ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, March 2, 2012

Ini adalah pengalaman saya sendiri. BEWARE DGN NO 012-3257080. Konon-konon dari Biro Angkasa!!

Dalam jam 11.50am pada hari ini saya sedang sibuk menyiapkan fail-fail yang melambak atas meja. Tiba-tiba hp saya berbunyi. No tak familiar tapi saya angkat jugak sebab mana tau kecemasan. Suara di sebelah sana perempuan.

Hello, Itu Puan Ila ke? (Dia sebut nama penuh saya ye)

Ye. Siapa ne?

Saya daripada BIRO ANGKASA. (Biro Angkasa ye kawan-kawan. Sesiapa yang kerja kerajaan mesti tahu Biro Angkasa adalah satu badan yang menguruskan segala urusan pinjaman. Cth kalau kita pinjam Bank Rakyat. Duit Gaji kita akan dipotong melalui Biro Angkasa dan Biro Angkasa tue yg akan bayar ke Bank Rakyar. Lebih kurang macam tuelah)

Ok.. ( I dah pelik.Apahal Biro Angkasa nak call I pulak. Ok dah mula hati-hati)

Puan, kami nak buat pengesahan ye ( eh eh eh dia yg call kita, dia pulak nak kita sahkan diri kita)Puan ada buat potongan Biro Angkasa sebanyak RMXXXkan?

Haah. Ye (Walau dalam teragak2 tue saya jawab jugak sambil tangan selongkar carik payslip)

Puan keja kat MyXipX dah berapa lama ye?

9 tahun lebih kurang. Kenapa?

Puan punya gaji berapa ye? (Lebih kurang macam tuela. Dia tanya gaji saya. Ok Fine! ko memang dah salah soalan)

Boleh saya tahu apa tujuan awak call saya? Awak ne siapa sebenarnya? Kalau awak dari Biro Angkasa nak tahu segala bentuk info diri saya awak boleh call HR. Kenapa perlu call saya?

Mmm.. Semua fail Puan ada pada saya. Semuanya ada. Saya nak buat pengesahan sahaja (suara dah teragak-agak. Gaya cakap macam nak betulkan info kita pulak. Ala-ala macam fail kita ne hilang and nak reconstruct fail baru je)

Ok. U boleh dapatkan semua pengesahan tue dari HR saya. Tak perlu tanya saya.

Tapi Puan. Semua fail Puan ne ada dengan kita. Saya nak pastikan je.

Kalau nak kepastian info saya telefon HR saya. Tak perlu tanya saya. U nie siapa sebenarnya?  (nak tanya kita keja berapa tahun pulak. Hello ko ingat aku ne budak-budak ke? Setiap kali buat pinjaman surat pengesahan HR akan dikepilkan sekali yang menyatakan berapa tahun kita dah service, income etc etc.  So tak ada keslah Biro Angkasa nak pengesahan bagai. Kalau dia nak pun dia call HR sahaja ) 

Tapi kami ada semua fail Puan. Okla Puan tak faham ye. Kita teruskan ye lepas ne Puan faham.  (kalau ada fail i depan dia , apa kes ko nak sah-sahkan? Dia nak i rasa secure & percaya dia dari Biro Angaksa? Masih jugak nak saya sahkan butir-butir diri saya. Pulak tue cakap saya tak paham? DIa yg tak paham bila saya tanya dia siapa sebenarnya)

Biro Angkasa tak akan telefon direct kat saya. Sekarang ne terlalu banyak penipuan melalui telefon. Bertanyakan segala maklumat diri. Sebelum saya  nak bagitau macam-macam tentang keterangan diri saya. Saya kena tahu siapa yang bercakap? Betul atau tidak orang kat sana. Mana saya tahu orang yang bercakap ne penipu atau tidak?

