ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, March 31, 2011

COLORING CONTEST @ MINES SHOOPING

Tak pernah bawa Amana masuk mana-mana contest tapi pada 26/3/11 saja bawa supaya dia tahu apa erti contest. Malam sebelumnya dah cakap "Betul ke Amana nak masuk? Amana tak pandai warna lagi.Nanti kalah camana?" (mak yang langsung tak supportivekan?). Takla..Saya tahu anak saya jadi saya nak dia bersedia untuk tidak menang. En.Papa menyampuk "ala mula2 memangla kalah, lama2 mesti menang.." Apalagi Amana kan anak papa"aahla kan papa.Apala mama ne" Kalau dua beranak ne dah saling menyokong malas nak campur..

Amana yang selamba je. Tapi yela tak penah masuk coloring contest. MasIng-masing bawak  meja nak mewarna. Budak2 chayanunalif lagila dengan pensil color yang berpuluh-puluh batang. Amana? Color pensil 12 batang yang tumpul!! haha.. Papa pun sibukla tajamkan kat tepi tong sampah. Yang peliknya ada pulak sharperner terselit kat stroller..Dua beradikla punya keja ne....

 Amana memang berani + selamba .Mama bangga dengan Amana


Sibuk amik gambar Arief; tak sedar gambar sendiri diamik..
 Hai En.Papa!!


Mulala tantrum dia. Amana tak penah ngamok sampai buat perangai landing2 macam ne. Anak lelaki pulak macam ne.Manja dah terlebih ne.. Tapi lawak...Masa Arief buat perangai tantrum;  saya & En.Papa sibuk amik gambar Arief.Apala org kata agaknya haha


Pakai kasut kalau nak jalan!!


Khusyuk je mewarna.Lama gak 1jam++ masa diberi. Tak sampai berapa lama Amana dah siap. Tertoleh-toleh mencari saya&En.Papa. Cepat-cepat saya masuk kawasan coloring dan  tanya."Aikkkkkkkk..takkan dah sudah "Jawapan  si petah ini buat saya tepuk dahi " Dahla mama.Amana penat" Adoiiiiiii!! Nak tau apa keputusannya?? Agak2 kawan-kawan camana?


Amacam? Ada berani ke hakim tue nak bagi menang? Haha.. Tapi yela budak 3 tahun nak lawan dgn budak 10 tahun; mestila kalah.(Ayat2 cover sedih bila tgok anak frust) Tapi logik  ke budak yg baru nak belajar pegang pensil  aka budak playschool lawan dgn budak darjah 4?  Tolong ye lain kali buat kategori untuk budak2 bawah 5 tahun baru fair and square..And I bet my daughter can be a  winner..ececeh..perasan punya mak..

Mama belanja Amana kat popyes sempena kekalahan pertama Amana.Ahakss... Tak sedap pun.. Tak kena dengan tekak saya. KFC jauh lagi best. My personal opinion je.. tak payah nak sue in court.. I have my own opinion okey?Tapi tak leh makan KFC, Amana tak bagi katanya "KFC/McD bunuh baby = ISRAEL" Itu Amana yang cakap okey..not me.. Tapi siapa yang ajar dia ek?? Mama dia nelaaaaaa..haha. Kekadang mama dia ne dah teringin sangat; pujuk dia bagai nak rak.Kadang2 Amana approve kadang2 dia tolak dengan keras "MAMA NE TAK FAHAM KE NANTI BUNUH BABY!!"


Sempat snap gambar ikan keli kat mines.Ya rabbi besar-besar ikan keli ne. Nak makan pun takut kalau dah besar macam ne.Mulut besar2. Takutttttttttt


Jangan sedih ye nak. Hidup ini bukan berkisar hanya pada kemenangan. Amana kena belajar jatuh dahulu baru Amana belajar berdiri. Amana belajar gagal baru Amana boleh berjaya. Amana kena belajar erti kesedihan dahulu baru Amana tahu nikmat kegembiraan. Macam mana pun Amana tetap anak yang mama sayang dan banggakan.


