ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, May 30, 2011

Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia

 Bermula 25-29 Mei 2011 bermulalah Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia. Sebab jaga booth baru datang sini. Amikla beberapa keping gambar..

Bill Keith

 Ini paling best..Kucing..Mahal yg kecik ne RM800
Nak tersedak mendengarnye
Kalau umah saya jenis landed, nak jugak saya bela kucing

 Mari belajar buat kek
Ownernya @ staff ada datang tanya untuk pendaftaran cap dagangan
Apa saya buat? Terang cara pendaftaran dan beri no contac...... EN. PAPA!! haha

 Ini kek tau bukan baju

 Pandaila korang buat kek

Ne proses buat bunga yang atas kek..apa namanya pun tak tau

Apa saya beli? Biskut je.. Tapi yang best bila jaga booth macam ne saya berjumpa dengan wakil agensi lain dan kami bertukar-tukar pandangan kerja masing2.. adala selit2 hal lain.. tak kan citer hal pejabat je.. Di sini jugak menambah kenalan.. Siap tukar-tukar no tepon. And the best part saya jumpa geng-geng lama masa saya selalu join PRO. Masing2 dah beranak-pinak haha.. Diorang kata saya gemok tak agaknya?? hishhhhhhhh...

Hadiah Datang Lagi. TQ Momma Mia

 Cikgu taska Amana pun teruja tengok bungkusan hadiah ne
Siap pesan "esok bawak tau cikgu nak tengok apa hadiahnye"hihi

Hai saya Elmo! Sekarang Amana tukar " Hai nama saya Arief" 
Sebab ini cartoon boy katanya


 Hai auntie Momma Mia. Arief dah dapat hadiah ne..


Cak? Nak tau mama Arief menang di mana?
Meh jenguk senarai Miakididdles Giveaway - Result


p/s: Kemenangan ke 11 untuk 2011

Ini baru anak lelaki!!

Semalam En. Papa takde jadinya saya dengan anak-anak je di rumah. Saya sibuk dengan urusan rumahtangga yang never ending story dan anak-anak bermain sesama sendiri. Sekejap2 ketawa, sekejap2 datang mengadu, sekejap2 dengan bunyi menangis, sekejap2 bunyi bergaduh.. Suka hatila mama banyak benda nak buat. Kain baju, pinggan mangkuk nak basuh, masak lagi. Pulak tue kita sorang-sorang.Kalau En.papa ada ok lagi. Boleh tengok anak-anak.


Amacam? Comelkan bibir tue? Nasib tak patah gigi

Amana& Arief masih bergelak-gelak dan berlari di rumah kecil kami. Tiba-tiba je dengar suara Arief nyaring. Saya masih  di dapur.Lagipun dah selalu sangat dia melalak. Saya basuh tangan di dapur dan ke arah Arief. Arief tertinggung di depan pintu dan darah menitik-nitik di lantai. Cemas sekejap. Bila angkat penuh darah kat mulut. Apa hal pulak ne?? Dahla semalam masa ke rumah sepupu saya untuk hantar kad kawin adik ipar dia dah langgar pintu sampai bengkak & benjol kat kening . Langgar pintu.. Ini apa lagi?

Amana membela diri. "Adik jatuh sendiri mama". Saya tahu diorang main lari-lari bersama. Lap-lapkan mulut Arief. Selepas Arief puas mengadu,merengek & melalak ada hati nak sambung main. Saya tinggikan suara terus tidur.

Dah senget mulut. Itu pun ada hati nak jelir2 lidah kat saya..
Dahi yang bengkak pada hari Sabtu di rumah sepupu saya tue tak sempat amik gambar..

Wednesday, May 25, 2011

Sinar FM Bersama Dato Fazilah Kamsah: Isu- Menantu Tak Pandai Masak

Ekekeke.. Gelak dulu ye.. Saya memang suka dengar Sinar FM lebih-lebih lagi kalau ada tetamu jemputan. Sebelum ini saya review isu peraturan yang tak masuk akal dan isu suami berat tulang bersama Ustazah Nor Bahayah. Kali ne isu seperti tajuk di atas.. SMS yang dihantar pada Sinar FM berbunyi lebih kurang seperti ini:

MENANTU ZAMAN SEKARANG HANYA TAHU BERSOLEK SAHAJA,
 MASAK TAK TAHU ..BUAT RUGI BAYAR HANTARAN MAHAL-MAHAL...