Oh selalu ye orang tipu (dah mengelabah bagi jawapan bodoh. dah kena batang hidungla tue.). Saya daripada MBSB tapi kami ada link dengan Biro Angksa.. (jawapan lagi satu perangkap diri sendiri)

Oh now you cakap u MBSB pulak. I tau MBSB tue ada pinjaman perumahan etc etc . Kenapa u kata u orang Biro Angkasa?! Sekarang ne i ada hak nak tahu u call i atas kapasiti apa?  U call i atas kapasiti Biro Angkasa atau MBSB? U call i tanya butir-butir diri i dan nak i sahkan. U ingat i budak-budak ke?

Takk.. (mula menggelabah) Kami memang ada link dgn Biro Angkasa. Kami tawarkan kalau Puan nak buat overlapping ..

Kenapa you tak cakap terus terang u dari MBSB. Kenapa u cakap u dari Biro ANgkasa? Kenapa u nak i sahkan segala butir-butir diri i yang rahsia. 

Pass over phone kat orang lain. Perempuan jugak

Puan, kami cuma nak pengesahan dari Puan je

U siapa nak i sahkan segala maklumat nie.

Kami cuma nak tawarkan loan kalau Puan berminat

U siapa?

kami konsultan MBSB. Kalau Puan tak berminat tak pe..

Ok now u kata uolls jadi  konsultan MBSB pulak. Tadi cakap MBSB. And sebelum tue U cakap U dari Biro Angkasa & Nak sahkan semua butir-butir diri i. You tau tak salah u mengaku u orang Biro Angkasa?Bukan masalah minat tak minat. Kenapa tak berterus-terang sebenarnya uolls ne siapa?

Terus putuskan line. Sengal! Nampak sangat penipu.

Saya jenis tak kisah kalau ada yang call & terus terang cakap dia jual insuran ke, nak tawarkan pinjaman bank ke? Saya ok je. Saya akan jawab & cakap sahaja tak berminat. Selalunya kalau kita cakap kita tak minat & bagitau kita dah ada polisi insuran ; diorang faham.  Tapi yang saya hangin dia cakap dia org Biro Angkasa + dia minta kita sahkan semua butir-butir sulit diri kita.

Hello penipu bukan sikit ye zaman sekarang ne. Kalau i sahkan semua butir-butir  tue apa jadi? And percaya tak org-org macam ne ada skill sampai kita akan "ter"cakap segala macam info kita yg secret dan dia boleh overdraw duit kita kalau dia tau info-info kita ne. Bukan susah nak call credit card & bagitau info2 segala bagai. Tele-marketing Credit Card bukan tanya soalan susah-susah pun. Paling teruk pun tanya IC & nama mak je.  Kalau i lanjutkan conversation dia akan tanya IC, etc etc.. Betul tak?

Kalau orang yang lurus mesti terus bagitau; bila caller inform dari Biro Angkasa sebab ia bukan kecik-kecik organization. Kalau i ada kenal orang Biro Angkasa memang i akan report. Tak nak orang lain kena tipu. Dia cakap nak tawar loan. Ye ke? Segala maklumat yang disahkan boleh diguna untuk tujuan lain ye.. Dia dah salah call orang nampaknye.. Sebab En.Papa dah warning jangan nak bagitau apa-apa info kalau orang call.

Dahla last week pun ada orang call i cakap konon2 ada pembukaan kedai arowana. Nasibla i ne ala-ala isteri mithali terus cakap "sorryla dik. akak tak reti ikan2 arowana ne tapi hsbd akak ada bela. cakap dgn dia ye" I pass over phone. En.Papa cakap "Ye saya suami dia. Dia memang tak reti ikan-ikan ne? Kenapa" Terus letak tak jadi cakap. See?? Penipu di mana-mana ye. Beware kawan-kawan!

Sapa ada kenal org Biro Angkasa? Memang diorang bagi maklumat pada org-org macam ne ke? Kalau bank-bank i percaya tapi Biro Angkasa yang boleh dikatakan satu badan ala-ala kerajaan takkan buat mcm tue. Selalunya P&C. Hati-hati dengan no hp 012-3257080


32 comments:

Unknown said...

mmg selalu gak dpt call2 camnih..tp mmg tak layan sgt.. alasan saya: busy!! mmg kena hati2..