 
OH TAPI SAYA NAK ANAK SAYA SELALU GEMBIRA
DAN DIJAUHKAN DARI SEGALA KESEDIHAN
DOA SEORANG MAMA

Wednesday, March 30, 2011

The Great Cloth Diapers Change 2011


Memandangkan saya kini adalah pengguna cloth diapers yang tegar saya amat berharap dapat join aktiviti ini dan butir-butir seperti berikut:

Tarikh:  pada 23/4/2011(Sabtu) 
Waktu:  10mlm -1.00pagi (phewittttttt!!aktiviti malam di luar rumah I likeeeee)
Tema: Pyjamas Party(waduh..waduh..saya akan pastikan Arief bayi tercomel di situ haha..eh jangan lupa bawak segala bantal, patung, segala macam benda yang gebu-gebu).
Syarat penyertaan: Bayi mesti di bawah 39inci (horeyyyyyyyy Arief 34inci dong!! Lulus dengan jayanya)


Lagi satu yang buat saya teruja sebab ia hampir sangatttttttttt dengan rumah saya tau. Kat Puchong. Saya pun dah minta izin En.Papa dan dia benarkan walau event ne malam sehingga embun menitik di pagi hari.ahaksssssssss....Yahooooooooo..Inilah masanya Arief berjimba-jimba dengan mama. Arief mesti suka tempat ne nanti.Lawaaaaaaaaa..Kalaulah rumah kita macam ne..

Pink color!! En.Papa mesti tak benarkan saya buat rumah kami ala-ala pink color.Tengok keta color pink pun dia awal-awal dah cakap "saya takkan naik keta color tue.Malu!" Eh B sukala papa.Kalau rumah kita macam ne mesti B duduk je dalam rumah.Ceria selalu. Kalau rumah pun ala-ala suram je muka B ne pun suram sokmo tau..

Ini pandangan luar. Sebenarnyakan saya pernah mencari Bling Luster pada pagi Sabtu dan Ahad dengan Amana tapi tak jumpa(saya &Amana memang selalu kuar pagi untuk ke pasar / kedai-kedai.Masa ne En.Papa& Arief berdengkur lagi). Masa tue kawasan ne baru sangat. Saya pergi tanya satu kedai yang jual barang-barang baby kat kedai-kedai bawah tue tapi dia pun tak tau.hehe..Rupanya yang ada salon keta ne. Salon keta ne memang saya nampak tapi yela mata rabun tak tengok pulak kat tingkat 2 dan banner atas salon keta ne.(salon keta=pusat kecantikan keta)


Pandangan dari hadapan

Oh event ne memang mula jam 10.00malam tapi 10pagi-4.00pagi ada Sales Booth, Fund Raising Baby Photoshoot & GCDC Event T-shirt sales Event. Limited door gifts for early birds!

Untuk maklumat lanjut tengok sini . Saya harap sanagt tiada aral dan saya dapat sertainya.

p/s: Kalau tengok sini katanya nak 25 baby lagi.Cepat!!! Sebelum terlambat ye..

Tuesday, March 29, 2011

Dah lama tak citer tentang cloth diapers..Ikhlas dari pengguna tegar tau

Baru-baru ini baru saya sedar dah hmpir setahun saya menggunakan cloth diapers(CD). Usia Arief pun dah hampir mencecah 1 tahun 6 bulan. Di sini saya coretkan cerita kali pertama mula menghantar CD ke nursery. Msa ne Arief berumur 6 bulan. Setakat ini saya gunakan jenis  cola baby, QQ Baby, Sunny Baby, Lunatots (dapat hadiah dari PA&MA) . Oh ye setelah hampir setahun menjadi pengguna tegar CD saya sudah favorite CD. Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Saya suka Cola Baby!! Kenapa? 