Memandangkan saya ini menantu, isteri dan ada anak lelaki saya nak komen la sikit. Maka kita pecahkan isu diatas kepada point yang penting

TAHU BERSOLEK SAHAJA
untuk makluman para MIL itulah yang dipuja-puja oleh anak anda dahulu. Itulah yang dibanggakan pada kawan-kawan bila punya bakal isteri  yang cantik. Dan masa mula-mula anak anda bawa menantu anda pasti anda lihat penampilannya dulukan? Kalau comot kalah kucing tepi jalan anda pun tak selera nak buat menantu betul tak? Kalau menantu anda seorang yang bekerja lagila perlu bersolek di pejabat paling tidak secalit gincu. Bersolekkan? Kalau muka penuh jerawat dah dikata tak tau jaga kebersihan diri.. Hello nak dapat muka licin ingat tak perlu usaha ..lagi-lagi dah masuk three series ne tak boleh tinggalkan rutin mencuci. menyegar dan melambap tau?

MASAK TAK TAU
dalam hati..nasib aku reti masak.. ekeke. Saya buat assumtion yang MIL & menantu ne tinggal serumah. Kalau tidak mana dia tau menantunya keja bersolek & tak masak. Itulah risiko kalau tinggal serumah dengan MIL. Semua baik buruk anda di depan mata MIL. Ada MIL jenis tak kisah alhamdulilah. Dapat  MIL yg jenis mengawal serba-serbi inilah jadinya.

Wahai MIL kadang2 bukan menantu tue tak mo masak tapi pertama kali masak MIL dah komen "anak dia tak makan lauk ini" "lauk macam ne mmg tak masak  kat umah ne" Akhirnya menantu give up dan menantu itu membiarkan MIL tue mengikut acuan dia.

Munkin anak lelaki awak tak kisah pun isteri dia tak masak asal cantik selalu. Kawan baik saya sedari kecik memang ayah dia yang masak untuk satu family. Tak de pun haru-biru and kecoh-kecoh bahagia sampai sekarang.

Oh ye untuk mak mertua/bakal suami: silala perhati kalau isteri anda itu keluarganya dahulunya ada pembantu, anda sebenarnya perlu sediakan maid aka org gaji ye utk isteri. Dato' Fadzilah pun dah cakap itu adalah Undang2 Islam dan saya penah baca juga. (En. papa lucky masa awak kenal saya mak saya dah tak pakai maid! Eh tapi mak ada maid hujung minggu jadi sila pertimbangkan. Saya yang mmg sakit tulang ne rasa nak patah pulak tulang ne..hehe)

Anda telah berpeluang menjadi seorang isteri pada suami anda dan biarkan menantu anda pula menjadi isteri pada anak anda. Jangan masuk campur sangat kerana ini akhirnya mengeruhkan rumahtangga anak menantu. sebelum anda mengomen anak orang lain dengan isu remeh ini; sila lihat anak lelaki anda ..sempurnakah dia sebagi ketua keluarga? jadi imam ke dia pada anak dan isteri. cukup ke perbelanjaan rumah tangga atau isteri pun membantu. Kalau suami boleh terima biar jela diorang hidup dengan cara diorang.. Haii..mcm tak pernah kawin pulak .. Macamlah memasak itu punca kebahagian. Bak kata En.papa "Dalam rumahtangga ini bukan masak itu penentu kebahagiaan tetapi tolak-ansur suami isteri yang penting.dapat mcm akak ko yang 9 bulan mengandung tak masak..tahan??" ehhhhhhhh..Apasal saya yang jadi contoh?? nak kena ne..ekekeke.Thanks ye papa..papa tak pernah buat list yg perlu B penuhi utk  jadi isteri papa...I lap u papa..