Unknown said...

memang ada orang macam nie..
lagi2 insuran dan loan..
letih nak dengar dan jawab..
kadang-kadang tak paham bahasa, dah cakap tak nak paksa jugak..
selalu pas jer telefon kat hubby takpn letak terus..

Nur Sakinah Ahmad said...

slalu dpt gak..biasanya loan atau insurans..tp sy slalu bg alasan dlm miting bila derang dh bgtau dr bank atau sykt insurans..

madammondoq said...

i dah berbelas kali dapat kol macam ni.. apa yg i buat.. tengah syok2 dia terangkan kat kita tu.. terus i off kan.. hahahaha.. zalim tak???

waniemardhiyahna said...

Scary.kna lebh hati-hati lps ni.tapi kadang2 drg ni pndai tau,drg kol guna no yg berlainan

Ibu Yusuf Maryam said...

Pernah dpt panggilan dgn gaya aagak sama, cuma dr koperasi XYZ (nama samaran.. heh..). Suka2 je mengaku dr Biro Angkasa..

umiawadah said...

saya baca sambil suami disisi menerangkan..maklumlah saya tak kerja gomen...

So Shy Lady (SSL) said...

nak snang cara snang ialah dgn mnipu org!

mohon pd Allah agar djauhkan kita n famili dr tipu dy syaitan n mnusia. amin

dear anies said...

xpenah lg kena mcm ni tp kalu unknown or no. tipon len mcm je sy mmg x angkat cuma dlm hal ni sy kesian kn mereka2 yg cetek pengetahuan ttg hal2 mcm ni..cpt sgt tertipu

nauzubillah

norhidana said...

dana pun penah dpt panggilan tepon mcm ni...sebijik... dia ckp kite ada pinjaman banyak gini2 tp tak tepat sgt... mintak kite sahkan.. tp masa kt kenek tgh cek peknen so tak dpt la nk sahkan ke apa... otak pun tgk pikir mcm2...
rupenyer nipu... huhuhu...
nsb masa tu msh rasa was2 so tak dpt la nk bg jawapan...

Mama Zharfan said...

i senang ajer, i terus ckp not interested then i letak phone hehhehe

[leily.laily] said...

haah, sama.. sy jwb aje x berminat,
abes! tp dlm kes awak ni, berbelit2 ckp plak kan..

kwn2 kt opis ramai yg overlap 100k ngan mbsb. btw, 10s sharing info nih.. =)

AdaM Hawa said...

macam2 gaya dah sekarang ni.. lagi2 sape yg keje gomen bila kate nak naik gaji.. mula la offer loan.. bla.. bla.. ayakkk.. kami pun x dapat lagi gaji baru.. sengal betul!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...
This comment has been removed by the author.
BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

TQ PADA KAWAN2 YG KOMEN ..

KALAU DIA KATA DIA NAK OFFER LOAN MASA MULA2 MEMANG I TERUS CAKAP TAK MINAT. TAPI WHEN HER INFORM FROM BIRO ANGKASA.. I TANYALA JUGAK MACAM2.

I KEJA ALA2 GOMEN JUGAK. I FAHAM KADANG2I CALL CLIENT BILA I KENA RECONSTRUCT SESEBUAH FAIL SEMULA. THATS WHY I CAKAP PANJANG..

TAPI KALAU DARI AWAL DIA CAKAP DIA MBSB/ LOAN OR OTHERS I TAK LAYANLA.. TERUS CAKAP TAK MINAT..

MUNGKIN I LUCKY SBB DARI AWAL I DAH RASA SEMACAM DARI NADA PPUAN TUE CALL. I PUN RASA DIA BARU JE DIRECRUTE BUAT CALLING NE. SEBAB TUE DIA CAKAP LANGSUNG TAK MEYAKINKAN.

TAPI I WONDER JUGAK .. DIA TAU DETAIL I PUNYA PINJAMAN MELALUI BIRO ANGKASA. ADAKAH BIRO ANGKASA MMG BAGI DATA2 KITA PADA 3RD PARTIES?