Bukaan untuk kemasukan insert yang luas memudahkan saya semasa saya menyediakan CD untuk ke nursey atau untuk kegunaan di rumah. Dulu saya fikir bukaaan ini membuatkan ia nampak tidak kemas tetapi setelah setahun menggunakannya lain pula persepsi saya. Bak kata orang "tak kenal maka tak cinta" .Bukan bermakna yang lain tak bagus tapi saya suka sesuatu yang memudahkan kerja saya yang dihambat dengan masa ne.


Ini pula jenis AIO.Insertnya telah dijahit sekali. Saya kurang pandai menggunakannya. Walau kerjanya senang sebab tak perlu nak keluar masuk CD masa mencuci nanti tetapi bila Arief pakai kerap bocor.Maybe setting tak betul atau maybe juga cuttingnya tak sesuai untuk Arief. Pulak tue tak bertahan lama sangat kalau nak dibandingkan dengan CD jenis poket(maksudnya insert yang perlu dikeluarkan untuk dicuci) Saya kan pemalas tak rajin nak ganti-ganti CD selalu. Sebab saya suka menganaggap CD umpama disposal diaper jadi saya tak sukalah asik nak menukar CD je. Sebab itula saya suka jenis poket dari AIO. Jenis CD poket boleh tahan macam disposal diapers tau!!


Dulu saya guna wet bag jenis bertali ne tapi bila pakai yang bertali ne bau busuk "wangi" hasil perkumuhan Arief amat ketara tau .Mungkin masih ada ruang udara masa tali tue diikat. Kesian pulak kat cikgu nursery&kawan-kawan Ariefkan?

Sekarang saya guna wet bag yang jenis zip  QQ Baby. Confirm takde bau!!


Sekarang saya dah tak gunakan laundry bag. Sebabnya setiap kali cuci CD saya tak campurkan langsung dengan baju-baju lain. Lebih kurang 10CD + 20 insert saya akan cuci sekali dengan kadar basuhan air "large". Senangkan?


Kadangkala saya akn jemur CD di bawah terik matahari bila hari Sabtu& Ahad. Kalau hari biasa kat yard pun cukup. Saja nak bagi CD saya hirup udara segar.ahaksss..

 Saya selamba jemur kat beranda rumah saya sebab rumah saya adalah rumah hujung sekali!! hehe


.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
Sekian penerangan CD secara ikhalas dari mama kesayangan AmanaArief!!

Monday, March 28, 2011

Memujuk Amana masuk class mengaji Iqra'

Sebelum Amana dimasukkan ke class playscholl saya minta kebenaran empunya diri dahulu. Entah kenapa saya selalu merasakan tidak perlu memaksa anak-anak dalam akademi kerana merasakan Amana masih kecil. Tetapi di dalam ilmu agama saya rasa saya perlu sedikit keras pada Amana jika dibandingkan dengan akademik. Tetapi tidakla sekeras mana kerana saya masih menganggap Amana masih kecil.Ini antara perbualan saya dan Amana.

Mama: Amana nak masuk tadika ke? err..playscholl?
Amana: (Dengan pantas mengangguk) Nak!! Kawan Amana semua dah masuk playscholl
Mama: Nak masuk tak class baca Quran, Iqra' ?
Amana: (Dengan pantas mengeleng) Tak nak...
Mama: Yela.. takpela..

Jadinya telah 3 bulan Amana masuk playscholl. Terdengar2 butir perbualan Bahasa Inggeris "Good Morning Teacher, one, tow, tree.....fifteen bla bla bla". Kalau pasal menyanyi dah naik hafal saya & En.Papa mendengar dia menyanyi "sayang mama, sayang papa, sayang smuanya.." " labah2 panjat dinding..." macam2 lagu la.. Tapi baru-baru ini saya mendengar dia membaca doa ibubapa dan  kalau tak silap saya dengar dia baca selawat.. Aduhai... Cuba tengok video ne..



video


Dan saya memujuk Amana lagi

Mama: Amana nak masuk kelas mengaji tak?
Amana: Tak nak..
Mama: Amana tak nak pandai mengaji macam mama ke? Macam nenek?Macam maktok (mil saya)Lepas sembahyang boleh ngaji pulak.Kan best?
Amana: Nak..nak..
Mama: Bulan depan mama bagi tau cikgu Yan ye? Minta dia ajar Amana Iqra'?Nak?
Amana: Okla mama..

p/s: Dapat tak kawan-kawan open video ne??