Dan saya rasa semua isteri sayangkan suami. Semua nak buat suami gembira. Belajarla masak dik non.. youtube ada.. buku resepi ada.. jangan buat alasan2 yg tak sesuai dengan zaman blog, fb, twiter,twities ne...Saya sendiri pun perati&belajar cara MIL saya masak ayam masak merah kegemaran En.Papa. Mula-mula memang fail lama2 jadilah jugak walau tak boleh lawan MIL lagi.. Mak saya dulu mmg tak reti masak mula2 kawin sbb ank ppuan bongsu.Kejanya cuma pegi kedai beli barang masak. Tapi see?? Mak saya masak paling sedap dalam dunia utk kami 5 beradik.

Secara alami dan ilmiah seorang perempuan akan berusaha menggembirakan lelaki yg disayangi dan dicintai.. Bertuahla anda suami anda masih menerima anda untuk jadi isteri. Kalau anda direject sebelum menjadi isterinya dengan alasan tak reti/ tak mau masak camana? Boleh terima? Jadi bersyukurlah kerana suami anda benar-benar cintakan anda dan memberikan anda peluang untuk anda hidup dengannya walau "kelebihan" anda yang tak reti masak itu diketahui olehnya.. Si suami benar-benar cintakan anda tau!!

HANTARAN TINGGI
MIL yg cakap mcm nie sila istigfar banyak2! Tinggi ke kalau setakat 7K, 8k even 10K pun sekarang dah biasa..lainla menantu letak ala-ala anak Dato' sedang dia bukan anak Dato'! Kalau hantaran itu mengikut keadaan semasa .itu tak mahal ok.. Menantu itu anda pinang semata-mata untuk jadi tukang masak ke? Kalau begitu pergi carik kat kedai makan.. Niat tue biar betul. Perempuan itu dipinang untuk menjadi teman hidup anak anda melayari hidup sebagai peneman hidup.

Dan untuk pengetahuan MIL bila kawin dgn anak anda;  tahun pertama je wife tue dah bayar balik semua duit hantaran tue tau!! Zaman sekarang isteri mmg / bersedia membantu suami mencukupkan apa yg tak cukup dalam rumahtangga. Itu kenyataaan.. Kalau sebelum kawin anak anda rumah takde, keta pun takde tapi bila kawin semua ada..Janganla mendabik dada kata itu semua duit anak lelaki anda.. Semuanya dikongsi.. (saya cakap begini sebab ada kawan saya yang makan hati bila MIL  kata semuanya  duit ank lelaki dia sedangkan terang lagi bersuluh kawan saya gaji beribu2 lemon dari si husbd) MIL pun pernah jadi seorang isteri silala letak kedudukan menantu itu dalam diri anda. Tak boleh disangkal ekonomi sekarang  jadi janganla nak diungkit-ungkit isu hantaran.Lainla kalau anda yg sediakan? Sapa suruh anda sediakan? Suruhla anak lelaki anda yg sediakan..itu tanggungjawab dia. Bak kata mak saya"kalau duit hantaran pun tak mampu sediakan macmana nak sediakan kelengkapan rumahtangga yg lain?" ye cakap mak saya memang betul!

ISU MEMASAK NE PENTING SANGAT KE?
sila buat aksi mcm ne je  
"tangan letak di bahu, lidah terjelir dan mata pandang atas"
 Boleh buat tak aksi ne?


Kata akhir Fadzlilah Kamsah "bila anda kawin anda perlu bersedia menerima segala pakej kekurangan & kelebihan isteri anda" dan menantu sila amik hati mak mertua anda..BELAJARLA MASAK!!

Monday, May 23, 2011

Tak de apa nak cite..busy so update hadiah jela..

Budget ada org nak usha alamat.So tutup alamat itu hehe 


Haa..Amacam saya tampal kat opis. Seri sikit tempat saya .Kalau tidak partition saya color merah je pastu ada tampal2 nota segala akta, bayaran, jadual etc etc..  Kalau bawak balik umah bahaya nanti budak2 berebut bawak g school..

