ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, March 1, 2012

Mudirah Ustazah Pilihan (Dr Robiah) Datang Opis Saye!! Best sangat!

 Credit to zonfiniti

Semua mesti kenalkan? Yang baju merah tue Dr Robiah. Yg biru tue Prof Muhayakan?
Selalu jugak saya tgok program beliau kat TV-Dr Mata Ke Hati. Prof Muhaya tue lembutkan?

 Hari ne Dr Robiah dijemput ke  office  untuk memberi ceramah bertajuk
"Mencari Keberkatan dalam Organisasi"
Memang bagus sangat2 ceramahnye.
Saya tak nak citer panjang lebar tapi saya letak perkara-perkara yang saya rasa penting / ayat2 beliau yang saya rasa bagus/ info baru utk saya & yang saya saya sempat tulis.
Kita kongsi sama-sama ye..


1) Kalau masih ada yang bertanya & menegur kamu maksudnya kamu masih penting & disayangi. Tapi kalau kamu tidak ditegur lagi maksudnya kamu tidak penting lagi
(betul! saya sendiri pun amalkan konsep ne. Kalau saya masih tegur & ingatkan maksudnya saya masih sayang, masih risaukan tapi kalau saya dah mula buat tak tahu maksudnya "orang" itu nak tonggang-terbalik pun saya dah tak kisah. Not my problem anymore)

2)Kamu adalah apa yg kamu makan-halal toyiban. Bukan maksud cari tanda halal jakim je. Maksudnya sumber makanan itu halal tak? (harap2 saya masih mampu bawa yg halal utk anak2)

3)Kalau lambat-lambatkan solat semuanya jadi lambat. Itu yg lambat naik pangkat, lambat dapat anak, lambat beli umh, lambat kawin, lambat beli keta, etc etc ( Terus istigfar dalam hati. Kekdang saya jugak lambat2kan solat Zohor dgn pelbagai alasan meetingla itulah inilah. Saya akan cuba cepatkan solat sedaya boleh.Insya Allah. Tapi bukan sebab nak naik pangkat saya nak cepat2 solat ye. Solat itu salah satu punca keberkatan. Kalau kita lambat2kan semua tak berkat)

4) Anggap pejabat adalah punca raudah.Punca yang membawa kita ke syurga. Kerja denga ikhlas bukan terpaksa. Ye memangla untuk membantu suami juga.Kt KL ne kalau sorang je keja sukar sedikit.  Tapi kejalah dgn ikhlas jangan asik cakap "kalau suami mampu tak nak keja. Suami tak mampu.banyak hutang sebab tue keja" Jatuh tak ikhlaslah kan? Suami pun kenalah berusaha lebih supaya isteri boleh jadi surirumah kalau isteri dah bagi-bagi hint. Janganlah nak paksa isteri keja jugak.  (Alhamdulilah saya masih happy bekerja setakat ini. Bila tiba rasa stress yg tak terkawal saya amik cuti & masuk semula keja dgn semangat baru. Aci tak?)

5)Kalau bersyukur Allah akan tambah rezeki, tetapi kalau kufur/tak tau bersyukur Allah akan tarikh nikmat2nya.

6)Malaikat maut takde handphone atau bagi massage untuk cabut nyawa. Bersedialah jangan sentiasa merasa muda & melengah-lengah amal ibadat.

7) Rezeki bukaa hanya dengan duit atau pangkat atau material. Rezeki juga dari segi anak sihat, tempat kerja dekat, anak-anak berjaya dan lain-lain lagi. ( Betul.. ini bukan riak ye. Salah satu rezeki saya ialah saya mudah dapat kawan haha.Kawan baik2 pulak tue..kiki)

8)Dahi yang tidak sujud pada Allah takkan mampu taat dengan bos, jujur dengan isteri&anak-anak, jujur dengan kerja.