Friday, March 25, 2011

Splash Park @ The Mines Shooping, Seri Kembangan

Rasanya masih ramai yang tidak tahu berkenaan tempat ini. Yang tau tengok je ye.Yang tak tau boleh terus baca.Hehe. Tak sangka tau kat Mines Shooping Fair ne dah ada taman tema air. Walau tidakla seluas mana tapi ia cukup menjadi tarikan The Mines Shooping. Boleh dikatakan Mines Shooping ne bukan tempat yang asing untuk saya adik-beradik sebab dekat sangat dengan umah mak di Serdang. Tapi memang tak pernah tahu kewujudan Splash Park ini. Masa mula-mula sampai jenuhla pujuk Amana tak bagi main.Itupun dah terlepas sampai basah-basah si Amana.Tak pasal-pasal dalam shooping mall dia sorang je basah.Hehe.Jadi kali ke 2 saya dah prepare baju spare & tuala untuk dua beradik ne.Layan gambar ye...

Ia terbahagi kepada 3 kawasan permainan:

 Taman Permainan

Taman Tema Air
(boleh main tembak-tembak kat sini.nampak tak Amana&Arief?)


Kolam


Ini bukan kawan permainan ye, ini tempat lepak parents / mengawasi anak-anak
(nampak tak En.Papa yang sibuk dengan hp je)

Ok ini antara aksi kandid dua beradik ini
 Budak-budak ne masuk pertandingan menari ke?

 Wah happynye Arief main air!!

Kakak tembak adik!!

 Walau kat rumah sendiri ada kolam; anak2 tetap nak main kolam kat sini

Dahla Arief..jom balik..Dah kecut2 jari tue..

 Lor anak saya ke ne??

Tiga nyawa inilah penguat semangat saya


Jomla ramai-ramai datang sini
Paling penting free entrance!!

Thursday, March 24, 2011

Dalam dunia ne ada 7 org yang seiras.. Arief dah jumpa salah satunya...

Saya ada tinggal komen dalam blog Mama Iqy tentang muka Iqy yang pada pandangan mata saya amat seiras dengan Arief.Ini mata saya la ye.. Sebab itu saya kerap jenguk blog Mama Iqy sebab nak tengok perkembangan Iqy.. Tak sangka pulak Mama Iqy ada buat entry tentang itu.Mama Iqy compare gambar-gambar Iqy dan Arief. Boleh tengok kat sini.

Tapi untuk pengetahuan semua ada satu contest Iqy dapat no 1 dan Arief dapat no2 iaitu Good Night & Sweet Dream Contest.   Masa tue pada saya lagi sebijik walau gaya berbeza dan sudut pun berlainan. Gambar ada kat bawah ne...cuba tengok.. Ada iras tak? Apa pandangan kawan-kawan.


Wednesday, March 23, 2011

Siapa nak jadi Steward or Stewardess?

Dulu masa bujang-bujang ada jugak cita-cita nak jadi stewardess. Masa tue perasan cantikla..Kebaya tak lepas dari badan haha (uwekkkkkkk nak muntah) . sekarang? Kebaya cuma dipakai oleh almari. Saya nak pakai? Tak payahla buat malu anak-anak je... Aligment dah lari. Spare tyre pun dah ada.. Sedihnya mengata diri sendiri ..hehe

Tapi entah kenapa ye saya tak pernah pulak pergi sebarang interviewnya?? Kawan saya masa study dulu jadi stewardess sekarang.. Kawin pun dengan pilot okeyyyy!!!  Apa pun saya happy dengan kerjaya sekarang..Apa lagi dik joinla sesiapa yang rasa cun itewww.. Oh saya dapat dari blog hazmanfadzil.