Hadiah dari Mutiara Nolan
Meh..meh jenguk blog ini ye..
Sebenarnya saya tertinggal satu syarat tapi kak no tak disqualified pun kemenangan saya
Tq Kak No



p/s: Kemenangan ke 10 untuk 2011

Saturday, May 21, 2011

Baru pakai baju tdo sopan pun dapat hadiah, kalau pakai lingerie seksi dapat apa ye?hihi

 Tengok dapat lucky draw & bergambar dengan Dynaz Mokthar lagi tau
More story here.


Ingatkan di situ sahaja.Last week dapat sesuatu lagi dari Kak Dot
Rupanya sesiapa yang mengikut tema memakai pyjamas kerana temanya pyjamas party,
kak dot hadiahkan hasil tangannya..

 Pos laju lagi

 Surat cinta kak dot

 Cloth wipes yang comel dan lembut

Dapat dua tau..

Jengukla online shop kak dot -Mama Dot's Corner
Antaranya..

hasil jahitan tangan

 prelove item

 pillow pets

pull ups pant


Ila cadangkan jahit barut baby& bedung baby yg cantik2 & ready stok..
Semoga maju jaya ye kak dot!!

Friday, May 20, 2011

SURAT CINTA DARI CIKGU TASKA



tak jelas ye ayat2 cinta dari cikgu tadika Amana?
okla saya tulis besar2



"JANGAN BAGI AMANA
CONTENG BUKU LAGI YE"

hehe..buat malu jela.Nampak sangat mamapapa Amana tak monitor kebijaksanaan Amana bila menconteng buku dan bual bicara baru-baru ini dengan Amana buat saya lagi tergelak besar.


Mama: Amana, cikgu tak bagi homework ke?

Amana: takde pun

Mama: Takkan takde? Kenapa?

Amana: Amana takde homework sebab Amana ne suka conteng buku!! Kawan-kawan Amana semua ada homework.

Mama: Ye ke?? (nada terkejut + nak tergelak)

Amana: Yela.. Amanakan  suka conteng buku..(nada yakin!)

Thursday, May 19, 2011

Siapa suka spa? Buat sendirila.Lagi jimat..

Saya confirm semua ladies gila spa kan?? Kalau banyak duit hari2 nak buat spa ye tak?? Ok kalau budget ciput pun sekarang boleh buat spa tau. Buat sendiri kat rumah. Tak payah pergi pusat spa lagi sebab yang mahalnya upah si tukang urut dan sewa kedai sebenarnya. Tapi kenalah mintak hubby atau si kenit buat.Lagi mengeratkan kemesraan. ahaksssss...

Selalunya kalau nak beli barang spa pun mahalkan? Buatnye sesekali. Ok kat sexybysexy kebanyakkan  item yang dijual dalam pek kecil. So tak rasa rugi sangat walaupun anda hanya hangat-hangat tahi ayam. Bayangkan beli  packing besar-besar tapi at the end buang, rugikan? So let start with small kuantiti..

Oh mana saya tau tentang blog sexybysexy? Saya join Great Change Cloth Diapersla.. Salah seorang penaja event ini. Kan saya ada janji di sini  nak buat entry untuk produk ini. Meh..meh..meh cuci mata..








Percaya tak barang2 ne ada yang start from RM5.50.Tak caya roll...














APA LAGI..JENGUKLA sexybysexy

Wednesday, May 18, 2011

Sindrom Pra Haid aka PMS

Kalau dah namanya perempuan. Macam-macam masalah kan? Nak mengandung, nak bersalin, nak period pun problem. Sebab tue orang kata perempuan tue complex. Pemikiran pun dah komplex apalagi dari sudut biologi. Saya saja buat entry ne sebab saya rasa sindrom ne makin kronik berlaku kat diri saya. Kesian betul dengan En.Papa bila masa nak datang bulan tue memang saya tak boleh control apa yg saya saya. Tak pasal2 je En.Papa kena sembur ( sori ye bang..sungguh2 tak sengaja). Saya rasa sejak 2/3 bulan selepas bersalin Arief saya dah kena sindrom ne

