ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, July 31, 2011

Mode Happy: Won PA&MA-Fabulous Mom - Bottle &Baby Food Warmer Jingle Jungle worth RM159.90

Dapat surat cinta dari pos laju mengatakan ada sampul berdaftar. Dalam hati " credit card lagila ne" En.Papa pulak "alamak surat saman kot sebab masa kawin adiknya di JB dia macam terlebih laju..." Yela sebab sampul berdaftar bukan bungkusan berdaftar. Tapi saya ambikla jugak...

 Tiba-tiba staff pejabat pos bagi bungkusan. Aikkk.. Dalam hati "nasib amik " Tengok sampul luar dari Karangkraf. Berkata lagi "horeyyyy kasut yang menang dengan  suzz dan sampai" Tapi kat luar ada tag "fragile" Aik kasut pun fragile??

Alhamdulilah. Yang lain rupanya..Saya menang conso isu Mac 2011. kiki. So kiranya sekarang PA&MA "hutang" 2 hadiah dengan saya. Satu kasut dan kedua  artikel yang keluar isu Ogos 2011 dan mungkin jugak tiga kot yang ini pula . Alhamdulilah..murah gak rezeki dengan PA&MA.. Rajin-rajinla hantar form & buat slogan yang best-best ye.. Saya pun lupa saya hantar form atau slogan sahaja..kiki

 Ini hadiahnya. Saya bagitau En.Papa "Nak juallah pa" Biasalah bicara En.Papa yang langsung tak romantik "Suka ati. Kalau nak simpan boleh jugak tapi kena ada baby lagi" Cehhhhhhhhh

 Saya tak pernah ada item ne.. Dulu panaskan manual je..

 Comel..

Tanpa penutup

 Guarantee card pun ada

Ada yang nak?
 Saya jual di online shop saya dengan harga yang lebih murah
 ---- >; littlemummydaddy- Bottle Food Warmer Jingle Jungle

p/s: Kemenangan ke 21 utk 2011

Wednesday, July 27, 2011

SIAPA NAK VOUCHER NE?

Saya ada buat entry Arief dapat conso untuk Cutest Baby of The Planet @ MomBlogger Planet. Dapat RM10 (dah selamat jadi darah daging kiki) dan dapat  eVoucher RM20.

Ini vouchernya kalau sesiapa nak boleh ambil sebab banyak nak kena tambah kalau tengok pricing pakej.Kopak mak dek non. Lagipun En.Papa dah pesan saya kena jimat-jimat sebab kami ada projek yang lebih penting untuk masa depan kami anak-beranak. Once confirm/lulus boleh tepek gambar ye kengkawan..


Ini pakejnya. Feel free bw di  kedaigambarkami. Kalau misalkata saya lum kawin memang saya guna voucher ne untuk gambar-gambar kawin. Tapi untuk gambar anak-anak Insya-Allah saya nak buat frem & tepek kat rumah. Oh cakap tentang hadiah frem anak-anak saya dah pernah dapat tau. Boleh tengok kat sini.

Ini hadiah frem yang pernah saya dapat. Sekarang ada dalam bilik amana aka bilik lipat kain kiki.

Tuesday, July 26, 2011

Nak jadi model tapi selipar pun terbalik

Comel tak Amana? Sepit rambut comel itu hadiah dari MZ. Dress itu antara item terkini di onlineshope saya. Dulu kecik-kecik jadi model cloth diapers dah besar jadi model bajulah pulak. Masa amik gambar saya tak perasan pun. Tapi bila nak masuk dalam blog baru sedar. Alahaiii..  Kalau ada yang nak carik dress/ kemeja untuk raya bolehla jenguk littlemummydaddy.



Untuk mengelak kekeliruan antara item cloth diapers dan kids clothing saya dah buat label yang lebih tersusun . Tersusun sikit kan? Insya Allah nak tambah item mummy & daddy pulak.Tak payah buat lain-lain blog. Senang nak manage..hehe.. So kawan-kawan sudi-sudikan ye. Thanks pada yang selama ini rajin membeli di littlemummydaddy.



