ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, March 24, 2012

Kepentingan ke"halal"an sesuatu makanan

Melemahkan orang Islam melalui makanan..

Orang Kafir sekarang mempelajarinya dari Gengis Khan, Raja Mongol, seorang penakluk Agung dunia dari Timur ke Barat. Kemudian diperluaskan oleh cucunya Hulagu Khan yang menakluk kota Islam Baghdad dan kota-kota di sekitarnya.

"Apabila kamu hendak menakluk negara Islam, perdayakan terutama alim ulamanya supaya memakan yang tidak halal tanpa mereka sedari. Selepas itu kamu pergilah menakluk negaranya kerana apa pun terjadi, jika berdoa, doa mereka tidak akan dimakbulkan oleh tuhan alam ini"

Tercatat dalam sejarah Islam, Hulagu Khan telah berpura-pura ingin masuk Islam dan meminta dihantar 100 ulama yang paling hebat di kota Baghdad. Khalifah pada masa itu menghantarnya dan kemudian mereka disambut dengan baik serta diberikan makanan yang dicampurkan dengan babi. Selepas mereka selesai makan, mereka ketawa terbahak-bahak akan kejayaan mereka dan seterusnya membunuh alim ulama tersebut. Kemudian barulah mereka menyerang kota Baghdad dan runtuhlah Baghdad yang megah itu dalam masa yang sekejap sahaja.

**Pengajarannya : Jangan ambil sambil lewa akan halal haram yang masuk ke perut kita dan anak-anak kita.
p/s: dapat FB. Sama-samalah kita menjaga pemakanan anak-anak kita. ye.. Bukan Islam pun percaya tentang "halal" makanan betul tak?
 

7 comments:

Unknown said...

mmg penting sgt akan kehalalan makanan yg kita mkn krn ia akan menjadi darah daging kita...

ieja amieja said...

mcm mana tu klu alim ulama sendr menhalalkan yg haram, menidakkan yg benar dan bersekongkol dgn kaum kafir???

dear anies said...

bg non muslim halal means - no fork..tu je yg depa tau

Mama Zharfan said...

moga2 kita semua mengambil berat bab2 mknn yg halal dan was2 halal tu...me seboleh mungkin tak makan kat restoran yg tak de tanda halal jakim

transformed housewife said...

betul tu. mknan akan jd darah daging. bila dah sebati dgn benda haram, mulalah hati pun jd hitam. huhu

mama aini said...

assalam BMAA..betul makanan halal & haram sesuatu yg berbeza..pentingnya halal kerana ia akan masuk keperut kita & keluarga..berhati2 apabila memilih makanan..

obat usus buntu herbal said...

thanks atas infonya