1) pening kepala yang amat sangat. sampai nak pitam pun ada.
2) jantung berdebar-debar..kekadang rasa kelakar pun ada sebab saya boleh terpikir "eh saya sakit jantung ke?"
2) rasa loya-loya macamla org mengandung.nasib tak muntah
3) mengidam nak makan yang masam-masam, nak minum air manis-manis
4) sakit belakang yang saya sampai nak nangis. Sampai tak tau nak cakap ne sakit sebab nak period atau sebab desicatted disc yang memang saya alami.
5) part ne paling saya menyampah - saya tak boleh nak kawal rasa marah saya. Tak pasal-pasal je saya nak marah. Agaknya bila campur sakit kepala semua tak boleh control. Puas control.. aiyooooo..

Saya gogle dan dapat info ini. Kita boleh kongsi bersama. Sharing is caring kan?

Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.

PMS Jenis A (saya alami ini)
Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.

PMS Jenis C (confirm!!!)
Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.

PMS Jenis D (ini kalau tak period pun mudah lupa.makan semut banyak sangat!! hihi)
Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.

PMS Jenis H ( ada kot)
Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium


Saya gogle pula cara untuk atasinya dan dapat ini dari Ratuhati.com. Kawan-kawan ada alami tak? Kalau ada sharela & bagila tips-tips nak atasinya.



  • elakkan atau kawal tekanan





  • dapatkan tidur secukupnya 





  • makan makanan dengan karbohidrat kompleks (antaranya beras perang, roti gandum penuh)





  • mandi air panas 





  • minum teh panas diperah limau atau lemon





  • untuk perut cramp, minum teh peppermint atau chamomile





  • makanan tinggi potassium seperti ikan, kekacang





  • stabilkan kandungan gula dalam darah dengan makan sedikit tetapi kerap





  • lebihkan serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang





  • elakkan daging merah dan makanan berminyak, berlemak





  • kurangkan gula, garam (sodium) dan kafein





  • vitamin E, vitamin B6, minyak primrose mungkin membantu (minta nasihat doktor anda dahulu)





  • kalsium dan magnesium juga boleh diambil





  • amalkan bersenam





  • pengambilan pil perancang boleh mengurangkan gejala PMS tetapi ia mempunyai kesan sampingan





  • segelas susu panas dengan serbuk kayu manis mungkin membantu





  • ubat tahan sakit seperti ibuprofen, aspirin boleh melegakan cramp, sakit kepala, sakit belakang dan sakit pada payudara.





  • elakkan sembelit.





  • saya juga ada terbaca elakkan minuman berkafein dalam tempoh 2week sebelum peot (mmm patutla minggu lepas saya ngadu dgn En.Papa saya sakit kepala yg amat sangat ingatkan semata-mata sbb minum neslo rupanya plus dgn PMS!!)




  • Mama tak sihat ye. Meh Amana tolong mama kemas kain ye..



    p/s: En.Papa lain kali bersedialah ye..Kalau time2 nak PMS tue paham-pahamla kitaran biologi wife awak ne. Tak payahla heran kalau tetiba je isteri awak ne melenting tak pasal-pasal. Orang yang melihat pun pening apa lagi orang yang mengalaminya pun 2x ganda pening!

    Monday, May 16, 2011

    Bila emel kita terpampang di dada akhbar

    Setiap tahun sejak 2008 nama saya pasti akan terpampang untuk satu event penting di pejabat. Sebelum ini hanya nama dan maklumat saya seorang sahaja tetapi sejak tahun lepas saya letak jugak satu nama staff saya kerana saya dah tak boleh nak jawab semua soalan dan emel sendirian lagi. Dulu big boss tak benarkan. Dia nak nama saya seorang je kat situ. Sekarang bila big bos dah tukar jadi saya pun tukarla paradigma. ececeh..