Monday, July 25, 2011

" AIMAN - BETUL-BETUL TAK KISAH "

Biasalah time-time gaji masuk apa lagi.. internet bankingla.. boleh kata duit gaji ne tumpang lalu je untuk transfer ke macam -macam tempat. Bayar ketalah, insuranla, loanla, nursery anakla..itulah..inilah..last-last gaji bibik lagi manyak dari gaji pegawai Gred  A..Sebenarnya bibik tue yang Gred A.. kuikui.. Yelah bibik tue semua sponsor dari makan, pakai, tempat tinggal, letrik, air  sampaikan "pampers" pun makincik dia belikan. So sekarang ne sapa yang Gred A? Jawab..jawab..jangan tak jawab... GRRRRR . Eh saya ada bibik ke haha..nantila kalau umah besar ala-ala istana bolehla saya fikirkan sebab masa tue saya mesti tak mampu nak menguruskan sorang-sorang. Sekarang umah tak sampai 1000sqf dah reput tulang belakang kalau umah ala-ala istana saya terus takde tulang kiki.Eh  hari ne bukan kes bibik ye. Tajuk hari ne " Aiman -betul-betul tak kisah".. Citernya macam ne. Panjang punya story menceritakan kesabaran seorang telemarketing. 

Setiap bulan inilah keja saya trnsfer gaji ke dalam credit card CIMB ne. CIMB ne saya khaskan untuk potongan polisi insuran sahaja. Task setiap bulan bila dapat gaji  cuma membayar; jadi saya lupa autopay tue untuk saya atau  Amana atau Arief. Sebab kami satu keluarga gunakan PRUDENTIAL. Kenapa saya sekeluarga gunakan Prudential? Saya ada cerita di sini dan disini. Saya ada 2 credit card. Dua polisi insuran saya autopay guna CIMB dan satu lagi polisi insuran gunakan Citibank. Tadi saya cekla statment bulan Jun dan bulan Julai. Selalunya saya memang tak cek..Almaklum orang kaya..kiki..bayar je.. Tapi hari ne saya tergerak nak tengok..

CIMB Jun 2011
Aduhai tensen bila tengok service tax. Saya mintak waive guna reedem point cuma dapat RM12++ je. Ceh.. celah gigi je. Ok Jun statement ne cantik sebab kedua-dua polisi telah dicreditkan..

CIMB Julai 2011
Perasan tak? mana perginya polisi insuran lagi satu? Saya call CIMB dia minta saya call Prudential.. Adussss..Jadilah saya operator hari ne..

(Kes1: Cuba baca.  Aiman tak kisah kan?)

Aiman: Selamat petang Puan
Saya: Selamat petang. Saya ada perkara nak tanya. Saya ada buat autopay polisi anak-anak saya melalui CIMB. Bulan Jun dan sebelumnya ok tapi bulan Julai tak adalah payment untuk Amirul Arief.
Aiman: Puan, boleh beri no polisi?
Saya: No polisi bla bla bla
Aiman: Polisi ini bawah nama Puan...
Saya: Tidak, bwah nama suami saya. (Amana je bawah nama saya tapi Arief bawah nama suami sebab bila saya dignose ada desiccated disc saya dah tak layak untuk jadi prupayor Arief)
Aiman: Polisi ni bawah nama Puan..
Saya : Bukan. Polisi ini bawah nama suami saya.
Aiman: Polisi ini bawah nama Puan...
Saya: Confusela.. Awak cakap ne pernyataan ke pertanyaan?
Aiman: (Dalam gelak-gelak kecil) Saya bagitau Puan ini nombor polisi Puan.. Kiranya pernyataanla ne..
Saya: Erkkkkk..ye ke? Sebenarnya saya ada 3 polisi. Saya dah confusela. Sebab semua amik dengan Prudential dan semuanya saya yang bayar kecuali suami punya..kiki

(Kes 2: Aiman tak kisah lagi kan? ) 

Aiman: kiki. Takpela .Apa masalah Puan lagi?
Saya: Kenapa takde autopay untuk saya ye?
Aiman: Puan ada beli apa-apa polisi lagi
Saya: Polisi? TAKDE (Confident ok..Dalam hati..Mana ada..manyak duit asik nak beli polisi?)
Aiman: Ada Puan. Dalam sistem Puan ada  beli polisi berjumlah RM253.88 tapi tak lulus.Puan dah buat payment. Jadi Prudential pulang balik dengan cara deduct RM253.88-RM170(Julai payment). Sebab tue takde deduct untuk polisi Julai dalam CIMB Puan.
Saya: (Fikir kejap. Otak dah jem..Ya ..Tidak..Ya..Tidak..Eh ..ya lah) Aahla.. Ada.. Saya nak beli polisi pelaburan tapi tak lulus sebab saya ada desicated disc tue.. Alahai dah lama saya tak ingatla..