World’s Best Cabin Staff
If you love travelling and dream of experiencing the world, join us as a Flight Steward or Stewardess. We offer an attractive salary package with allowances, medical and other fringe benefits.

Requirements

  • Malaysian citizen aged between 18 to 30 years as of interview date.
  • Minimum SPM or any equivalent qualification recognised by the Malaysian Government with credit in English, pass in Bahasa Malaysia, Mathematics and any other 3 subjects taken in one exam.
  • Fluent in Bahasa Malaysia and English. Fluency in another language is an added advantage.
  • Minimum height (weight in proportion): 165cm (male) / 157cm (female).
  • Excellent health and good eyesight. Not colour blind.
  • Pleasant personality and a genuine passion in customer service.
If you meet the above requirements, please attend our cabin crew walk-in interviews to be held as follows:

StationVenueDateCategory
Kuala LumpurMALAYSIA AIRLINES ACADEMY
No. 2 Jalan SS7/13,Kelana Jaya, Selangor
26 March 2011 (Saturday)Flight Steward
and
Stewardess
JohorTHE PUTERI PACIFIC
Jalan Abdullah IbrahimP.O.Box 29380730 Johor Bahru
09 April 2011 (Saturday)
Kota KinabaluTHE PACIFIC SUTERASUTERA HARBOUR RESORT
1 Sutera Harbour Boulevard
Sutera Harbour
88100 Kota Kinabalu, Sabah
23 April 2011 (Saturday)
SarawakPULLMAN KUCHING
No. 1A, Jalan Mathies
93100 Kuching, Sarawak
07 May 2011 (Saturday)
PenangCITITEL
No. 66 Jalan Penang
10000 Penang
21 May 2011 (Saturday)


Registration time: 8.30 am to 12.00 noon

Please bring along your letter of application, resume, original and certified true copies of academic certificates, IC and a recent passport-sized photograph (non-returnable). Candidates are advised to dress appropriately (office attire) for the interview (t-shirt, slippers and jeans are not allowed). Female candidates are encouraged to wear kebaya.
Successful candidates will be required to sign a training bond. Employment will be based on a five-year contract. Candidates are advised to be prepared for a possibly long waiting period due to an anticipated high number of attendees

Tuesday, March 22, 2011

Cara Wardina Saffiyah Mendidik Anak Solat

Mampukah saya?? Saya akan cuba!!Kalau mak saya boleh mendidik kami adik-beradik bersolat takkan saya tak boleh. Terngiang-ngiang mak memekik kerana kami tak bangun solat Subuh. Walau dah lewat mak paksa juga kami solat.Kadang-kadang dengan jeritan kadang-kadang dengan pujukan.I bless have a mother like her.. Love you mak.. Ok bacalah ye catatan Wardina ini..

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm.

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat.
(hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....
ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....




Ini siapa?
Anak saya Dalia Amana
Semoga Amana pun akan jadi macam Amna anak Wardina tue ye (nama pun dah hampir sama)
Selalu mama doakan agar Amana & Arief menjadi anak yang mendirikan solat

p/s: Ramai yang telah buat entry tentang cara Wardina ini tapi saya letakkan di blog saya supaya ia dibaca oleh orang-orang yang saya sayangi... dan juga yang sudi membaca dan menjengah blog ini.. sharing is caringkan?