9) Sumpah yang paling utama dengan Allah adalah mengucap. Doktor Robiah cakap "parents  zaman sekarang sibuk daftar anak2 sekolah bagus-bagus, ajar BI, ajar ABC, 123, twinkle twinkle litle star tapi  ada tak daftar anak-anak dengan tuhan? Iaitu ajar mengucap. (Alhamdulilah tiap-tiap malam saya ajar anak-anak mengucap, selawat nabi, ayat kursi& doa tidur sebelum saya lelapkan mata. Selalunya saya lelapkan mata anak2 masih lagi main-main dengan papa diorang. GRRR)

10)Prestasi dicatat setiap saat. Setiap orang yang lahir Allah sediakan seorang pengiring dan pencatat di kiri kanan (Rasa gerun tak?)

11) Orang yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang menyayangi isterinya ( ye para suami silah berlemah-lembut dengan isteri sebab isteri tue bukan kayu yang boleh kamu marah-marah sesuka hati. Mentua benarkan kamu kawin dengan anak perempuan mereka bukan untuk dimarah/dimaki/dipukul/ditampar. Satu kebaikan kamu buat; 10 kebaikkan isteri balas. Pernah dengar citer kat satu negara kalau tak silap Haiti. Kalau diorang nak matikan pokok; orang di sana cuma maki hamun pokok sampai pokok tue mati sendiri. So penah fikir kalau kamu asik marah-marah isteri  ; hati isteri kamu pun boleh mati macam pokok tue? kalau dah mati ingat senang nak hidup balik? Hai hai, bye byelah ye. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna)

12)Haaaa.. yang ini saya baru tau. Tak taulah kalau korang dah tau. Cop jari di ibu jari ne akan hilang dalam masa 3 saat lepas kita meninggal. Dr Robiah kata ada satu kes isteri nak amik cop jari suami  untuk tuntutan insuran selepas suaminya meninggal. Kiranya kes curi-curi cop jarilah ne. Tapi tak berjaya sebab bila cek..cop jari tue dah hilang.Kiranya cop kosong je lah. Aklur-alur kat jari yg unik bagi setiap orang tue dah takde. Korang tau tak? Ke i yg tertinggal ketapi lagi? (Sila pastikan insuran suami atas nama anda sebelum dia menghembus nafas ye.kikiki)

13) Senyumlah kerana senyum itu satu sedekah dan punca rezeki. Orang yang selalu senyum murah rezekinya.. (Yaaaaaaaa...Betul!!! Sila maniskan muka.)

Banyak lagi tapi tak tertulis. 2 jam rasa kejap sangat. Oh bos ku silalah jemput Dr Robiah lagi. Seronok sangat dengar motivasinya. Penamat ceramah Dr Robiah ialah - "Ditakdirkan selepas habis ceramah ini & terdengar berita saya dijemput Allah, dimohon semua sedekahkanlah Al-Fatihah untuk saya.Mudah-mudah saya melalui perjalanan bertemu Allah dengan mudah. Dan semoga kita bersebelahan di Raudah nanti.Insya Allah.." Terharu sangat saya mendengarnya. Tak pernah pulak dengar org bagi ceramah yang penamatnye mcm ne.. Tiba-tiba terigat mak..Huwaaaaaaaaaaaa.....

9 comments:

norhidana said...

wahaaa banyaknyer info yg dpt arini... tq yek sbb sudi berkongsi... bnyak yg tak tahu sblum ni tau... huhuhui

Unknown said...

bagusnyer...byk ilmu yg dikongsi..terima kasih kpd tuan tanah dan Dr Robiah

AyuArjuna BiGoshh said...

suka semuanaya termasuk yang dikalerkan warna merah :)

aReLaN said...

banyaknya pengisian.bagus2.makanan rohani..

transformed housewife said...

baguslah ada jemput penceramah mcm tu. Kat tempat kerja akk, jgn harapla ada. huhu

dear anies said...

byk nyer info..suke sy!

madammondoq said...

walaupun hantar anak tadika mahal2.. tapi alhamdulillah.. kindy danish islamic.. danish dah pandai selawat and baca fatihah.. ;)

nice info... thanks for sharing ye ila.. ;)

Unknown said...

info yg sgt baik..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Oh, bab cop jari baru dpt tau.. TQ for sharing.. Nanti suggest kat admin jemput ustazah ni utk Maulidur Tahun depan. Kami jemput Hos Imam Muda utk prog Maulidur rasul thn lepas.Best jugak....