(Kes 3: Aiman tak kisah lagi kan? )

Aiman: hihi. Takpela Puan. Ok Puan ada balance lagi RM83.88. Puan nak dibayar macam mana? Ada 2 cara nak bayar by cek atau Puan buat tambahan untuk bayaran polisi seterusnya.
Saya: By cek la.. Tapi bila boleh dapat ye? Sebab rasanya yang RM253.88 tue saya minta pulang semula by cek tapi lama sangat sampai saya pun dah lupa (Tak mo kalah tue. Haha. Ada bakat tak nak jadi lawyer? kiki. Tapi betul saya dah emel Prudential sebelum ne)
Aiman: Ye ke Puan? Ok. Saya hantar kat alamat ... Eh Puan apa poskod rumah Puan?
Sya: Aikkk..Takde poskod? Laaaaaaaa..patutla cek tak sampai. Sebab takde no poskod ye?
Aiman: hihi..agaknyala Puan..

Seronoknya dapat bercakap dengan telemarketing yang ramah and baik. Walaupun dua kali saya silap. Siap ketawa-ketawa lagi. Kalau big bos Prudential baca bagila credit lebih ye kat Aiman ne. Date duty Aiman pada 25 Julai 2011.

Note: Prupayor bermaksud kalau apa-apa terjadi pada parent yg membayar polisi untuk anak-anak contohnya berlaku kematian atau kurang upaya secara automatik polisi anak itu akan diteruskan  secara percuma oleh PRUDENTIAL  sehingga akhirnya. Jika berminat sila call 012-3279165- En Khairol.  Consultation free of charge. kiki..Advertorial rupanya... Eh tapi memang saya suka dengan service Aiman-tak kisah ne.. I lap u..

Sunday, July 24, 2011

Mak penah cakap...

Mak pernah cakap:

" SIAPA YANG TAK KHATAM QURAN MASA KECIK-KECIK
 NANTI HIDUP TAK SELAMAT!
SEKURANG-KURANGNYA MESTI KHATAM SEKALI!"

Masa tue rasa kecut je perut dengar mak cakap. Ingat lagi masa sekolah rendah mak hantar mengaji kat seorang Indon ne. Eh indon-indon yang datang dulu-dulu baik-baik ok? Sekarang ne je samseng tak hengat. Kitaorang panggil "Om". Bukan mak je hantar kitaorang kat situ.Makcik-makcik keliling umah pun samala. Jangan tak tau masa magrib je penuh satu rumah dia dengan bunyi budak-budak mengaji. Sampai penuh kat poarch keta tau. Eh "Om" ada keta ke? Tak pasti tapi dia ada porch keta. kiki.  Tapi mana "Om" pegi ye? Ke dia salah seoarang PATI?

Mak ajar sendiri; saya & adik-adik alif, ba, ta dan muqadam. Bila naik Quran mak hantar kat Om. Garang woo.. Siap ada rotan lagi. Bila Om hilang. mak hantar pulak kat cikgu sekolah agama. Siang belajar Fardu Ain lepas sekolah pagi. Malam pulak belajar mengaji. Masa tue mak bayar RM20 kot untuk 4 orang.Masa tue besar ye RM20 tue. Sekarang belajar sendiri je. Rasanya tajwid pun tak sesempurna mana. Dulu-dulu tak mo kawin dengan ustaz, kalau kawin dengan ustaz mesti paling tidak dapat belajar tajwid. hihi..

Oh saya nak kongsi dengan kawan-kawan ayat ini. Rasanya releven jugak dengan apa yang mak gertak kitaorang adik-beradik..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

" Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah, melainkan apa yang Allah kehendaki."    (Surah al Baqarah :255)

Saya dapat ne dari darwishndarwisya. Saya subscribe so selalula dapat emel dia tentang cara-cara Puan Lina mengajar anak-anaknya. Dalam emel tue adalah terselit ayat-ayat yang boleh dijadikan pedoman jugak. Membebel takde gambar tak bestkan??

Arief nak baca buku kakak


 
Amboi macam paham je. Ekspresi yang penting ok..?

Ini "ba" ke mama?


Horeyyyyyyyy!! Arief dah pandai tau


Dah la mama. Arief penat..