Monday, March 21, 2011

3 in 1 (Tournoment Bowling,MAPEX 2011, Motherhood Expo 2011, )

Ini aktiviti kami 3 in 1 last Saturday dated 19/3/11


TOURNMENT BOWLING

Kelab di pejabat saya& En.Papa anjurkan tournment bowling dan macam biasa saya memang tak join aktiviti sukan-sukan ne. Tak dilahirkan sebagai ahli sukan..Alasan..hehe..Tapi sebab En.Papa join jadi berbondong-bondongla kami ke sini.Kalau tak sebab aktiviti bowling ne jangan harap En.Papa nak bawa kami anak-beranak ke sini tau..Tak suka sibuk katanya.

 Aik Amana nak jadi bola bowling ke?

 Our big bos / Ketua Pengarah
Jangan makan hati ye tgok gambar selepas ini..hehe

Alahai Arief landing baikkkkkk punya
Maybe dia ingat atok dia..
Arief..ini memangla D'atok' tapi bukan Atok Arief

Ini pun bos saya jugak
Saya kan banyak bos
Habis kotor baju bos saya ne dengan air liur Arief

Haa..ini Katy.. Amana asik tengok jari Auntie Katy yang ada cat-cat
Balik je "Mama, inai Amana dah habis , nanti kita cat balik ye"
Ko ne Kty menambah keja aku je la..haishhh

MAPEX 2011
Sejak zaman courting En.Papa selalu naik angin sebab saya memang pandai menghilangkan diri. Sekejap je saya dah takde kat tepi ..Tetiba je ada balik.Ala-ala choc fudge. Kejap ada , kejap takde. Dan di sini saya praktikkan dengan anak-anak. Boring termanggu-manggu kat tempat bowling saya decide bawak anak-anak ke kawasan pameran.

 Muncung je Amana ke kawasan jualan hartanah.Mahalnyeeeeeee rumah!!
 Belum mampu nak beli.
Aisey bila mama nak beli umah 2 tingkat neeeeeeeee

MOTHERHOOD EXPO 2011
Sama je macam sebelum ini.Deretan kedai yang sempit menyukarkan nak shopping.Lagi-lagi bawak stroller.Sudahnya saya lepak je kat area stage.Tengok budak-budak masuk pertandingan merangkak.

Baby Crawling Contest

Arief dok diam-diam ye dalam stroller


Siapa sangka saya terjumpa Ayu Rafikah? Masa ternampak dia saya dah terdetik. Eh macam Ayu.Sebab ragu-ragu saya tanya " Siapa nama u?". Sepantas kilat Ayu jawab "Ayu". Wahhhh  seronok!! Saya belum rabun lagi rupanya. Sempat borak2 sambil mata meliar tengok Arief&Amana yang macam terlepas kandang. Sibuk borak anak hilang.Matila saya kena marah. Nak borak pun tak selesa sangat dengan bisingnya, dengan kalutnya tengok anak lagi. Ayu masauk pertandingan baby crawling tue. Amani putih sangat. Yana yang manis rupanya baru darjah dua tapi tinggi (hehe boleh jadi modellah). Yang lagi satu boboy pun putih macam Amani....Nanti Arief besar sikit boleh geng ye..  Ingat nak tunggu Ayu tapi si Amana&Arief dah buat perangai..Adehhhhhhh..Cepat-cepat lari carik En.Papa sebab saya dah tak boleh handle lagi..

Tak lama lagi mesti roboh stroller ne.
Arief 10kg. Amana 15kg..
Sabar ye stroller..

Gambar akhir
Aksi En.Papa dan Amana


Balik je saya kemas apa-apa yang patut dan tidur dari jam 5.00ptg-4.00 pagi. Berapa jam tue??11jam!!
Bangun je pening kepala sebab terlebih tidur tapi sakit belakang sbb handle anak-anak sorang2.Itula bahananya. Bangun jam 4 pagi tue terdengar anak-anak tengah bergelak-ketawa dengan En.Papa. Sah-sahla diorang pun tido lama. Nampak je saya En.Papa cakap "Eh awak hidup lagi? Baru saya nak bacakan awak Yassin.." Eeeeee.. Sabar jelah ye...

Wednesday, March 16, 2011

Gembiranya apabila saya memakainya semula..

