ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, April 18, 2012

Surat Tidak Rasmi


Assalamualaikum kawan-kawan mama,

Amana kecik ati dengan mama. Setiap kali Amana mintak IPAD mama mesti cakap " buat homework, baru boleh main IPAD" . Tapi bila Amana dah siap homework mama asikkkkkkkkkla guna IPAD. Bila mama habis guna IPAD; bateri IPAD pun dah nak habis. Kejap je Amana dapat main.

Ada sekali tue Amana nak main IPAD, mama boleh cakap macam nie "tengok level bateri nie, kalau bateri IPAD nie dah tinggal 50% baru mama bagi Amana main" Masa tue bateri ada 98% lagi. Sampai ati mama.. Kan ke lama sangat nak tunggu bateri IPAD tue sampai 50%. Kalau mama cakap Amana boleh guna lagi 10 minit ke 15 minit ke okla jugak. Ada ke bateri tue jadi penanda arasnya?
Geram Amana..

Tapi mama baik jugak setiap kali nak tido mama bagi Amana main kejap sebelum Amana tido. Mama masa tue dah tido sikit-sikit (tido-tido ayam) kat sebelah Amana. Bila mama suruh simpan Amana simpanlah. Nasibla adik tak kacau kalau tidak semua setting IPAD nie lari. Ada sekali tue keyboard IPAD nie split. Mama sampai tanya kat FB camana nak cantumkan balik. Nasibla mama ada kawan masa universiti tolong mama. Mama tue mana tau sangat pasal gadget terkini . Nama je amik sc komputer. Sekarang nie asik buat keja fail-fail lagila tak tau sangat pasal IT.Papa lagi pandai..

Gambar yang Amana attach nie; gambar masa mama suruh Amana buat homework.
 Amana ngantukla..
Mama ingat Amana buat homework tau sebab Amana pegang pensil sambil tido
T______T

Terima kasih sebab kawan-kawan mama sudi baca
Jangan bagitau mama ye taktik Amana buat homework tue :)

Sekian

Thanks& Regards,
Dalia Amana Bt Mohd Khairul Fadzli 
18 April 2012



p/s: camana pun peel anak-anak kita. Kita tetap sayangkan mereka. Betul tak?

11 comments:

transformed housewife said...

hehehe. Tak baik tau Mama Amana ni. Comel je Amana tertido masa buat homework. Hafizah anak akk pun bukan main susah nak suruh dia siapkan homework dia.

Zefa NorAsmara said...

Alahai.. sian amana. Mama amana, nanti bg amana main IPAD lama sikit ye.. Amana jgn lupa buat kerja sekolah pulak tau.. :D

Nida Mohd said...

Ye la..kalau marah pun marah-marah sayang..lepas tu pujuk balik :)

Amana buat homework dalam mimpi eh? hehehe

jeBateja said...

alahai...siannya dia....buat kerjarumah sampai tertido....

Em's Family said...

alaa kesiannya dia.. ni mama kene menang lagi satu ipad ni, so tak berebut

AdaM Hawa said...

alahai.. cian amana.. hehehe.. berebut gak nak guna ipad erk..

Mama Zharfan said...

sweet & touching la plak
mama amana got to win one more ipad lah tu heheh
my kids..guna iphone+ipod ajer...ipad nya MZ jual :p

Pok Amai-Amai said...

Hehehehe...suke bace entry nie. Suke tgk Amana yg tido smbl pegang pensel. Mcm sy ms dulu2. Trick kat mak ayah. Hahahaha...

.: iEyLa :. said...

alolo..comey je amana...
ssyyyhh..diam2 tau..jgn kasi pencil tu jatuh..t mama thu amana tido..weeee

Liza said...

huahuahua.... buat homework?
camna nk buat homework tu Amana? mata pensil pun dh ke atas :p so cute.....

Ini Kisah Tia said...

olorhhh .. ciannn samapi tetido buat homework .. amana main apa dekat ipad tu?