    Masa mula-mula maklumat saya terpampang kat akhbar saya terkejut jugak bila dihujani dengan emel yang pelbagai. Tiap-tiap tahun mesti saya berceloteh dengan En.Papa tentang hal ne. En.Papa pun gelak jela.. Ada yang mintak keja, ada yang iklankan segala jenis perkhidmatan (nasib takde perkhidmatan dot dot dot), iklan rumah etc etc. Yang tak berkenaan saya delete sahaja.Tapi jenuh jugakla nak mendelete tapi emel yang saya terima hari ini memang buat saya rasa eeee.. urut dada jela... malu betullah..kalau ye pun nak promote agak-agakla emel itu berkenaan official sahaja.. kan ada gov.my kat hujung emel tue.. Ada masalah penglihatan ke? Tapi boleh pulak hantar emel ? Masa menaip tue tak nampak?

    Dan kalau nak promote agak-agakla tak payah bagi gambar "benda" tue. Buat malu je dah le staff saya tue lelaki. Saya letak je tajuk emel korang bayang jela gambar tue walau hanya gambar bahagian bawah patung.. Oh ada gak gambar perempuan betul. Tak mo letak kat blog ne nanti Amana cakap saya tak malu pulak letak gambar perempuan tak senonoh kat blog ne. Dahle budak tue sekarang kaki report.. Nak je saya kata orang ne "BXNGXNG" .... oh tajuk emel dia

    .
    .
    .
    .

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    .
    .
    .
    .
    ..
    .
    .
    .
    .

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..

    Panties As Low As RM 1.00.....

    Ada jugak yang makan mee ikut hidung nanti!Orang lain makan ikut mulut okey..

    Sunday, May 15, 2011

    Saya menang Anniversary GA by Ratuhatinya

    Da lama tak update entry kemenangan. Saya ada menang satu contest lagi. Boleh jenguk kat sini 



    p/s: Kemenangan ke 9 untuk 2011

    Thursday, May 12, 2011

    Santai Pa&Ma - Dapat gambar dari member baru

    Itu untungnya kalau muka ne manis sokmokan?? Mudah dapat kawan. Haha.Puji diri. Amana dengar cakap mama - muka kena selalu manis & senyum. Murah rezeki. Ramai peminat. Ahaksss...Kawan pun ramai.musuh? lantak korangla..haha. Janji ramai kawan sebab kita bukan hidup sorang kat dunia. Esok-esok nak  mati kawan-kawan jugak nak datang masa kita kebumi tau... Haaa.. Mcm da nak meninggal je ayat macam ne..Okla tukar mode cerialah.. Nanti Amana nak kawin kalau mama ne tak ramai kawan sapa yg nak datang? Bayar katering riban-riban pastu takde pun org nak datang  makan..kan sedih. Membazir je!! Jadi manisla muka tue selalu ye nak.. Nenek selalu pesan "senyum selalu,  murah rezeki"

    Sebenarnya saya masih geram sebab gambar-gambar masa Santai Bersama Pa&Ma masih saya tak dapat akibat anak dara yang bijak IT ini . Tapi alhamdulilah di fb ada kawan baru yang tag beberapa gambar pada saya. Jadi saya amikla sikit gambarnya. Nak amik banyak-banyak i malu tau.Gambar orang tapi buat macam gambar sendiri haha.. Jadilah ye sbg bukti & kenangan saya hadir di event ini

    Tengok si Amana ..Kalau tak melompat-lompat tak sah kot

     Amana dan kawan-kawan baru
    Kawan Amana boleh cakap "eh awak girl ke? ingat boy" Menangis dalam hati je mama dengar.Sentap mak! dalam hati "En..Papa la ne! Potong rambut anak pendek-pendek"

     Ha ne gambar masa sesi petang. Cuba cari saya
    (clue: sebelah kiri duduk & pakai tudung oren)


    Ini antara gift yang kami dapat. Ada lagi dapat coklat khas untuk hari Ibu. Saya tak dapat Quaker Oath tue sbb saya dapat lucky draw lunch set (tupperware makanan+ botol air jenama cartoon apa tah dan bola plastik excersize)

    Nela kawan baru saya.Yana. Cantikkan?

