannya "Tak payahla mama.Kan rambut Amana lawa macam Hafis (AF)"

p/s: Kepada rakan-rakan yang menyambut Thaipusam terima kasih kerana tanpa perayaan kamu saya takkan berkesempatan untuk ke salon kerana hujung minggu saya memang penuh dengan program keluarga. Takkan nak keluar masa keja untuk ke salon? Ada berani?? Ohhh saya belum berani...haha...

Wednesday, January 19, 2011

3M = Mama + Mana + Mamak

Saya sedang rasa penat yang amat sangat. Kat opis manyak keja hari ne lor. Dah macam operator asal letak tepon berbunyik.Letak lagi bunyik.Letak bunyik.Eh tepon ne macam ada mulut pulak.Belum lagi mcm2 org jumpa.Aci tak nak nyorok bawah partition sambil cakap "saya takde" haha. Tapi bila busy tahap gaban  best sebab sedar2 dah nak balik..

Sekarang juga rasa bohsan.Bukak FB bukak blog, bukak online shop.Apa nak buat ye. TV citer tak best.Anak2 yang berlari2 di keliling tak dipedulikan.Oh Amana je berlari . Arief yang merangkak dan sesekali merayap sedang bergurau senda dan bersukan di sekeliling saya.Apalah yang  bebudak ne happy sangat ne...

Tetiba teringin nak makan mee mamak.Sebenarnya gambar ne dah lama set as draft.Tah nape tak publish... Oklah tgokla gambar.Sat lagi baik landing tido..Buhsan sungguh rasa..Mungkin perut lapar..hehe..PAAAAAAAAAAAA!!!!! BUATKAN MEGI GORENG!!! NAK MANYAK2!!!


Ok jom mama kita pergi shoping!! Papa tinggal umah

Adoi gatal pulak mata amana

Cicah rotiboy dengan air teh tarik mama ye

Terjuih2 mulut anak dara sorang ne

Masa ne Girls day out!! Girl?? hehe okla mak dara dengan anak dara. Papa dok umah jaga Arief. Saya & Amana kuar dari jam 5ptg hingga 8.30 malam. Saya nak balik tapi Amana boleh buat dialog

"ALA MAMA JOMLA KITA PEGI MAMAK!!!"

Tuesday, January 18, 2011

SIAPA NAK FREE SAMPLE??

SEMUA MESTI SUKA FREE SAMPLEKAN??SAYA PUN SUKA TAU.SETAKAT NE SAYA BARU DAPAT SATU.OLEH ITU SAYA PUN NAK AJAK KAWAN2 DAPAT BARANG2 FREE NE SENANG SAHAJA STEPNYA

TGOK 4 STEP KAT BAWAH NE? SENANG KAN?


1. REGISTER
(boleh tak register under saya dalam kata lain saya jadi referal kawan2?)


2. PILIH ITEM YANG BERKENAN DI HATI
(satu hari boleh pilih 3 item je tau)



3. TUNGGU ITEM TUE SAMPAI
4.GUNAKAN DENGAN JAYANYA


DAN SELEPAS ITU BOLEHLA JOIN GA NE PULAK HEHE


UNTUK DAPATKAN HADIAH-HADIAH MENARIK INI


Monday, January 17, 2011

SENARAI PESERTA KIDS & KINDERGARDEN-KATEGORI B










RM125++.MURAH DONG!!

Sebelum ini saya ada buat entry tentang kami makan di sini.  Baru2 ini selepas melawat adindaku di hospital kami pergi makan2. Telah lama terniat nak belanja family saya makan beramai2. Susah betul nak berkumpul sedangkan semuanya duduk berhampiran. Jadinya bila semua dah berkumpul saya terus ajak semua makan disponsor oleh saya. Yang tiada cuma abg ipar saya (Abg Zul) , adik saya yang di hospital,adik ipar saya Yusry dan adik bongsu.

Ok meh kita tengok apa yang kami makan pada hari itu!! Ada jangan risau nanti ko dah sihat angah belanja ko and yus k. Sementara tue ko tahan je air liur ko tue..hehe

Penuh meja besar tue tau. Org dah sibuk makan saya sibuk amik gambar.Mak geleng kepala je.Dia tau saya ne dah jadi hantu blog.

Ikan siakap 3 rasa. Ini mak saya yang request. Oh saya ada order ikan siakap pedas jugak. Siakap pedas En.Papa yang suka

Tom yam 4 orang makan. Saya mintak 6 orang sebab kami ada 6 org masa tue. Adik tue gelak. "banyaknye kak. 4 orang pun cukup" Baikkan adik ne.ne yang saya suka datang kat sini.Jujur sungguh kamu.Memang pun bagai dikata ..banyak walau katanya utk 4 org makan

 Kangkung bercili utk 3 org makan

Kailan ikan masin utk 3 org makan.Akak saya siap kata "eh..pemurah sungguh.Nampak ketul2 ikan masin.banyak pulak tue"

Haa..Part ne lawak. Adik lelaki  saya order cendawan goreng.Tapi dia tak mention cendawan goreng tepung.Dah org ne buat cendawan goreng ala2 sayur. Adik kat kedai tue nak tukar tapi adik lelaki saya yang baik hati ne kata."tak pe..takpe.. cendawan goreng kan macam2 jenis." saya & kakak dah gelak2 sakan

Model warga emas. Ayah biasalah makan ala kadar tapi mak saya yang masa mula2 dok kata "ala mak dietla takmakan malam takut kencing manis" Tengok2 mak yang diam tak bersuara.Rupanya 2 pinggan!! Habis makan terus cakap " esok mak kena cek kencing manis mak". Haha

 Along tersenyum di depan pinggan2 yang kosong.Oh macam raksaksa baru habis makan kan?

Arief siap buat projek "yakyak" kat sini. sabar jelah kami2 tengah syok2 makan dia buat hal pulak..

Kami order ikan siakap pedas, ikan siakap 3 rasa, cendawan goreng, kailan goreg, kangkung goreng, tom yam dan 8 jenis air yang berbeza dan harganya cuma RM125++. Murahkan?? Kat mana ne? Perantau Kajang tepi highway.

Memang port saya & En.Papa makan.Kalau malas masak & nak makan ikan siakap sini jelah tempat kami. Dari saya anak dara sampai anak 2 org, dari ala2 supermodel sampai jadi model kain batik, dari naik Jaguh sampai naik MyV sini jelah tempat kegemaran saya & En.Papa. Agak2 kalau tuan punya kedai tau saya promote kedai dia, dia bagi diskaun tak??

p/s: Oh semlam saya masak lauk special utk adik saya yang baru lepas operate. Ala2 lauk org berpantang pulak. Saya masak hati lembu kicap lada hitam. Harap2 adik saya sembuh segera utk temankan saya shoping-shopingan.haha