March 2, 2012 4:45 PM

~Beb~ said...

Nampak sgt dorang ni cetek segale2nye. Pnh gak kne mcm ni. Siap ckp die ade hak nk tahu ic no kte. X blaja law agaknye dr comp or ape2 je la act.. Mne bole review ic. Toooooooo p&c. Irritating sgt2 call mcm ni. X pro lansung.

Sidratul Muntaha said...

selalu.
mmg mcm cabai.
too many fraud-er nowadays.

AyuArjuna BiGoshh said...

ayu selalu ken dr ejen insurans...ntah apa2

Anonymous said...

js tak suka layan slalu ckp busy...hehe....

Fauziah said...

cakap direct kan senang tak bazir duit tepon. kadang bengang gak ngan yang jual insurans. kalau kata tak minat bleh tanya plak kenapa? pastu mati2 nak suh beli gak insurans depa. tak hormat langsung pendirian kita... nak paksa2 plak ek... ciss...

Unknown said...

hahahhahaa..kelass ko ilaaa!! kite mmg tak suke gak dapat call macam ni.serabut!!

Anonymous said...

salam... i baru je kene....and i mcm puan ila soal mcm2..then terus dia tu tak call i...dia cakap sbb awal2 tahun kitaorg nak kena update maklumat pelanggan... hahahahaaaa..nak menipu pun hagak2 le... dh 3 tahun dgn biro angkasa u, kenapa tahun ni baru nak hupdate by phone.... huhuhuuu
beware : number phone dia 0123286367 lelaki hokeyyyy

Wansteddy Tales said...

ila tau, wan ni slh sorg manusia mudah simpati dan tertipu dgn kes2 mcm ni. nasip baiklah tuhan buka hati wan baca entry ila ni. celik sket mata ni psl penipuan segala mak nenek ni. Haih...

mummyrinazone beauty said...

setakatnie belum,pernah kena lagi.ok gak boleh beware..saya kadang mudah gak kena tipu.huhu..sib adalah guide.saya take note this num.tq

diandra7 said...

tu pun pernah berlaku dgn saya. almost exactly the same cuma masa dorg call mak saya yg angkat phone tu (sbb dorg call dkt umah, tu pun dh pelik). dorg bgtau yg dorg dr biro angkasa & bila mak saya tanya biro angkasa tu apa, caller tu mcm mengelebah ckit (according to my mum la) & jawap "err.. tu rahsia, puan tanya la anak puan". Tak ke bodoh jwpn ye tu? Nmpk sgt terkantoi. Huhuhu

Firdaus M said...

Tapi kalau org tu but call nk buat appmt jer

Anonymous said...

nie yg kononnye dari BIRO ANGKASA RESOURCES...

014-3344148(SUBA - india)
017-3217122(xingat nama - Wanita Melayu Bertudung ala - ala mamak)

last2.. dia offer loan overlap dari KUWAIT FINANCE untuk tutup loan dari bank rakyat...

Pejabat kat Platinum Walk, Setapak..

yang menjadi persoalannye... kenapa dia bole dapat payslip kita yang terbaru... then acc ANM kita xboleh LOG IN coz telah ditukar PASSWORD..


Anonymous said...

Assalam...

Tq semua coz membantu...
saya pun baru terima panggilan dari SUBA no sama kot, saya rasa x sedap hati saya mintak alamat die then cakap nak jumpa lagi, pastu die tawarkan KUWAIT FINANCE... tapi camne diorg boleh tau maklumat kita.. No.IC lagi.. betol cakap korang ANM saya x dapat login...saya terus tukar password lain... SUBA tu siap nak hantar borang kat saya pakai GDEX.. APa yang patut saya buat???? Takut lah pulak kan...

Unknown said...

Assalam.. baru jap tadi org nama SUBA call saya...

Macammane diorg blh tahu IC kt erk..
Mmg betol ANM saya xdapat login..
Saya dah tukar password.. ape yang patut saya buat???

ella said...