Saturday, July 23, 2011

Eh tetiba je ada hadiah..

 Tetiba je "TAHNIAH!!". Sukanyeeeeee
Boleh baca kat sini
Baik korang jengah blog ne sebab nanti tetiba korang dapat hadiah. Nak tak?
Buat GA senyap-senyap je tuan umah ne. Tetiba dapat hadiah.Bestkan?


Ini hadiahnye. Super duper happy si Double A(Amana&Arief) bila dapat. Tapi yang sadisnya mama diorang pun jadi bola. Arief ada gayala jadi pemain tennis & badminton. Amana? mmm..dia buat main masak-masak. Arief siap lukis lagi something kat salah satu raket ne. Maybe dia tulis nama dia takut Amana silap amik..kikiki

p/s: Kemenangan ke 20 untuk 2011

Thursday, July 21, 2011

KL Gangster / KONGSI. Ada mama kesah?

Sana sini sibuk orang dok cakap citer KL Gangster kaut berjuta-juta (sorry ye I tak tau exact figure sebab tak ikuti sangat perkembangan filem-filem). KONGSI pun juta-jutakan? Saya tak amik tau sangat sebab sebagai seorang mama pada saya citer-citer ne tak meningkatkan perkembangan intelek anak-anak pun. Malah merosakkan. Nak buat entry ne pun dah out dated rasanya tapi buat sebab ada kejadian yang jadi baru-baru ne.  Kadang-kadang diorang ne buat filem tak fikir budak-budak ke? Tak fikir ke budak-budak ne akan terikut-ikut..

Eh saya tak bagi anak-anak tengok tau tapi kekadang time iklan budak-budak ne "ter"tengokla jugak. Tak dan la saya nak lari dari dapur untuk rebut remote control dari budak-budak setiap kali keluar iklan filem-filem macam ne. Kalau dalam 2 jam keluar 5 kali, takkan 5 kali saya nak berlari. Walau dapur dengan ruang tamu saya ne dekat je. Mcm apa je main lari-lari setiap kali kuar iklan.. Takkan 24 jam cartoon je budak-budak ne nak tengokkan? Adalah jugak saya bukak siaran-siaran yg bukan citer kanak-kanak sebab saya pun nak dengar perkembangan semasa. Tapi saya bukan nak tengok iklan citer ganas-ganas ne dan ayat-ayat yang kurang sopan mcm ne..

Lagi saya banned citer-citer ganas bila berlaku satu kejadian di dapur. Saya tengah sibuk mencuci pinggan. Tiba-tiba hujung baju saya ditarik-tarik. Malas nak layan. Sah-sah budak-budak ne nak mengacau. Saya pandang ke bawah. Yela pandang bawahla. Dah tentu-tentu dua beradik ne lagi pendek dari saya. Tiba-tiba..



MUKA BAJET SERIUS



 LU LANGSI LU MATI MAMA!!

.....PITAM MAMA DENGAR.... 

Wednesday, July 20, 2011

Mode Happy- Tulisan saya tentang Cloth Diapers keluar di Pa&Ma Ogos 2011.XOXO!!!

Terima msg di FB dari  Yanna tentang  gambar-gambar kami di Event Pa&Ma 2011 di Nazza Talya Hotel telah keluar. Lebih teruja bila Yanna kata ada tulisan saya keluar juga. Masa tue ada metting kat sini. Rasa tak sabar-sabar nak beli. Tapi bila bukak blog MZ barulah rasa teruja tue berkurang sebab MZ buat full entry ekeke. MZ, ila copet gambar ye..

Sangat seronok sebab ini kali kedua tulisan saya tentang cloth diapers(CD) dikeluarkan di majalah parenting. Kali pertama cuma tulisan yang amat sedikit di Majalah Mami& Baby tapi kali ini boleh dikatakan lebih banyak dari tulisan yang pertama hehe. Saya gembira kerana pandangan saya tentang cloth diaper dapat dikongsi bersama-sama parents yang lain. Walau saya belum sehebat pengguna CD tegar yang lain tetapi okla at least saya bersama-sama memperjuangkan cloth dipers!!