    Tuesday, May 10, 2011

    Bila anak terlalu bijak IT

    Hari ini Arief demam. My turn pulak jaga. Saya & En.Papa akan bergilir-gilir jaga anak kalau mereka tidak sihat. Tak perlu dua-dua cuti. Kecuali kalau sakitnya tahap kronik. Hari ne saya jaga sebab En.Papa ada mesyuarat/training. Tiba-tiba tadi dapat msg drpd PA bos minta saya ambil minute untuk satu mesyuarat. Terdiam sekejap sebab rasanya takde meeting hari ini dan kebetulan memang semalam saya apply cuti rehat. Rupanya memo kuar semalam.mmm..Mekasih kepada Mama Kyra&Keisha(bukan nama sebenar) yang menggantikan saya.

    Berbalik kepada tajuk entry.. Saya ada cerita di sini saya nak ke Penang. Sebenarnya saya join event Santai Bersama Pa&Ma. Dan baru tadi saya melihat-lihat camera.. Pelik bila saya tengok melalui PC cuma ada gambar merapu-rapu dan juga sensored saya dan Arief. Sahla si Amana yang ambil gambar ini. Takpelah nanti saya delete... Tapi yang saya mula tersentap tengok semua gambar takde kecuali gambar-gambar merapu tue!! Ini bukan kali pertama Amana buat macam ne. Handphone En.Papa dah banyak kali jadi mangsa. Dalam camera selain gambar Santai Bersama Pa&Ma, ada gambar coloring contest, event Great Change Diapers change, adik ipar saya bertunang.. Nasib event yang lain saya dah tranfer ke PC.Tapi yang event Pa &Ma belum lagi..

    Sekarang apa nak buat? Takkan nak marah Amana? Amana budak kecik lagi wlaau terlebih pandai.. Saya call BFF dan minta dia ajar saya sebab dia pun pernah terdelete gambar-gambar dia & berjaya dapatkan semula. Hopefully dapatla balik.. Sabarlah banyak-banyak Mama Amana..

    Friday, May 6, 2011

    OFF TO PENANG

    Hai kawan-kawan yang sudi baca blog ini. Esok saya & small family kami akan ke Penang untuk satu event. Hopefully kami selamat pergi dan balik. Doakan kami ye.. Ekeke macam nak pergi jauh je. Walaupun pergi untuk hadiri event kiranya inilah percutian kami yang pertama anak-beranak sejak saya pregnantkan Arief pada 2008.Lamakan? Hampir 3 tahun tak de vacation anak-beranak event ke Genting (tempat kegemaran saya selain Cameron & Kundasang).

    Harapnya dengan percutian ini saya dapat semangat baru selepas stress dengan mmm... macam2lah.. Harap-harap semua stress tue saya buang di tepian pantai bersama anak-anak. Okla kawan-kawan till then kita jumpa lagi untuk entry yang best-best cerita dari Penang.

    Salam sayang,

    Mama Amana& Arief

    p/s: Eh macam tulis surat + wasiat pulak

    Wednesday, May 4, 2011

    Arief Dalam "Lunatots" PA&MA Mei 2011

    Selak punya selak PA&MA keluaran Mei 2011 ternampak gambar boboy di atas. Rasa-rasa macam kenal... rupanya anak sendiri hehe. Wah agak-agak dapat apa ye? Ini kali kedua saya dapat hadiah dari Lunatots kali pertama di sini dan kali keempat dari PA&Ma . Yabeda bedu.. Eh hadiah belum sampaila..haha.

    Tapi mula-mula saya bit confuse hadiah yang kali pertama tue adakah hadiah untuk gambar ini? Tapi saya selak balik surat macam takde kaitan je..Apa-apalah janji ada muka Arief yang mugil di situ.Nak jadi cover Pa&Ma? mmm..kim salam tak layak.banyak lagi candidate yang layak..hehe.Lagipun saya tengok dalam PA&MA bulan ini dah disqualified pun umur Arief untuk jadi cover majalah tersebut.

    Ini gambar jelas. Gambar atas tue melalui hp saya je. umi danish  pun ada comment bagitau ada gambar Arief dalam PA&MA.Hehe tak sangkala Umi Danish cam muka Arief..hehe

    p/s: Kemenangan ke 8 untuk 2011
    p/s lagi: tak lunch..diet maaa