ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, February 16, 2012

Petua Nabi agar dikurniakan anak

Belog ne memang ada kat sidebar saya.Jadi saya selalu jugak baca sebab ada perkara-perkara yang menarik hati saya. Kadangk-kala ada ilmiah , kadangkala ada promo. Oh owner belog ne adalah dealer Shaklee.Mehla jenguk kalau berkesempatan


Sumber : Miakididdles Blog


Artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.

Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”
Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;
“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”
Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.

Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).

Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.

p/s: sikit punya susah nak dapat anak sebab saya penah merasainya satu ketika dulu. Alhamdulilah akhirnya Allah kurniakan sepasang anak-anak yg bertuah ini. Tapi saya sedih sungguh bila tengok ada bayi yang kena buang dalam baldi kat kolej swasta di Kelantan tue. Kalau tak nak bagilah kat sesiapa...Sedihnye..

5 comments:

Unknown said...

good info..

kan..sedey tau tgk gabr baby yg dibuang..kalau taknak, bagilah kt orang lain..

Rinna said...

Tq share info yang berguna ini..

syuhada & yusry said...

tgh amal kan petua ni...
:)))
doakan sekali ye...hehhe...

Masya said...

tq share.. sy pun lambat jugak dapa anak dulu... dah sethun kawin baru ade.. sy nak share info ni kat blog saya boleh???

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

marsya-apa salahnye..benda baik mmg patut share