Meh jenguk ye.. Semua gambar ehsan dari MZ kiki


 PA&MA Ogos 2011. Anak siapalah yang mugil sangat ne..
(tengok MZ buat watermark sbb dia tau ada yang nak copet gambar2 dia hikhik)

 Saya dah try amik gambar dengan hp cikai saya tapi tidak sejelas DSLR MZ yang mahal itu
Tengok tue nama saya. Nama penuh lagi.
Lain kali nak tulis Mama Amana&Arief/ kokoadik.blogspot /littlemummydaddy.blogspot kiki


 Comel tak saya, En.Papa & anak-anak.Ekeke..


Senyum je Amana dapat hadiah lucky draw tue. Kiranya berbaloi-baloi drive all the way from KL to Penang yang maha jauh tue sebab hadiah je dah penuh bonet keta. Event  PA&MA memang tidak menghampakan!!


p/s: Kemenangan ke 19 untuk 2011

Sunday, July 17, 2011

Sambungan. dah ala-ala advertorial post pulak

 Alhamdulilah.. misi meeting di sini hampir selesai... Saya ada ambil gambar masa hari pertama sampai.Hotel ne okla. Nice view..

 Di depan bilik meeting..Orang lain jangan masuk ..Permited
.
 Bersih je.Lepas tuepenuh kertas-kertas

 Ini team saya?? Hensem? Dah hampir 8 tahun jadi teman sekerja. Tak yah nak ngorat.Laki orang ne. Baru je dapat baby..kiki. Senang deal dengan dia. Hampir 8 tahun keja insya-allah dah masak den peel masing-masing. Gaduh? Penahla gaduh mulut je masa zaman muda2.. Pastu baikla... Dengan dia ne takleh gaduh lama-lama. Nanti kena wat keja sesama gak..hihi

 Nampak eksklusif



 Kolam mandi budak-budak.

 Ala-ala splash park

 Bilik saya. Sebab tido sorang sepahkan katil satu lagi..Takut lol

 Best kalau boleh buat kat umah mcm ne

 Dari sisi ini

 Pemandangan dari tingkap bilik

 Padang golf.Takdela saya main pun. Over la.Lgpun mana masuk pakej.Melampau kalau masuk pakej

 Eh apasal gambar ne lagi??

 Nak sambut Ramadan la katakan

 Alahai sikitnye makan

 Oiiiiiii banyaknye.Stress ke?

Makan kat luar. Sayup je memandang.Dahla takde dah. Sebab dah mula keja

Tengok pakej di sini. Kitaorg amik pakej meeting sekali.Okla adios.Bye

Friday, July 15, 2011

Da sampai hotel

Haiyaaaaaa..dah sampai hotel tapi bilik tak siap nasibla bos request meeting start malam. Kalau idak buat malu je. Ne tersengih-sengih kat bilik meting setup apa2 yang patut. Nak setup pun tak reti . Saya reti prepare document je. Nasibla partner ne memanggggggggggggggggggg boleh diharap. Dialah yg deal dgn org-orang hotel ne..kiki..

Takutla saya malam ne tidur sorang-sorang..huwaaaaaaaaaa.. Anak-anak jangan nakal-nakal ye. Dengar cakap papa. Alah kejap je 3 hari 2 malam je. Papa korang eksen sangat!! Mama mintak teman tak mo. Lagi suka duduk mengadap ikan arowana..

Nanti kalau bilik tak siap-siap jugak saya nak ronda-ronda hotel ne. Nanti saya amik gambar.Manalah tau ada yang terniat nak duduk kat hotel ne.. Cepatla siapkan bilik. Saya nak mandi, solat & nak siap utk meting malam kang..

Thursday, July 14, 2011

Level-Level Perasaan Seorang Perempuan Kepada Career

Teringat-ingat bicara mak saya lebih kurang begini "angah kena ada target dalam hidup. Sampai bila angah nak kerja. Kalau target umur 40 tahun nak berenti angah kena da backup plan. Habiskan semua hutang bla bla bla... Sebab perempuan ne sampai satu tahap dia nak duduk umah jaga anak-anak dan rumahtangga sahaja. Itu fitrah seorang perempuan. Dalam Islam pun dah kata cari nafkah itu tanggungjawab suami dan isteri cuma menguruskan rumahtangga"

Mula-mula dengar sahaja tapi kata-kata itu tetap diambil berat. Pernah bercerita dengan BFF  kalau saya berenti umur 40 tahun amacam? Terus kena gelak "Eh Amana baru 13 tahun tau tak? Arief entah bape tahun, adik dia yg coming soon lagi. Ko mampu ke nak hidup kat KL kalau hsbd je keja" Terus kami gelak sesama.. Okla saya up umur 45 baru berenti.Masa tue umar Amana dah 18 tahun tapi dia nak masuk U pulak.. isk..isk..isk..

