ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, March 22, 2012

Dah lama tak tengok movie tapi citer perang ne macam best je - My Way



 Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Comellah dia. Walau muka comot dgn hitam.Hitam2 tue arang ek?

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Masa ne mesti dah jadi geng hehe
Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu. 

Sinopsis sibuk citer dulu. Ada peminat movie nak tengok aktor dulu baru nak ke panggung ye tak? Tapi takkan pelakon je org tengok? Mesti nak tengok director segala mak nenek jugakkan? Meh la tengok info filem ne ..senang .. tepek semua sini...

Tarikh Tayangan : 19 April 2012
Pengarah :  Kang Je-Kyu
Pelakon : Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon,  Han Seung      
      Hyun , Do Ji Han & Lee Yeon Hee
Penulis skrip :  Kang Je-Kyu & Kim Byung-in
Penerbit Eksekutif :  Miky Lee, So Jin-Woo & Mu Xiao Guang
Genre :  Aksi  / Perang
Bahasa : Korea / Jepun / China / Rusia / Jerman (Sari kata Bahasa Inggeris)
Klasifikasi : 18 PL
Durasi :  143 minit
Terbitan :  Directors Production

Nak tengok tak?Mcm menarik jugak. Asik citer cinta-cintun jerrrrrrr.. Tak payah bawak budak2la tengok citer macam ne ye.. Bawak bapak budak2 je ye..

6 comments:

Mama Zharfan said...

my hubby minat genre citer gini hehhe me tak berapa minat :p

ieja amieja said...

lama gak x g tgk wayang..cite versi mcm ni mmg peberet akk ngan abg..ank2 kene layan lain laa..

Unknown said...

dah lama x tgk movie... hehehe

norhidana said...

baca sinopsis mcm best... tp sbb ada perang2 tu yg cam tak best skit... heheheh cite gini mmg syok nk tgk sbb kisah benar kan...

tp...jwbnyer tgk kt dvd jelah... takkan nk bwk aiyan gi tgk wayang lak heheh

Sidratul Muntaha said...

wohoh!
minat abis citer nih.
confirm terjah klu ade masa!

mama aini said...

ehem dah en.papa suka tgk DVD kat rumah je..hu2x..