Saya pernah buat entry tentangnya di sini. Rupanya ketika entry itu ditulis adalah pada Oktober 2010. Sekarang telah Mac 2011. Telah 5 bulan. Saya hampir-hampir give-up dan dah tak nak tunggu dan dah ricky di kedai yang lain pula. Tapi entah kenapa saya cuma menunggu dan menunggu.Mungkin kerana saya ada spare part yang lain..Hehe..Jnagan fikir lain..Saya cakap pasal JAM laaaaaaaa!!


Minggu lepas staff The Swatch Group call dan bagi tau spare part bangle jam ne dah sampai. 5 bulan tue... Lamakan?? Tapi okla sebab alasannya kena dapatkan dari Switzerland. Tak kisahla asal saya boleh pakai semula. Dan saya happy juga bila dapat tahu permukaan jam ini kalau dah calar; saya boleh tukar dan kosnya RM100 sahaja. Okla masih resonable. Jam RM800++ nak ganti spare part dalam RM100++ masih boleh consider lagi.

Kalau jam dibeli sendiri, saya tak kisah sangat tapi ia antara barang-barang hantaran perkahwinan saya. Dan saya rasa tak lengkap bila tak memakainya umpama cincin perkahwinan. Sekarang telah cukup semuanya di tangan saya gelang nikah, cincin risik, cincin tunang dan jam hantaran. Semuanya amat bermakna untuk saya.

Melihat jam ini dipergelangan tangan amat mengembirakan hati saya.Sungguh lama saya saya menyimpannya kerana sayang dan sentimental value. Walau tak tahu bila ia akan elok dan bila saya boleh memakainya kembali. Umpama sebuah rumahtangga;  walau suami/isteri itu punya kelemahan atau kekurangan tetapi kerana sayang kita masih bersamanya dan menunggu ia berubah..Betulkan?? 

Tuesday, March 15, 2011

Bila En.Papa sediakan makanan berbuka

Masa dalam keta on d way balik ke rumah semalam  En.Papa kata "saya nak buat burger". Bila saya tanya "Abis tak yah masak?" Jawabnya "suka hati". Hati berbunga-bunga hilang rasa lapar puasa seharaian.horeyyyyyyy... Tapi serius tak romantik langsungkan??. Tapi sejak dah 5 tahun kawin ne memang En.Papa dah tak seromantik dulu macam masa2 courting. Yelaaaaaa masa tue takutla terlepas kat tangan orang lain. Tapi romantik hanya dengan kata-kata je ke??

Seperti emel yang pernah saya baca bila sifat romantik suami telah tiada dalam kata-kata alihkan rasa itu dengan melihat perbuatannya pula.Masih ada"romantik" di situ.Hepppppp..... jangan nak pikir lain maksud saya "perbuatan" adalah tanggungjawab pada keluarga.. Alhamdulilah masih  ada dan diharap akan diperbaiki dari masa ke semasa. Saya? Iyela kena perbaiki jugak.Bukan sempurna punnnnnnnnn..

Kalau nak tau masa saya mengandungkan Amana saya jarang makan nasi. Kalau makan nasi je saya muntah..muntah dan muntah. Serius nampak nasi rasa nak nangis sebab tau akan muntah lagi. Tapi perut dah lapar... Jadi En.Papa akan selalu masakan burger dan baked bean cicah roti gardenia.


Jangan nak layan rasa dijiwa mari lihat persembahan En.Papa untuk saya dan anak-anak
Tiba-tiba rasa nak makan burger lagi hehe

Khas untuk anak-anak

Lama sangat nak tunggu burger siap saya dan Amana copet dulu daging burger.Serius sedap.Perut pun lapar.Ngap-ngap... 2 keping saya & Amana makan.Itupun saya bagi Amana sikit je..hehe

p/s: Pa ..rupanya lum hilang skill papa buat burger..sedap.TQ.Luv u