Pada saya level perasaan perempuan bekerja ne ada 3- PASSION, TANGGUNGJAWAB, TERPAKSA

PASSION
  • buat masa ini saya masih di level ini. Saya suka datang kerja. (Kalau saya rasa stress saya apply je cuti rehat.Pernah jugak saya cakap terus terang.Saya penat/stress. Bos luluskan je dengan segera..hihi)
  • Saya happy dengan life keja saya. Saya happy kerana saya tahu di pejabat ini saya punya BFF. Ahaksssssssss. Perasan lah si Linda kedekut yang kuat makan ne.  
  • Saya ada big bos/bos yg baik. Saya ada kwn2 juga. Saya rasa saya takde banyak musuh kat sini kecuali yang terasa bila saya bising pasal keja. Staf-staf sokongan yang baik-baik. Dan rakan-rakan sekerja yang saya biasa deal untuk perkara2 yg melibatkan urusan office. Saya ada geng di finance, training, legal, korporat, IT,examiner.. Insya-Allah bolehla kalau rasa-rasa perlukan bantuan. (Tapi bila terlalu selesa juga bahaya tau. Bahaya untuk  career development. Cewah!)  Persekitaran kerja yang seronok buat kita happy bila bekerja.(eleh dah offer dari tempat lain takde..hahaha) Alhamdulilah saya masih rasa begini selepas hampir 8 tahun bekerja. Selagi saya masih rasa begini saya memang nak keja sampai bila-bila. 
  • Lagi satu saya happy bila dapat hulur sikit duit pada parent hasil usaha saya bekerja. Paling best sejak saya keja kalau keluar dengan mak saya boleh cakap macam ne "Mak nak makan apa? Angah belanja" Dulu-dulu mak susah payah keja utk besarkan anak-anak jadi bila saya pulak boleh beri sesuatu pada mak rasanya..mmm.. sukar nak diucap. Saya akan bekerja selagi ibubapa saya hidup kerana saya tak nak berhenti menghulur duit bulanan pada mereka 
  • Saya suka office attire/pakai baju cantik2(takle cantik mana punnnnnnnnn)  walau kekadang bila saya takde mood/lewat saya sarung je apa yg saya nampak.  
  • Dapat berjimba-jimba serba sikit selepas deduct segala tanggungjawab rumahtangga. Dapat beli makeup Sari Ayu/baju batik/baju saree/eyeliner/blushr/gincu/baju anak-anak/mainan anak-anak/makan2 kat luar etc etc dlm erti kata lain eh duit i, i punya sukalah!!

 TANGGUNGJAWAB
  • hutang belajar, hutang keja, hutang CC... wah ini sudah parah.Haha. Saya bayar PTPTipuN tau.Lainlah En.Papa  dia biasiswa JPA.Cehhhhhh. Ayat-ayat yang buat saya sakit ati "Amana nanti belajar pandai-pandai jangan jadi macam mama. Hutang study je boleh beli sebijik keta" takpun "Sampai Amana habis study, hutang study awak tak habis-habis" paling parah "sampai Amana kawin, awak dapat cucu hutang study tak habis-habis! Kejamkan pernyataan tue..ahakssss tapi Amana studyle rerajin sampai dapat biasiswa ye. Insuran yang mama beli ada tapi mana cukup masa time2 Amana tue..Celah gigi je nilai 30K masa tue.. 
  • memangla saya ada hutang-hutang yang disebut diatas. tapi buat masa ne takle sampai rasa perlu keja semata-mata sebab bayar hutang. Bayar hutang iye penting... sebab tue saya keja tapi disebalik tue saya mahu keja sebab saya suka keja.

