ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, February 11, 2012

Pergaduhan Di Restoran KFC, Ini Klip Video Awal Bagaimana Ia Tercetus...

Full Report : MyNewsHub

Isu pergaduhan di restoran makanan segera, KFC di i-City, Shah Alam yang melibatkan pekerja-pekerja restoran itu dan seorang pemuda Cina, Danny Ng baru-baru ini benar-benar mengejutkan ramai pihak.Setelah insiden itu terjadi, ramai pihak menunding jari antara satu sama lain dan perdebatannya hangat dibincangkan terutama dalam internet.

Ramai yang telah memberikan reaksi berikutan rakaman itu dan menyatakan punca pergaduhan terjadi kerana Ng telah mengeluarkan kata-kata kasar dan biadap terhadap pekerja-pekerja KFC terbabit.

Seorang wanita yang merakamkan insiden di cawangan restoran makanan segera itu berkata, beliau mendengar pertelingkahan yang kuat di antara seorang pelanggan dan kakitangan KFC.Wanita itu, yang mahu dikenali sebagai Jess, pada sidang media, Sabtu, memberitahu bahawa dia mendengar pelanggan memberitahu kakitangan outlet yang mereka sepatutnya memaklumkan kepada pelanggan jika cawangan tersebut telah kehabisan ayam.Jess berkata, salah satu kakitangan bertindak balas dengan memberitahu pelanggan supaya tidak bersikap kurang ajar.Sejurus kemudian, pergaduhan telah berlaku di antara pelanggan dan kakitangan cawangan.Jess, yang berada di KFC cawangan i-City dari pukul 9.30 hingga 11.00 malam pada hari Isnin berkata restoran itu penuh sesak dengan pelanggan.

Pun begitu, terdapat satu lagi rakaman video yang sempat dirakam dan dimuat naik oleh seorang pemegang akaun Youtube lain, reenababyful yang merakamkan sebelum kejadian kecoh itu terjadi.

KALAU KAT MYNEWSHUB KAT SINI DIA MASUKKAN VIDEO TUE
(Korang nak tgok video tue pg lah kat link tue.Nanti buat berat belog ne je.. )

Memang jelas di dalam rakam tersebut Ng telah meninggikan suara dan memarahi pekerja-pekerja KFC tersebut.Namun, kejadian itu berlarutan apabila Ng semakin ‘rancak’ memarahi pekerja-pekerja KFC di  situ yang mendorong kepada pergaduhan antara mereka.

Bagaimanapun, Ng dalam kenyataannya bersama ADUN DAP Segambut, Lim Lip Eng, menafikan dirinya bertindak melampau sehingga mencetus insiden hangat tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, polis akan mengambil tindakan ke atas media yang didapati menimbulkan isu perkauman dalam laporan mereka berhubung insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, polis juga akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran penerbitan rakaman insiden berkenaan di laman itu.

Menurutnya lagi, polis setakat ini hanya mengambil tindakan ke atas insiden pergaduhan di Kentucky Fried Chicken i-City itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



p/s: pestime dapat komen anon sebab entry KFC kiki... Thanks masuk sini ekkkkk... Kepada anon tue kalau masuk belog org tapi baling batu sembunyi tangan lagila awak tue super duper "DOW". Tau DOW apa? Cuba tengok Boboi Maharaja Lawak. 

Untuk makluman anon :  Dalam darah anak-anak saya ada kedua-dua bangsa. Sebab itu anak-anak saya comel. Sila jangan jeles hokey!!  T____T . Tapi saya jenis yang cukup tak suka sikap org yang mudah merendah-rendahkan orang lain lebih-lebih lagi orang itu  memegang jawatan yang tidak setinggi mana. Hari ini kita diatas esok lusa kita pulak kat bawah.Hukum karma. Jangan main marah orang je.. Jangan kuarkan kata-kata yang melukakan hati orang sebab tahap kesabaran orang dan situasi orang yang dilukakan itu berbeza. Hormat-menghormatikan bagus. Oh pastikan stok ayam sentiasa ada di rumah masing-masing. Beli tepung ayam goreng tue pun sedap.  Tapi serius "DOW" betul kes KFC ne.