Assalamualaikum.
Hi olls, saya just nk sharing something. Actually dulu saya kerja mcm perempuan tu, kerja buat sales dekat bank. Kene carik customer buat loan, advice amik insurance, etc etc .. tapi x de laaaa pusing2 kate dr biro la hape. Cume kdg2 teknik nk attract customer utk dgr kite ckp ni lain. Normal laaa kalau telefon 15 org sehari, 8-9 orang akan terus letak phone kalau saya direct cakap saya dr bank sekian sekian. Mana ade org suke kalau disuruh beli itu beli ini. Saya pon manusia normal. Pernah jadik customer.

So berbalik pada topic, saya pasti budak tu baru. Dats why terkulat2 nk memperkenalkan dr. Baru part nk kenalkan dr dahh kene sergahh. Lom start promote loan or insurance lagi.

Thats why introduction awal2 tu penting. Cume kdg2 org kite ni kasar..x nk dgr langsong. Rasa.macam kite y kerja bnk ni nk menipu duit die aje..(sedey taw T.T)

Tapi jujur dari hati, on behalf of sales representative. Saya paham kenapa diorg putar belit. Actually kebanyakan kami x de niat nk menipu pon. Cume cara pendekatannnye slh. Buat org rase awas2. Neways, saya x pernah pulak tanya no ic bagai. Bnde tu private dan saya memang sokong utk jgn sesekali bg id or details kpd pada pihak y x pasti.

Tapi saya nk Nasihat skit, Kalau bz mcm mne pon jgn trus turn down, ckp baik2 yang korang x berminat. Or korang dgar dulu even x berminat pon. Or selitkaann ayat cmni

" akak dengar ni utk info je taw dik. Akak x brape minat sebenarnye. Tapi kalau ade kwn2 y memerlukan, nanti akak bgtaw adik, tapi x janjilaa".

Kalau budak tu phm, die akan hormat customer, kalau x phm tu y pakse2. Hahaa. Kalau jumpe org mcm ni pehlis block nombor. Buat pening kepalaa. Alhamdulillah saya jenis x memaksa. Pakse pon buat org x suke. Biar bile customer tu memerlukann nanti org2 tu carik saya blk. Yang pasti saya dahh bg info & advise. Kami buat kerja kami, kami x menipu. Selebihnye depend on customer nk accept or tidak. Kite semua ada hak. Sebelum buat sebarang keputusan survey dulu, tanya pndapat org. Jgn pakai setuju je. Tu y kdg2 bile dah beli, tibe2 lain jadinya.. terus komplainn si anu tu menipu laa si eno tu putar belit laaa.
( teknik org menjual ni mcm2..sometimes diorg desperate enuff to lie to people..nk komisen n kejar target punye psl)

Saya dahh lalui dahh fasa2 ni. Sekarang, saya tidak lagi di bank. X cukup gagahh nk kene maki hamunn dgn bos utk kejarr target. X semua orang bole kerja buat sales ni. Sgt tough.

P/s: menipu buat rezeki x halal. Biarkann mereka y menipu ni jawab dengan Allah. Kite just berjaga2 aje.

Peace.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ella: tq for your comment. saya sennag kalau org jujur. kalau tak minat say cakap tak minat. kalau saya minat saya dengar sampai habis. kalau insuran saya cakap saya dah ada.kekadang saya tanya info yg terkini..

tapi kalau at first dah menipu..sory ye.. boleh tipu org lain.. tak pernah baca ke kat blog mazidul akmal tue cerita tentang penipuan maca nie?

Anonymous said...

Terbaik.. Puan seorg yg amat berhati hati dan teliti didalam menjaga keselamatan peribadi.. Saya amat menkagumi cara puan.. Yaaaa, kami Angkasa tidak mudah menelefon pelanggan melainkan jika ada urusan penting yg telah dijanjikan bersama dengan pelanggan terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah yg mereka hadapi. Dan kami Angkasa tidak pernah menggunakan talian nombor handphone. Kami Angkasa hanya berada di Kelana Jaya sahaja dgn no telefon tetap kawasan yg bermula dengan angka 03-7800 atau 03-7802 sahaja.