 TERPAKSA
  •  bila saya buat ayat " kalau tak pikir anak-anak sekolah saya tak nak keja" @ "saya dah tak minat nak keja, nak dok umah je jaga anak-anak" @ "boringla keja ne kalau hsbd mampu mamang saya berenti keja" @ kalau tak fikir hutang umah kereta dah lama saya berenti @ dalam usia macam ne dah penat nak keja  SAH!! SAHIH saya kena kerja kerana terpaksa akibat tuntutan hidup kat KL yang semuanya nak DUITTTTTTTTTTTT

Wednesday, July 13, 2011

Microwave oh microwave

Setiap kali pg Tesco/ Giant/ Sen Heng/ Jaya Jusco mesti dok belek-belek benda ne. Terfikir-fikir nak beli ke tidak. Sebab saya tahu saya cuma akan gunakan untuk panaskan makanan bukan untuk masak ke panggang ke apa ke.. Then terbayang-bayang setiap kali beli piza kena panaskan atas kuali. Oh sungguh  tak anggun jadi piza saya tue!!  Satu hari En.Papa dah perli-perli "eh asik tengok tapi tak beli tak guna jugak!!" Isk..isk tercabar i tau.. "Okla kita kongsi beli" kata En.Papa. Wah laju je terus tunjuk nak yang mana satu hehe.. Kalau yang ini boleh panggang, reheat, defrost, masak beaked bean.. etc etc.. Nak tenggok hasil kali pertama? Haha..


Piza sedia "dimicrowavekan"
Ada 2 piza cumel dalam ne. So&so je rasanya.Tak lebih RM10 pun

 Hangus sampai saya tak sanggup makan. En Papa je makan.. Sorry tekak i tak lalu ye

Kali kedua elok sikit hehe

Sebenarnyakan tak elok selalu masak guna microwave. BETUL!! Sebabnya saya & BFF selalu buat pot luck kat opis. Saya bawak lauk & dia pun bawak.Pastu i makan lauk u, u makan lauk i. Kalau banyak sangat siap ajak geng2 lain makan hehe. Kalau masa tue ada komplen tak sedap ke apa ke; kitaorang denda basuh segala tappurware yg kitaorang bawak. Ehhhhhhhh mak dah bawak banyak komplen pulak kamu ye?

Eh dah lari topik lak..sebab apa saya kata selalu guna microwave tak bagus? Sebab bila selalu sangat buat pot luck, kami akan panaskan lauk guna microwave kat office ne. Entah siapa punya jadikan wakaf.Ahakasssssssss!!Tengokla lepas tue akan timbul jerawat-jerawat yang gatal-gatal & bengkak-bengkak. Selalunya tepi pipi. Mulanya kami tak perasan tapi kami buat test, try, cuba & error.. SAH!! Seminggu tak buat potluck & reheat lauk guna microwave semua jerawat surut & tiada pertambahan jerawat.

Tapi kami tak insap-insap lepas seminggu kuar ayat macam ne
" Eh  jom buat pot luck jerawat dah takde!!
Nanti kalau ada balik kita stop la"

Tuesday, July 12, 2011

YES OR NO? NOT OR!!

Kadang-kadang sebal, bebal dengan orang yang suka cakap dolak-dalik. Kan senang cakap terus terang. Saya memang tak gemar sangat politik sebab saya rasa politik itu kotor tapi dalam masa yang sama tanpa orang yang ada passion dalam politik negara ini akan hancur. Eh korang paham ke saya  cakap ne bukan tentang politik MALAYSIA atau BERSIH atau BAJU KUNING atau BAJU MERAH..

Saya bebal dan sebal dengan orang yang macam ahli politik . Bila terperangkap mulalah point orang lain & tak bagi orang lain bercakap.. Wahhhhhhh..tak nak dengar masalah saya?? Tak bagi saya cakap ye? Sebab takut nampak  salah di pihak kamu? Ok FINE!! Masa tue memang saya cakap macam ahli politik!  Nak berbahas ye..Ok kita bahas macam kat court. Sejak-sejak keja memang saya teringin sangat nak amik course law tapi ..... Jangan tanya kenapa.. Oh berbalik kepada isu tadi takmo cakap tentang cita-cita saya..Lain hari kita cakap pasal cita-cita saya. Takpelah kalau salah . Nobody perfect kan? Kita deallah sama-sama & carik penyelesaian.. Betul tak?

Saya memang suka berdiskusi lebih-lebih dengan orang yang suka mencari penyelesaian dan pada saya orang yang suka kepada penyelesaian ini adalah doktor bukan ahli politik. So please make sure anda tue ada ciri-ciri doktor kalau nak berdiskusi dengan saya tapi kalau ciri-ciri ahli politik sila nyah dari tempat saya!! Dahla tempat saya dah semak,jangan tambah semak fikiran saya dengan dolak-dalih yang takde penghujungnya...