p/s 2: I-CT tue mmg selalu penuh ke? Kesian belum penah jejak I-CT lagi... huwaaaaaaa

5 comments:

Wan Amira said...

kalau tanye my point of view.. dua dua salah and kesalahan tak boleh berat dekat pekerja je sebab they are not robot boleh tahan marah ape bagai for 24 7.. kalau ikut video tu mungkin customer tu marah melampau sangat atau marah sampai tak masuk akal sampai orang boleh hilang sabar.. logik ke nak terpekik terlolong for just fried chickens? kelakar kan..

and by the way, tadi kite jumpe ke? mira cam amana, tapi tak berani nak bukak mulut hehe, kalau yer sorry yer tak tego

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

aah.. kalau ikutkan camana org kat dapur boleh kuar pulak? mesti kuat dia menjeritkan? takkanla budak tue ada letak telinga dia kat kaunter hehe.. serius sekarang tgok KFC je teringat..pastu nak tergelak..adoiiiiiiiii...

bila mira?? kat mana? ila ne tak pakai spec..so mmg tak nampak..kiki.. org rabun yg tak mengaku rabun..haha

Wansteddy Tales said...

Teringin nk buat 1 entry pasal kes ni. Tp ble kenang2 kita pb jd bodo sama layan kes kurang membina mcm ni. Dan bkn sifat wan la nk defend mana2 pihak. Bkn juga atas pagar. Bkn ikut lalang. Wan pn kira kacukan melayu (abah) cina (mak). Tapi ble jd kes2 libatkan perkauman amik tindakan dr sudut positif. Asasnya sikap hormat yang hilang. Rakyat dah rasa besar sngt sampai abaikan maksud rukun negara. Perpaduan pn hancur.

Wan sndri penah hadapi kes dgn kfc klcc. Sampai skrg berbirat kesan tu dlm hati. Malang ble budak melayu gagal kawal diri. Cepat latahnya. Tapi kena sedar gak tiap yg berlaku ada pencetusnya. Dlm kes ni dah nmpk bdk2 kfc tu sabar pd mulanya. Tp si danny tu jentik dgn makian. Buktinya bila ada pelanggan cina lain ketawa mengejek. Pastu ada pula bekap dr geng2 dia. Kalau wan kat situ pn, panas hati jugak. Nk2 ble tahu maksud kata2 dia dlm bhs cina tu. Agaknya dorg pk kita melayu xtau bahasa dorg.

1 je kemusykilan utama wan pk. Kat mana2 kfc ada tersedia cctv. Mmg blh trace kejadian ni dt mula smpai habis. Kalau guna kamera hp ni kuta blg edit lagi. Nak jelas lg nyata guna je bukti depan mata tu. Masa kes wan dlu pn dirg trace dgn cctv. Siap tnya waktu apa, hari apa, pakai baju apa, kaunter mana... So bdk yg buat kes tu xblh nk nafikan apa dia kata. Terjerat dgn kata2 sndri.

Wah... Pnjg lebar membebel kat blog ila ni haha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

apa salhnye membebl panjang2 bukan anon pun haha..kawan ila jugak... haha.

patutla mata wan sepet hehe..

aah hormat menghormati makin terhakis. napela tak boleh sma2 hormat menghormati dan memahami kesulitan pihak lain. taklehla maki & gelak2 mengejek mcm tue. ingat budak kfc tue badut ker? kena gelak pun tadah je muka & telinga?

ila mmg suka amik jalan tengah..nampak ramai mmg tak masuk..lagi2 kalau dah tau perut keroncong berjam2..

tapi kfc kena buat mcm domino..bukan kfc je mcd,pizza, etc etc pun sama. kalaulambat je dapat token.sejukkkkkkk hati customer ye tak?

Unknown said...

alahaii..na terlepas pasal topik ni.....