Pada saya senang je nak selesaikan masalah. Bagi orang lain cakap, dengar masalah dia, then awak pulak cakap, then cari penyelesaian. Kalau orang lum habis cakap ko pintas-pintas apa kes? Takut ke? Kita berdiskusi untuk mencari penyelesaian bersama. Saya paling tak suka bila hormon saya ditahap normal tapi orang buat hormon saya lebih laju dari jet/roket yg bawak YBhg Dato' Dr Muzzafar tue.. Masa tue jangan salahkan saya kalau jawapan anda tue makan diri semula..

Ada lagi satu kes.. Bila tanya ok ke? Ada problem? Semua settel?  "Ok Puan.. Ok Puan. Tak de masalah. Anything saya bagitau Puan" Saya pun senang hati. Oh boleh buat keja lain dengan XOXO. Tapi kata je senang hati tapi soal selidik mesti mcm FBI jugak. Sebab pengalaman mengajar kita. Lain di mulut lain yang jadi.  Tup tap tup tap yang dikata OK tadi dah jadi KO. Nasibla saya banyak spy tak bertauliah yang menyampai berita-berita terkini & sensasi yang sahih!!  Saya tanya & jumpa depan-depan baru mengaku... Dan selepas itu saya pulak kena menjawab + mintak maaf dengan pelbagai orang untuk menyelamatkan keadaan.......Astargfirullahalazimmmmmmmmmmmm.. Sabarla Suhaila ye...

Takpe..takpe.. saya ada cara untuk kembali normal. kawan-kawan blog ramai yang selalu update hadiah-hadiah yang superb!! So rasa hilang stress dgn ahli-ahli politik tak bertauliah ne. Bila tengok hadiah kawan-kawan tue, hormon dah separuh ke paras normal... Tengok gambar dua lelaki yang saya cintai ne lagilah semuanya kembali normal. YEZZAAAA!!! YABEDABEDU!! Malam ne masak nasi goreng ye.. Tgu ye BFF kita gemok sama-sama esok.



p/s: Tadi ada opiser IT gelakkan saya  bila saya tak reti buat perkara mudah tentang IT.. Saya dengan selamba je mengaku "Eh dah tak reti dah lama tinggal. Nanti ajar le " Siap diorang kata nanti diorang hantar techniction IT datang ajar saya.. Perli ke Pn. N & Pn.S? XOXO!! (ooo..suka bangat korang gelakkan I ye.. takpe..takpe.. nanti korang) Ayat paling best dari Pn. N "Kata org IT??" (kikiki tersengih-sengih di situ) Tak malu ke kamu degree computer science tapi tak reti buat benda mudah? .. 3 tahun habiskan masa belajar tapi benda senang pun kamu tak reti.. FAIL betul!! Memang itu kenyataannya saya dah tak reti. Saya admit jela.... Tak malu ke ? Saya lagi malu mengaku TAHU sebenarnya TAK TAHU.. Lagipun itu semua kawan-kawan saya so diorang nak gelak/perli  pun tak berbekas..Lagi sekali XOXO!!!

Scallop VS Nugget

Siapa pernah makan scallop.Ke saya sorang je yang ketinggalan keretapi? Hihi. First time makan umah akak saya .. YUMMY!!! Selalunya beli nugget je. Sekarang dah ada pilihan terkini.. Ada juga yang mix denagan mushroom. Sedap tau. Anak2 pun suka. Meh cari kat supermarket ramai-ramai ye kawan-kawan.. 

Masa goreng api jangan kuat sangat ye kawan-kawan.Nanti jadi hitam legam seperti yang saya pernah goreng sebelum ini.Kakak saya goreng sedap..just nice... Kalau makan petang-petang..time hujan..lagi best dari segala jenis fast food!!  Eh dah tengok video fast food yang diperkatakan ramai tue? Saya belum tapi... sanggup ke nak tengok..gerenti nanti tak jengah fast food tue  lagi. Kalau En.Papa tengok lagila. Sampai sekarang dia masih boikot syarikat roti yang glamer dengan kekotoran dulu. Walau dah keluar kat paper syarikat tersebut dah dibersihkan, dah dapat sijil halal semula , disokong oleh ulama terkenal... tapi sampai sekarang En.Papa marah kalau saya beli roti keluaran syarikat tue.. Nakla tunjuk video fast food tue.. gerenti lepas ne En.Papa tak mo makan  lagi hihi